Qistina Balqis Maisarah

By | February 14, 2011

Qistina Balqis Maisarah, mungkin beliau bukanlah sepopular kanak-kanak yang menang anugerah Bayi Comel Pa&Ma dan sebagainya…

qistina balqis maisarah

Di sebalik matanya yang bersinar, Qistina Balqis Maisarah menyimpan 1001 rasa yang tak mungkin dapat dikongsi dengan sesiapa..

Inilah Qistina Balqis Maisarah Mohd Zuhairi

Dilahirkan pada 16 September 2010 di Hospital Manjung, Perak

Menderita masalah jantung, cleft, jangkitan paru-paru dan beberapa penyakit yang masih dalam pantauan

Berada di hospital sejak lahir hingga kini

Kini berada di Hospital UKM, Kuala Lumpur

Qistina Balqis Maisarah baru saja menjalani pembedahan jantung. Daripada ibunya, Puan Mai, saya quote dari Group FaceBook ‘Charity Fund Raising for Qistina Balqis Maisarah:

hari ni balqis masih tido..doc x bg kacau dia..syukur alhamdullillah respon pembedahan smlm sgt cpt doktor kata..pernafasan dia dah stabil..bila tgk kt dada dia dah x berombak lg pernafasannya..pernafasannya dah normal spt baby normal..denyutan jantung dia pun dah normal..mmg aku nmpk sgt perubahan pada dadanya..dulu dia bernafas laju dan dadanya turun naik masa bernafas..kini dah normal…bersyukur sgt pada yg maha esa kerana mendengar doa2 kami..harap2 balqis cepat sembuh dan sihat..sbb mama dah x sabar nak balik rumah kita di manjung sayang… 🙂

Sertai group FaceBook yang dibina khas untuk Qistina Balqis Maisarah. Semoga perhatian dan keprihatinan yang kita tunjukkan dan sumbangkan sekurang-kurangnya dapat meringankan beban anak kecil ini serta keluarganya.

Jom bersama-sama kita sertai kempen

Untuk Qistina Balqis Maisarah.

Sebagai tanda keprihatinan kita terhadap penderitaan anak kecil ini dan keluarganya.

Doakan bersama-sama agar Baby Balqis dapat menjalani detik-detik ini dan membesar seperti anak-anak kita yang lain, cergas, sihat, pintar… Doakan juga ketabahan kedua ibu bapanya dan ahli keluarganya dalam menghadapi dugaan ini. Semoga rezeki yang lebih besar terbentang luas buat mereka.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada:

NAMA : SITI MAISALMAH BINTI MOHD KAMIL
CIMB AKAUN NO. 08040000972202
MBB AKAUN NO. 114160850396

~Semoga Balqis sayang cepat sembuh ya 🙂 Memang hati saya cepat tersentuh melihat anak-anak yang sakit dan berkeadaan sebegini. Mungkin bila kita sendiri pernah memiliki anak yang diberi harapan 50-50, kita mudah merasai perasaan ibu-ibu lain yang menghadapi benda yang lebih kurang sama.

6 thoughts on “Qistina Balqis Maisarah

  1. hajar

    kesian dia…moga dia cepat sembuh…nasib dia sama dengan anak sdara saya..tp Alhmadulillah sekarang dah sembuh..=)

    Reply
  2. john

    moga2 cepat sembuh..tapi mulut & hati kita pun kena jaga jgk..jgn suka mbebel jer ok..peace no war 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge