Bagaimana Memaksimumkan Potensi Otak Anak

By | January 21, 2011

Antara perkara yang menarik dalam ECE ialah mempelajari tentang otak. Ya, otak itu yang letaknya dalam tengkorak. Sangat-sangat menarik apabila kita ‘discover’ keunikan otak ni dan potensinya yang tiada batasan.

brain connection

Gambar di atas ialah sel-sel otak dan sambungannya. Yang paling kiri adalah sambungan sel otak semasa bayi dilahirkan. Gambar kedua semasa bayi berusia 18 bulan dan paling kanan semasa umurnya 3 tahun.  Begitulah perkembangan otak anak-anak kita.

Sel-sel otaknya mula terbina sejak awal kehamilan lagi. Sel-sel bersambung bila pembelajaran berlaku (ingat tak iklan apa?). Sel-sel yang tak bersambung akan mati T_T Lebih banyak sel bersambung, lebih banyak pembelajaran boleh berlaku.

Mengetahui anotomi otak… Sesungguhnya satu kejadian yang amat ajaib. Masa sekolah dulu Cuma tahu sereblum, serebrum dan medula oblongata je (maklumlah saya tak ambil Biologi). Rupa-rupanya banyak lagi bahagian otak yang menarik untuk diterokai.

anatomi otak

Berbalik kepada sambungan sel otak tadi…  apa yang boleh kita buat ya untuk menggalakkan penyambungan sel otak anak kita (sel otak mak pak dia pun sama!)?

1.       Of course membekalkan mereka peluang-peluang untuk belajar benda baru.

2.       Membekalkan nutrient untuk otak mereka. Nutrien penting untuk sambungan sel otak ialah : GANGLIOSIDES atau GANGLIOSIDA. Apekebendanya Ganglioside ni. Ganglioside adalah sejenis asid lemak yang terdapat dalam susu. Penting kan minum susu? Bukan untuk kalsium aje, tapi untuk jadi pandai! J

Bercakap tentang Gangliosida ni.. rata2 yang saya baca ialah ia terkandung dalam SUSU. Tak kira lah susu ibu ke, susu lembu ke, susu kambing ke… ternyata susu ni bukan semata-mata sumber untuk kalsium saja. Penting Gangliosida ni untuk fungsi kognitif.

Panjang lebar penerangan tentang sambungan sel-sel otak ni. Kenapa kita nak otak anak kita bersambung?

Bayangkan dalam satu rumah yang besar, ada banyak lampu. Tapi tak ada elektrik. Apa jadi pada rumah tu? Gelap kan? Itulah yang akan jadi pada anak-anak kita bila sel otaknya tak bersambung. Sel itu dah ada. Saraf-saraf semua ready, cuma tak ada sambungan aje. Sayang kan?

Hari ni kita boleh tengok ramai orang yang sel otaknya tak bersambung. Menakutkan, bukan?

Sel otak yang bersambung ni  menjadikan anak-anak kita menjadi seorang yang ‘thinking out of the box’, bukan sekadar jadi bijak, tapi menjadi seorang ‘connected tot’. Apabenda la pulak connected tot ni ya. Let’s see this paper clip dari The Star…

connecting tots

Connected Tot ni senang cakap, budak-budak bijak dan genius. Bukan tu je, seorang Connected Tot mampu mengaitkan apa yang ada di sekelilingnya. Maknanya dia tak adalah fikir ‘straight’ saja.

Ada satu hari kami menonton filem Transformers: Revenge of The Fallen. Dalam filem ni kan ada scene2 di Petra Jordan, Piramid, dan sebagainya. Bila buka buku atlas untuk budak2, Hafiy tanya saya “Mommy, Transformers ada kat sini kan? Mana? Kenapa tak ada?”. Amboi pandai pula cari Transformers dalam gambar Petra.

outside the box

Hehe, itu Cuma selingan saja. Anak saya belum pandai bertanya soalan-soalan yang mencabar minda. Pernah kan, kita dengar budak2 utarakan soalan mencabar minda? Seronok kan melayan?

Jadi, perkara paling penting untuk menghasilkan seorang Connected Tot ialah dengan membekalkan nutrient yang secukupnya buat mereka, dan rangsangan yang sebanyak mungkin. Bila sel otak bersambung, anak kita cepat belajar. Faster learning lebih menyeronokkan daripada belajar dengan cara yang lambat, kan?

Jangan tipulah kalau kata tak kisah anak kita tak pandai. Semua orang nak anaknya pandai. Cuma kadang-kadang bila compare dengan anak orang lain yang lebih advance, disebabkan ego kita nak menang juga. Jangan risau, semua budak dilahirkan genius dan untuk mengekalkan ke-genius-an mereka itu adalah tugas ibu bapa. Malah mengikut Glen Doman, semua budak genius, tapi mak bapaknya yang menjadikan dia tak genius lagi T_T

Jom kita jadikan anak-anak kita Connected Tot. Bila diorang besar dan jadi pemimpin negara, dapatlah negara kita para pemimpin yang bijak-bijak belaka 😉

Category: Babies & Toddler Tags:

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

12 thoughts on “Bagaimana Memaksimumkan Potensi Otak Anak

  1. Pingback: Tweets that mention Bagaimana Memaksimumkan Potensi Otak Anak -- Topsy.com

  2. Coffee Mama

    Hi Mommy Lyna 🙂 Good info. Anak2 memang boleh dibentuk dari kecil, cuma kadang2 ketidak sabaran ibubapa menangani kerenah anak2 menjadikan perkembangan agak limited

    Reply
  3. ryena

    topik yg sgt best.. membuka minda utk ibu yg baru dpt anak mcm saya… sbb tuh la saya suka sgt terjah blog mysuperkids nie.. kak lyna…teruskan lagi penulisan yang memberi manfaat n pengetahuan pd org ramai…
    ryena´s menulis tentang ..lagik shawl clipsMy Profile

    Reply
  4. ida

    TQ Along. Memang ada kesedaran lama dah. Kadang2 cakap dekat husband yg kalau kita tak stimulate anak kita ni, kesian dia. Dia genius sebenarnya, tp asyik disogok dengan kartun and game aja, mcm mana minda nak berkembang. Taj dinafikan, kartun dan game memang ada sumbangan sendiri untuk mengenius kan anak. Ya la, sel2 tu mesti la nak kena connect kan masa dia main game tu tapi social skill maybe kurang develop. So wajib perbagaikan aktiviti anak.
    ida´s menulis tentang ..Bahana Tukar-tukar No HandphoneMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge