Tips Buat Penggemar Kopi ke Luar Negara

By | October 14, 2013

Siapa suka minum kopi?

Saya adalah antara penggemar kopi. Pernah satu masa, saya mesti minum kopi sekurang-kurangnya 2 cawan sehari. Macam-macam jenis kopi saya cuba. Paling seronok kalau ke kedai makan bernama ‘Chawan’ dan ‘Uncle K’, sebab ada macam-macam jenis kopi kat situ.

Namun, sekiranya ada penggemar kopi yang nak ke luar negara, (atau pun mungkin di kafe-kafe antarabangsa di dalam negara pun…) sedikit panduan agar tuan dan puan berhati-hati jangan sampai tersalah minum!

Di negara kita, kopi pelbagai jenis dan cap, Kopi Kapal Api, Kopi Cap Tupai, Kopi Kemaman, Kopi Hang Tuah, Kopiko… semua tu jenis-jenis dan brand. Tapi awas bila tengok dalam menu ada kopi-kopi ini (terutama di luar negara):

>>> Irish Coffee
>>> Italian Coffee
>>> Coffee Amaro
>>> Flaming Spanish Coffee
>>> French Connection Coffee
>>> Cappucino Cascade
>>> Cafe Barbados
>>> Roman Rasta Coffee
>>> Cafe Royal
>>> Cafe Carribean
>>> Sultan Special Coffee
>>> Skye Coffee
>>> Calypso Coffee
>>> Kaffe ask

Senarai di atas adalah ‘liqueur coffee’ atau ‘cocktail coffee’ yakni kopi yang dicampur dengan arak-arak tertentu.

Cocktail coffee ni biasanya ada krim kat atas dia.

cocktail coffee

So, kalau ke tempat yang kita tak biasa, order kopi biasa-biasa je ya, tak payah teruja nak try kopi-kopi lain, mungkin kopi tu adalah liquor coffee.

Paling senang, bawa je kopi dari rumah sendiri 😀

13 thoughts on “Tips Buat Penggemar Kopi ke Luar Negara

  1. Nurul

    Dear Mommy Lyna
    We came across your blog and thought you might be interested to attend our event.
    We will be having a free clinic consultation for parents with children who has feeding difficulties.
    The event will be happening very soon this week.
    We can send you the official invitation if you’re interested.
    We hope to hear from you soon.
    Thanks.

    Reply
  2. Pengedar Shaklee

    pernah terfikir tentang kopi arak masa minum earl gray coffee sebab rasa dia pelik

    termuntah2 lepas minum kopi tu sedangkan tak confirm ada ke kopi arak

    rupanya baru tau memang ada kopi arak

    nasib baik earl gray takde dalam list

    astaghfirullah al azhim

    Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      Earl Grey coffee ke Earl Grey tea?

      kalo teh earl grey tu mmg rasa dia lain, sbb dicampur dgn sari lavender & limau begamot.

      Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      bolehh.. sila sebar2kan utk kepentingan kita bersama 🙂

      Reply
  3. Rina

    Terima kasih banyak atas infonya mbak, kedai kopi dengan brand – brand diatas harus dihindari tuk dibeli ya…

    Reply
  4. Brittany

    Hello there, You’ve done a great job. I’ll certainly digg it
    and personally suggest to my friends. I’m sure they’ll
    be benefited from this web site.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge