Bagi ibu bapa kepada anak istimewa, extra cost adalah perkara yang wajib bagi memenuhi keperluan anak tersayang. Tak kira sama ada keistimewaan dari segi fizikal, atau development, mereka pasti memerlukan sesutu yang lain dari yang lain bagi menyokong kehidupan mereka agar sama seperti orang lain.
Bagi Fahry yang ketiadaan kaki kanan sejak dilahirkan, kaki palsu adalah keperluannya untuk menjadi seperti orang normal.
Fahry mula memakai kaki palsu sejak usianya 9 bulan, kini sudah mahir berjalan malah berlari memanjat dan menyepak bola dengan bantuan kaki palsunya. Beliau mempunyai daya imbangan yang baik. Tanpa saya sedari, kegemaran saya melakukan aksi ‘upside down’ terhadap Fahry adalah satu titik mula yang baik untuk membina daya imbangannya (info ini diperolehi dari Seminar Early Childhood Education anjuran GBOB).
Kini selepas setahun, Fahry makin membesar, kaki palsu lamanya juga sudah tidak elok dan sudah ketat untuk dipakai secara berterusan. Sekarang dia cuma menggunakannya sekejap-sekejap untuk aktiviti di taska.
Maka sudah tiba masanya untuk membuat kaki palsu yang baru untuk Fahry.
Kami mengatur pertemuan dengan pembuat kaki palsu dari Singapura, Mr Anton pada petang hari Selasa. Seperti biasa beliau ‘membuka’ bilik hotelnya kepada pelanggan yang ingin menempah anggota palsu. Memang ramai yang queue, mujurlah kami sampai awal, jadi tak perlu menunggu lama/berebut.
Sabar menanti
Plaster untuk acuan kaki
Kaki Fahry kena ‘simen’
Dah nak siap
Tunggu kering
Dah kering then buka
Acuan untuk kaki palsu Fahry
Buat acuan untuk stomp (tunggul) pula
Kasi kemas sikit
OK dah siap dah
Akhir sekali kita basuh sampai bersih
Kos standard untuk kaki palsu yang ‘cantik’ (bukan sebatang plastik macam kaki palsu Fahry sebelum ini) adalah dalam lingkungan RM6,000-RM9,000. Ini adalah untuk kaki palsu yang biasa, belum ada special features seperti untuk jogging, untuk berlari, untuk hiking, untuk climbing, untuk berenang dan sebagainya.
Bagi bayi/kanak-kanak, kaki palsu ini perlu ditukar setiap kali mereka membesar, untuk memastikan keselesaan pada soket dan sesuai dengan ketinggian mereka. Bayangkan jika yang memakai kaki palsu sejak bayi, hampir setiap tahun perlu buat kaki palsu baru.
Kalau kita tengok di akhbar, selalu ada berita tentang mereka yang senasib dengan Fahry menunggu bantuan untuk mendapatkan anggota palsu. Kos yang tinggi mungkin tak mampu nak ditampung, lebih2 lagi kebanyakan mereka dinafikan hak untuk menjawat sebarang pekerjaan, kerana – kurang upaya! Pelik juga kadang2, kalau kerja duduk di pejabat depan komputer, apa salahnya tak punya kaki. Bukannya kerja jadi pelayan restoran ke, despatch ke, pemain bola sepak ke…
Hargailah kaki anda. Gunakan ia untuk mendekati tempat2 kebaikan dan jauhi tampat2 kejahatan. Kami (dan mereka yang senasib) bayar beribu-ribu untuk kaki yang kamu dapat percuma.
Leave a Reply