Jumpa Doktor Gigi Cabut Akar Gigi

doktor gigi

Dah bertahun saya tak jumpa doktor gigi. Rasanya kali terakhir masa masih kerja dengan Petronas dulu. Semata-mata nak utilize duit yang company dah sediakan untuk dental. Hehe. Bertampal gigi masa tu. Pastu dah tak pegi2 dah. Kalau pegi pun sebab bawa budak2 ni check gigi. Tapi nak jadi cerita.... last week masa tengah santap makan tengahari tiba2 PRAKKK! tergigit sesuatu yang keras, taktau apabendanya. Terus goyang gigi taring bawah. Goyang punya goyang, esoknya patah (tercabut). Tinggal … [Read more...]

Tips Beraya di Rumah Mertua

Tahun ni ramai yang merayakan Aidilfitri buat pertama kali dengan keluarga mentua kan? Haa.. mesti ada sedikit sebanyak perasaan suspen apa yang bakal berlaku. Saya kalau balik ke kampung mentua, memang balik ke kampung ibu bapa diorang (datuk-datuk kami lah). Jadi dalam serumah tu bukan sekadar ipar duai saja tapi segala peringkat makcik-pakcik sepupu sepapat semua ada bersama. Untuk pasangan yang baru berkahwin, Aidilfitri yang pertama di rumah siapa pun itu atas perbincangan … [Read more...]

Kerja Profesional Tapi Hidup Macam Pengemis

Dua tiga hari ini menjadi viral video ucapan #sayaZahra. OK saya setuju dengan luahan hati beliau (Tho my instinct says it was scripted by somebody else). Tapi ada perkara yang saya nak kongi pandangan saya. Lebih kurang 9 tahun lalu, atau 10 tahun lalu macam tu... saya ada membaca sebuah buku pelaburan. Maaf saya tak ingat apa tajuknya. Entah buku saya ke buku pinjam ke saya pun tak ingat. Tapi antara isi buku tu yang saya masih ingat - perbandingan gaji tahun 1990 dengan tahun 2000, gaji … [Read more...]

8 Kelebihan Ibu Yang Tiada Anak Perempuan

PENDANDAN RAMBUT

Dalam dunia ni, ada orang terpilih yang Allah tidak kurniaan cahayamata, ada orang yang Allah kurniaan ramai anak, ada orang anaknya sikit, ada orang anak-anaknya selang bunga, ada orang anak-anaknya dominan satu jantina dan ada orang anaknya cuma satu jantina saja. Apa pun itu semua adalah dalam pengetahuan Allah, pasti ada hikmah yang kita tak tahu. Alhamdulillah, saya dikurniakan 3 orang anak. Semuanya lelaki. Kadang-kadang terasa juga nak pakaikan baju gaun comel-comel pada anak … [Read more...]

Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Swasta?

Tahun lepas anak sulung kami masuk darjah 1. Tahun ni anak yang nombor dua pulak. Bila jumpa kawan-kawan, pastilah kami nak kongsi hantar anak sekolah mana kan. Ada juga kawan-kawan yang terkejut bila saya hantar anak ke sekolah kebangsaan. Sangka mereka orang macam saya akan hantar anak ke sekolah swasta. Macam apa tu? Entahlah. Hehe. Nak pilih sekolah anak zaman sekarang ni mungkin lain dari zaman dulu di kampung saya. Sekolah ada satu je. Tak mungkin orang kampung nak terfikir hantar … [Read more...]

Mengatasi Writer’s Block

10634303_10152535203213876_1333327061_n

Dah masuk bulan keempat editor Mama Baby World (yang mana saya adalah saalah seorang kolumnisnya!) menunggu entry dari saya... tapi.. yarobbi... masih tak dapat-dapat juga nak habiskan artikel tentang pengembaraan kami di Iceland baru-baru ini.  Writer's block! Ya lah mungkin.. Habis idea apa nak tulis. Idea semua dok update di FaceBook kot? Entry di blog sendiri pun tak ter-tulis-tulis. Banyak benda yang nak dikongsi, tapi tak dapat nak tulis. Kalau dulu saya boleh taip menggunakan telefon … [Read more...]