Cara Merebus Kurma Merah (Red Dates) Yang Betul

by admin on April 11, 2011 · 8 comments

Cara merebus kurma merah atau red dates ni ada saya kongsikan dengan ibu-ibu di KIM (Kumpulan Ibu-Ibu Menyusukan) – satu group di FaceBook.

resipi kurma merah

Rupanya ramai yang tak tahu ni.. (termasuk lah saya sebelum tahu ni, HiHi, thanks to Opah).

Kurma merah yang direbus dengan longan kering adalah minuman asasi saya semasa pantang (thanks to Salwa yang mula2 beri red dates pada saya). Kalau time malas tu saya tak rebus2 dah, letak dalam tumbler pastu boh air panas, tutup sampaila air tu sejuk :D

Kurma merah dan longan kering ni untuk memanaskan badan, dan tambah susu badan jugak. Hmm.. menurut kata mak kawan saya (kawan mana satu saya tak ingat dah lah, ramai sangat kawan saya HeHe), red dates tu memanaskan, longan kering tu menyejukkan. Tapi kata tuan kedai ubat Cina yang saya beli kurma merah serta longan kering tu, kedua2nya memanaskan, sampai dia suggest beli sejenis herba untuk sejukkan balik. Tapi saya tak beli sebab mahal eKeKeKeKe. Apa-apa ajelah. Masa pantang ni lagi panas lagi bagus, kalau sejuk2 nanti rahim boleh jatuh (tak masuk ke kedudukan asal) – ikut kata makcik saya dan Opah.

Saya rasa… ni yang saya rasa lah… Bagi ibu2 yang berpantang sendiri ni.. penting benda2 untuk memanaskan badan ni. Maklumlah kita ni tak ada orang tua nak tengok-tengokkan (bebel-bebelkan). Kalau silap gaya boleh seram sejuk pulak (saya pernah rasa ni tiba2 time mandi menggeletar padahal dah mandi air hangat). Jadi, jagalah diri elok2, kalau demam ke sakit ke, siapa yang susah? Kita sendiri la yang susah T____T Demam ke sakit ke still kena jaga si kecik dan semua orang, bukan ada orang lain dah (kecuali Cik Abang).

So, kepada ibu-ibu yang bakal menjalani tempoh pantang, terutama yang berpantang sendiri… selamat melalui saat itu!

:)

Share Button

{ 8 comments… read them below or add one }