Hapuskan Diskaun Hartanah Bumiputera (Bukan Komen Politik)

By | February 14, 2011

Susulan cadangan Tony Pua (DAP, PJU) agar 5-10% diskaun hartanah bumiputera dimansuhkan pertengahan tahun lepas, kerajaan selangor (PKR) kini sedang mengambil kira secara serius untuk betul-betul memansuhkannya di Selangor.

I know, all this while anda mungkin dah baca komen orang lain tentang perkara ini. Unfortunately, mostly berbaur unsur politik mentah tanpa musabab yang kukuh untuk defend. Saya can say a lot about Malaysian Politics but now now.

Sekilas pandang, cadangan memansuhkan diskaun hartanah bumiputera untuk so called rumah mewah nampak logik. Mula-mula definasi mewah ialah RM500,000 ke atas dan kini mungkin definasi tersebut dinaikkan kepada RM1-2juta ke atas. Dah mereka kaya, ape pasal pulak nak kena bagi diskaun kan? Kaya buat la cara kaya.

Nak men-justify-kan lagi diskaun hartanah bumiputera perlu dimansuhkan, mereka menggunakan hujah “penjimatan” daripada harga jualan hartanah ini boleh digunakan untuk membantu golongan kurang berkemampuan. Tak ke bagus tu, paksa orang kaya bayar lebih untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

Ini macam kisah Robin Hood dan orang Melayu kita memang suka sebab mostly bukan orang kaya (terutamanya saya!). These people really know how to sell idea.

Bagi saya, diskaun bumiputera bukan sebab ade golongan yang tak mampu tapi ia adalah keistimewaan orang pribumi. Tak kira berapa pun harga, they deserve sekurang-kurangnya priority. Priority di sini bermaksud bagi la peluang mereka beli dulu, kalau tak terjual jugak jual jela ke sesiapa pun.

Pemaju selalu complaint, sebab lot bumi tadek orang nak beli, kos pembangunan jadi makin meningkat. Bukan ke kalau dah proven tak laku (lepas promosi kepada golongan bumiputera dibuat, bukan diam-diam je then cakap orang bumi tak beli) boleh apply ke pejabat tanah untuk lepaskan kepada orang lain?

Kalau takut pejabat tanah bagi respon lambat (time=money), ketatkan saja peraturan ini, tak payah la sampai nak hapuskan semua?

Saya tak pernah lagi beli rumah baru (but plan to do so). Tapi i know banyak kawan-kawan bumiputera terpaksa suka beli rumah baru; walaupun mahal on paper, sebab nakkan diskaun bumiputera ni on top of pakej pembiayaan yang almost 100% (yang senang dapat lepas diskaun bumi).

Jangan hukum mereka hanya sebab pemaju tak puas hati akan respon pejabat tanah!

Dan, kalau pun betul kerajaan hapuskan diskaun bumiputera sebab nak kurangkan kos pemaju, agak-agak pemaju nak kurangkan harga ke? Sorry, I dun think so.

Dengan harga rumah sekarang at all-time-high, agak-agak berapa banyak diskaun pemaju sanggup berikan kepada keseluruhan projek sampai tiba-tiba pembeli yang sebelum ni tak mampu jadi boleh beli?

All you know later they go back to gov, cakap tak dapat nak kurangkan harga sebab kos bahan mentah & pekerja makin naik. See, they will have all sort of answer untuk memaksimakan keuntungan. (note: i no against any pemaju ok)

Keempat, so called bumi lot yang tinggal ni biasanya kat lokasi yang haram jadah lagi hampes; berhadapan dengan T-junction, no rumah 4, mengadap flat atau tingkat-13. Tak percaya? Pergi la tengok saki-baki unit yang tinggal di Selangor ni.

Berkemungkin besar kalau lepas ke orang lain pun, developer kena jual at diskaun sebab memang tak laku. And still blame that on diskaun bumiputera??

Btw, kalau betul la diskaun bumi tak patut diberikan kepada bumiputera yang so called kaya-raya, kenapa rumah berjuta lot bumi masih tak terjual WALAUPUN selepas 5-10% diskaun?

8 thoughts on “Hapuskan Diskaun Hartanah Bumiputera (Bukan Komen Politik)

  1. mamaok

    saya pernah bekerja dengan developer… dan saya rasa penulis mengikut emosi semasa menulis.. walau apa2 pun orang nak cakap, pendapat saya.. 5% bumiputera diskaun patut dikekalkan bagi bagi membolehkan bumiputera tinggal dalam lingkungan township yang lebih elit. Sedangkan non-bumi menuntut diskaun tersebut, tapi bumi tak mahu menggunakan kemudahan yang ada.

    Reply
  2. Fara

    Pendapat saya, hak keistimewaan untuk bumiputera sebenarnya tidak telus. Seperti kata penulis, lokasi yang diberi pasti mengecewakan. Itu salah satu. Malah, kemansuhan diskaun bumiputera itu sbnrnya tidak akan beri impak yang besar pun. Walau menurut MEREKA, akan digunakan untuk golongan sederhana dan ke bawah, tapi saya tidak pernah percaya pada janji politik. Politik tetap politik. Tak akan ada istilah ROBIN HOOD. Melainkan, jika kepentingan diri, keluarga dan kaum.
    Fara´s menulis tentang ..hari kekasih harus dipraktikkanMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge