Duit Raya di Pagi Syawal

admin Avatar

Dah dekat nak raya ni, banyaklah persiapan raya yang kita nak kena fikir kan… walaupun dunia masih bersedih (entahlah, macam2 perasan kot) dengan perbantaian umat di Palestin, Syria dan di seluruh dunia, serta kejadian yang menimpa MH17, tapi ia bukan penyebab untuk kita tinggalkan rutin kita dan berkabung.

Aidilfitri adalah hari kita ‘kembali’ kepada fitrah, hari kegembiraan bagi orang-orang yang berpuasa sebagaimana sabda Rasulullah:

“Bagi orang berpuasa itu ada 2 kegembiraan, yakni kegembiraan menyambut AidilFitri dan kegembiraan bertemu Allah”

Di pagi Syawal inilah kita berkumpul dengan sanak-saudara yang dah lama tak bersua. Hari raya jugalah kita berziarah ke rumah saudara-mara. Memang, boleh lah kata “Sepatutnya bukan hari raya saja berziarah, tapi hari2 lain pun kena juga ziarah” tapi hakikatnya, di hari raya kita bersedia dan menyediakan diri untuk terima tetamu dan bertamu. Hari-hari lain pun memang kita berziarah, tapi hari raya satu keluarga berkonvoi mengunjungi datuk nenek rakan taulan.

Hari Raya juga sinonim dengan duit raya. Entah kenapa tahun kebelakangan ini duit raya menimbulkan sedikit isu:

  • Pemberian duit raya di hari raya
  • Sedekah yang utama di bulan Ramadhan, bukan Syawal
  • Keterpaksaan (tak ikhlas lah tu) dalam memberi duit raya
  • Mengajar anak menjadi materialistik dan meminta-minta

Sejak saya kecil sampailah besar, dari zaman kutip duit raya sampai beri duit raya, tak pernah terfikir tentang ‘beraya di rumah orang yang bagi duit raya banyak’, atau ‘banding-banding ayah siapa beri duit raya paling banyak’, atau ‘terasa maruah diri terletak pada duit raya’,dsb. Sebagai kanak-kanak, saya memanglah muka tak malu dulu… jumpa sesiapa saja, minta duit raya. Tapi tak rasa apa-apa pun kalau mereka tak beri. Minta duit raya, sekadar salah satu kemeriahan hari raya. Sebagai kanak-kanak, memang gembira dapat duit raya, simpan dalam tabung.

Mungkin sekarang ni konsep duit raya untuk gembirakan kanak-kanak dah dicemari bila ada banding-membanding. Saya tak berapa pasti kerana saya tak alami. Memanglah makcik-makcik saya selalu kata “Mintalah duit raya dengan Kak Long, mesti dapat banyak” kerana saya cucu yang sulung yang dah lama bekerja. Tapi saya tak pernah kecil hati. Dan bila buka sampul raya anak-anak, ada note RM50, dan ada syiling 50 sen pun saya tak rasa “Apa ni bagi 50 sen je”, sebaliknya saya terharu kerana mereka sudi memberi. Semoga Allah murahkan rezeki mereka.

Bersedekah di bulan Ramadhan, bagi saya perkara berbeza dengan duit raya. Rasulullah paling banyak bersedekah di bulan Ramadhan, logiknya kita pun mengikuti apa yang Rasulullah buat, banyakkan sedekah Ramadhan. Tapi adakah dengan menghapuskan pemberian duit raya?

Saya anggap duit raya sebagai hadiah. Bukan budaya, bukan paksaan. Kalau tak boleh beri, tak payah fikirkan apa yang orang akan kata. Tak perlu rasa kecil hati orang nak kata kita kedekut ke miskin ke, itu bukan masalah kita. Kalau mampu beri, semasa sampaikan hadiah itu, sampaikan sekali pesanan kepada anak-anak itu… biasalah kalau dapat duit ni salamnya lama sikit.

Banyakkan infak di bulan Ramadhan, dan bulan-bulan yang lain. Sedekah membuka pintu rezeki, hadiah juga membuka pintu rezeki kerana ia mengeratkan silaturrahim. Yang penting lakukannya ikhlas kerana Allah, bukan sebab nak diterima atau dipuji atau diiktiraf orang lain.

Salam Aildilfitri maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.

Tagged in :

admin Avatar

11 responses to “Duit Raya di Pagi Syawal”

  1. Hazmin Hamudin Avatar

    Rasanya ramai berlumba-lumba bagi duit raya dengan nilai yang besar. Ataupun nilai duit kita dah semakin kecil? Tapi apa2 pun tahun ni saya cut duit raya.

  2. Khadeejah Hasmad Avatar

    Oh belum tukar duit jadi duit raya

    Sori lah sepupu sepapat, raya tahun ni takde duit raya 😛

    Nasib baik anak sedara belum sampai 10 org 😛

    1. Rokiah Avatar

      salam..kalau tak bagi duit raya… siaplah makcik pakcik..aak buah buat muka semacam..

  3. Amyz Avatar

    Tinggal lagi 2 hari saja nak bersedekah.. 🙂

  4. Rokiah Avatar

    Masih belum terlambat untuk bersedekah…bulan ramadhan ni pahala bertingkat2…
    duit raya ni dah jadi amalan adat..tapi niatkan hati “ikhlas” bersedekah..setahun hanya sekali

  5. Fyda Noh Avatar

    Saya sokong pendapat akak. Ramai manusia lebih suka tengok apa orang lain cakap. Bagi saya, walaupun sikit pokai, saya seronok bagi duit raya walau tak banyak. Especially dekat nenek2, setahun sekali je pun kasi.
    Selamat hari raya maaf zahir batin

  6. zaleha Avatar

    oh topik duit raya…
    kami sewaktu kecil sangat menghargai pemberian duit raya ni. xkisahla berapa pun. betul sebagai hadiah.
    sejak kecil mak ayah mengajar untuk memberi bukan untuk meminta.
    maka lahirlah anak-anak mak yang saban tahun tak pernah tgglkan amalan pemberian duit raya ni kepada sedara mara walaupun mak sebagai mak sedara/nenek/tuan rumah pun dah memberi.
    semoga amalan pemberian duit raya sebagai hadiah diterima keberkatan oleh Allah SWT

  7. Raihanah Ahmad Avatar

    sebenarnya banyak ganjaran pada bulan ramadhan, pada sedekah pada bulan syawal kepada kanak2 dan orag tak berkemampuan pun dapat juga pahala. asalkan jangan ada rasa terpaksa bagi duit raya tu.

  8. DuniaVitamin Resources Avatar

    Ayat mintalah duit raya, memang biasa. Bezanya kalau dikalangan anak buah,bg sikit mesti berbunyi. Alah sikitnya, dua ringgit je. Itu yang jadi berat nk bg duit ry.dh tak jd ikhlas kekdahnya.

  9. Yeen Avatar

    Ye btol! Konsep duit raya anggap untuk suka-suka jer.. bukan wajib 🙂

  10. Hari Raya Wishes Avatar

    Selamat Hari Raya Wishes (Aidilfitri 2015) To All My Dear Muslims Around The Word!!! May Allah Bless You With Forgiveness and Peace

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge