Keperluan Menyusukan Bayi Untuk Ibu Bekerja

admin Avatar

Satu ketika dulu (semasa zaman saya kecil2), emak saya cuma menyusukan kami semasa dalam pantang saja. Bila dah kembali bekerja, kami diberi susu formula. To cut the story short, ia disebabkan emak saya tidak tahu cara2 menyimpan susu ibu (even tak tahu pun susu ibu boleh disimpan) dan sebab bekerjaya tu menyebabkan saya dan adik2 tidak dapat minum susu ibu lama-lama (cuma adik saya yang no. 2 saja yang fully breastfed, sebab dia takmo minum susu botol. Sanggup berlapar tunggu emak balik kerja. Sekarang beliau sedang buat housemanship).

Tapi hari ni keadaan dah berubah. Banyak gadjet yang memudahkan penyusuan ibu, lebih2 lagi kepada ibu yang terpaksa keluar bekerja. Malah sekarang-sekarang ni, saya kira ‘force’ untuk menyusukan anak tu lebih mudah berbanding 4-5 tahun dulu di mana tak ramai lagi yang buat stok banyak-banyak, susukan anak di tempat awam, malah sejak 2 tahun lepas, penyusuan ibu dah masuk Malaysia Book of Records!

Bagi ibu bekerja, keperluan untuk mengepam, menyimpan dan memberi susu kepada bayi adalah satu kewajipan. Maklumlah mak tak dapat nak bersama anak sepanjang hari.

Mengepam susu

Pam susu terbaik? Semasa mengikuti kelas penyusuan di Prince Court selepas melahirkan Danny (best kan, lepas2 bersalin pegi kelas breastfeeding), Lactation Counselor memberitahu “What pump is the best, is very subjective, but the best pump is YOUR OWN HANDS”. Yepp, seperti yang saya pelajari di Hospital Miri dulu, teknik Marmet adalah teknik terbaik untuk mengosongkan payudara. Malah selepas mengepam dengan pam susu, mereka menyarankan untuk buat Marmet untuk pastika payudara benar2 kosong.

Jadi, tak ada masalah, ibu2 yang kata tak mampu nak beli pam susu, belajar je teknik Marmet. Jimat dan bersih.

Saya sendiri pun tak mahir teknik Marmet ni.. jadi saya gunakan pam susu di pasaran. 2 jenis pam yang saya pernah guna ialah Avent ISIS Uno dan Medela Freestyle.

avent isis unomedela freestyle

Menyimpan susu

Sebarang bekas yang selamat untuk makanan, boleh digunakan untuk menyimpan susu. Baru2 ini keluar arahan dari kerajaan untuk mengharamkan botol susu yang mengandungi BPA bermula tahun depan. Bekas (botol) menyimpan susu perahan kebanyakannya BPA free seperti Stylo Mama, Bumble Bee, Mom Precious; termasuk bekas dadih dan storage bag adalah BPA free.

stylo mama

autumz

Saya pernah menggunakan bekas dadih, botol, liners dan sekarang saya guna storage bag (sebelum penjualannya dihentikan) memandangkan space dalam peti ais tidak begitu memberangsangkan.

Susu badan boleh diperah seawal 2 minggu sebelum masuk kerja. Walaupun ada ibu yang mengepam dan membuat stok dengan lebih awal (bagus juga untuk banyakkan stok) namun di awal-awal kelahiran ibu seharusnya fokus kepada direct feeding dan bonding dengan si manja dari sibuk mengira stok. Nanti jadi stress pula bila pam dapat 0.5 oz, 1 0z, 2 oz… itu memang biasa lah sebab badan baru belajar nak ‘buat susu’ dan bayi pun masih direct breastfeed lagi. Minggu2 pertama ibu banyakkan rehat, gunakan masa untuk bersama si manja dan berehat dari gaduh buat stok. Ingat, penyusuan ibu bukan sekadar ‘beri susu terbaik saja’. Ia merangkumi semua aspek perhubungan antara ibu dan anak.

Susu ibu boleh disimpan beku selama:

  • Peti satu pintu – 2 minggu
  • Peti 2 pintu – 3 bulan
  • Deep freezer – 6 bulan

Meskipun ada extension dari segi masa, tapi lagi singkat lagi baik. Susu ibu yang dibekukan sudah kehilangan sedikit antibodinya, oleh sebab itu bayi2 mesti diutamakan beri susu yang belum dibekukan. Apa lagi jika bayi pramatang, amat tidak digalakkan diberi susu beku, dan jangka hayat susu yang belum dibekukan juga lebih singkat buat mereka. Saya lebih gemar memberikan Fahry susu yang baru diperah (semasa beliau di SCN dulu).

Susu ibu boleh disimpan selama:

  • Dalam suhu bilik – 4 jam
  • Dalam bilik air-cond (sejuk) – 8 jam
  • Dalam cooler bag bersama chiller – 10 jam
  • Dalam peti sejuk – 2 hari

Pemberian susu perahan

Ibu2 ada berlainan cara untuk membekalkan susu kepada pengasuh. Ada yang 50-50, maknanya separuh susu yang belum dibekukan, separuh susu beku untuk bekalan anaknya. Ada yang beri 100% susu yang belum beku. Ada yang 70-30 dan sebagainya. Asalkan jangan 100% susu beku sudah. Berikan susu yang masih segar untuk anak iaitu susu yang property-nya masih terpelihara (walau bagaimana pun, susu ibu dalam apa jua bentuk adalah yang terbaik, tak terbanding dengan susu formula).

Kadang2, susu ibu yang diperah (terutama yang dah dibebukan) berbau tengik, ini kerana tindakan enzim. Ada bayi tidak menyukai bau ini. Jadi, ibu boleh bekalkan lebih banyak susu yang segar untuk anak.

Ada juga anak yang tak mahu minum dengan botol. Sebenarnya memang tak disarankan pun gunakan botol kerana takut bayi keliru puting. Alternatifnya boleh gunakan feeding cup, sudu, syringe dan sebagainya.

Ibu Travel & Menyusukan Anak

Sekarang penyusuan susu ibu benar2 tidak mustahil meskipun ibu tersebut menjalankan pekerjaan yang memerlukannya out station. Malah, 2 orang teman saya tetap menyusukan bayi mereka meskipun ada tugas di luar negara. Saya sekadar Sarawak-Semenjung saja.

Apa yang saya buat semasa di hotel ialah, menghubungi pihak dapur hotel untuk menumpangkan susu-susu perahan di dalam peti ais mereka (peti ais yang mereka simpan ais krim). Mini fridge dalam bilik hotel tak cukup sejuk untuk membekukan susu… kalau sehari mungkin boleh guna mini fridge saja.

Untuk travelling, susu-susu itu saya masukkan dalam cooler bag bersama ais yang diisi penuh2. Untuk domestik flight, susu ni boleh dibawa masuk boarding. Malah saya minta tolong stewardess sekiranya ada space dalam peti sejuk mereka untuk tumpang. Tapi katanya peti mereka kecik je, tak muatlah pulak. Tak apa sebab dalam kapal tu tak panas, jadi susu terpelihara sepanjang penerbangan.

Target penyusuan saya

Haha, ada target la pulak. Ya, harus, kerana anak-anak saya sebelum ni ada tersangkut2 dalam BF journey. Bila saya pregnant, susu saya drop. Walaupun Hafiy & Fahry extended breastfeeding tapi along the way sebelum cukup 2 tahun usia mereka, ada sangkut di sana sini. Jadi untuk Danny saya target untuk menyusukannya sepenuhnya selama 2 tahun, bermakna saya tak boleh pregnant lah hehehe.

Jadi kita kena mencari perancangan keluarga yang sesuai. (Oh, pertama sekali kena discuss dengan suami saya dulu. Belum diskas lagi ni. Kot2 dia nak genapkan satu team bola sepak ke.. ngee~~~).

Sekarang saya dah mula menyimpan stok sikit-sikit. Maklumlah susu keperluan 3 orang, bila 2 ‘tangki’ tu tak ada di rumah (mereka ke taska) maka bekalan minuman perlu dikeluarkan. Jadi saya pam lah. Saya ingat nak tempek kat sini tapi memandangkan sekarang tengah hot ‘trend tayang susu’, nantilah saya show off susu Danny yang pekat kekuningan itteww~

Tak sabar rasanya nak kembali bekerja

admin Avatar

25 responses to “Keperluan Menyusukan Bayi Untuk Ibu Bekerja”

  1. lydzar Avatar

    hehe yer….sama la kita..kalau nk completekan this latest bby 2years bf..mmg itu salah satu petuanya..jgn ngandung lg 😛

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      itulah kena tuka strategi gamaknya hehehe

  2. fiza Avatar
    fiza

    Saya pernah menggunakan bekas dadih, botol, liners dan sekarang saya guna storage bag (sebelum penjualannya dihentikan) memandangkan space dalam peti ais tidak begitu memberangsangkan

    Q: takpaham bab sblm penjualannya dihentikan????

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      owh i tot is well known

      dapat info from 2 frens that lepas habis stok beg susu sekarang ni, ia takkan dijual lagi dah. heboh lepas isu botol BPA itu hari.

      1. myrule Avatar

        ooo..ye ke?

        naper plak dihentikan ye..?

        kena buat stock beg plastik ni..

      2. zuhaini Avatar

        oh ya ka..? tapi beg plastik tu kan BPA free… so why cancel ek..? huhu

  3. zuhaini Avatar

    sama la kita! chellet!! insya allah nak cukupkan at least 2 tahun..

    sekarang ni so far so good.

    cuma, sometimes bila perah susu, kadang2 tu dapat 2 atau 3 oz je, so saya slalunya simpan kat peti ais belah bawah. kononnya kalau perah lagi, nanti nak sejukkan and nak combine ngan first one tu.

    tapi saya selalu lupa! bila da masuk 2nd day atau 3rd day, lemak dia dah jadi satu line kat atas tu… eeeiii… macam x cantik la pulak. padahal bole tahan sampai 3 ari patutnya, kan..? so udahnya saya buang aje susu tu. nampak mcm x elok..

    **lagi satu, ada org kata susu ebm tak boleh di GONCANG. kenapa..? kalau ada lapisan lemak tu biasanya saya goncang. x leh goncang rupanya.. huhu 🙁

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ehh zu nape buang. lapisan lemak akan naik atas, normal lah tu. lemak kan lagi ringan dari air. susu ibu ada lemak yg akan nak ke lapisan atas bila dah disimpan.

      **susu ibu xleh goncang sbb ia akan rosakkan ‘rantai’nya (oh ini kimia kot), tak boleh shake kuat, hayun atau gelek pelan2 saja 😀

      1. ina Avatar
        ina

        contohnya kita kene campurkan satu botol 1oz dengan satu botol 2oz, lapisan lemak dah terbentuk, mcmana nak campurkan? kalau tak goncang, syg la lemak2 tertinggal dkt dinding botol. any idea camana nak but tuh?

        1. Mommy Lyna Avatar
          Mommy Lyna

          tak perlu goncang, goyang pelan2 je.

          1. Puteri Avatar

            Omputeh panggil SWIRL the milk not SHAKE the milk

  4. z@m Avatar

    Tlg tulis psl jadual direct bf and pam jugak. Sy dah semgt ni nak bf properly. Zara dulu 10 bln jek. Isk.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      jadual masa pantang ko maso kijo?

      1. z@m Avatar

        2-2. sbb ado org buat jadual masa ptg sama dgn maso kijo.

  5. elis Avatar
    elis

    eh, nape tale bg pengasuh susu beku 100% kat pengasuh? so kene simpan 2 stok la..1 dlm frizer tuk beku, satu kat fridge tayah beku. tp tu 2 hari je eh bole simpan.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sbb susu beku dah loss dari segi antibodi & beberapa property lain (Tapi still the best berbanding susu tepung)

      yg susu fresh tuh yg kita pam hari ni, hantar la ke pengasuh esoknya, xsampai 2 hari kan hehe.

  6. Fara Avatar

    Alhamdulillah…

  7. maui_wifey Avatar

    harini…sy rs kesal sgt…mmg slh sy pun…bler start ngelatjer perah kt opis, lm2 susupun kering… sy kesal sbb smlm 1st time ank sy start sesema + demam..selama 9 bln, alhamdulillah ksihatan thaqif sgt ok…mmg berbeza dgn bb bf n tak..

    rs nyer dh sebulan dh x breastfeed…bolehker susu dtg blk lepas sebulan stop bf? dh lewat sgtker?huhu..ade mmber ckp mkn fenugreek tu xjalan pun..btulker?

  8. juanita Avatar

    baca n3 ni teringat lak kenangan ebook mister susu ibu terbongkar. tajuk dia jer dah mencabar…hheheheh….

  9. Mama Iman Avatar

    uh..terasa gila pasal tayang EBM tu…heheheh…tuh la..tgh hot issue tayang EBM ni..tayang EBM will never encourage mothers to breastfeed.. erm..saya pun dah slow down la jadinya…ngehehehe…

  10. ayni Avatar

    alamak..baru tau susu ibu tak leh goncang kuat2 ek..selalu goncang sbb sayang lemak2 lekat di botol tu..erk.

  11. Mama Iman Avatar

    Saya ada petua utk cepat tanggalkan lemak supaya bercampur kembali dengan susu..(kire petua ke ni..hehe)…x perlu goncang @ goyang. just biarkan dalam air sejuk yang mengalir pun dah ok..dalam 1, 2 minit. air sejuk tau..bukan air panas. sbb x nak pulak susu asek berubah2 suhu kan? cepat je tanggal lemak2 tu..seronok.

    sila betulkan kalau salah ye.. =)

  12. Dilla Avatar

    Hmm, saye pun buat stok awal, skrg dah tak muat peti sejuk..huhu~
    akak, nak tny..kalu travel, bile pam susu, better biar travel dgn susu yg cair (sejukkan) or bekukan je? i tot travel dgn susu cair je sbb kalu dah beku in case mase travel dah tercair, dah tak bole simpan lagi kan??

  13. nisa Avatar

    setiap kali org bercerita pasal penyimpanan stok susu & keseronokan menyusukan ank sy akn rs sedih & sayu je. sbb dulu takde kesedaran bf ni. kesian ank saye. ibunya kurang ilmu.huhu..

    1. Mama Iman Avatar

      x pe nisa, takpe..tiada salah pun..jgan risau…asalkan anak sihat, itu lebih penting..jgn rasa down ok. lepas ni beranak lg kite try same2..rezeki Allah yang bagi..=)

Leave a Reply to Mama Iman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge