Hampir Hilang Kereta, Sebuah Pengajaran

admin Avatar

Pada suatu hari Khamis, selepas menghantar anak-anak ke sekolah dan tadika, saya bergegas the sebuah pusat membeli-belah atas satu urusan penting. Disebabkan masa yang mencemburui.. nak cepat kerana nak ambil anak di sekolah pula selepas itu, pada jam 12.30.

Siap urusan jam 12.00 tengah hari, memang terus nak kena ke sekolah anak. Kiranya bajet masa saya memang cukup-cukup untuk tiba di sekolah dia.

Namun, sesuatu yang tak dijangka berlaku!

Kereta saya tiada di tempat di mana saya meletakkannya. Cari di tingkat lain takut tersilap parking, tapi tiada juga. Panik, memang panik, terfikirkan siapa nak ambil anak di sekolah.

Report kepada guard kereta hilang, memang rasa nak menangis. Guard kata tak apa, dia cuba cari.

Akhirnya kereta dijumpai berhampiran pintu keluar.

Saya taknak fikir banyak-banyak akan apa yang telah berlaku. Tapi kejadian ni bagi saya seolah-olah satu peluang kedua. Syukur Allah masih selamatkan saya, peringatan dan pengajaran agar tidak terlalai lagi.

Andainya kereta saya berjaya dicuri tempoh hari, saya tiada orang lain yang nak disalahkan kecuali diri sendiri.

  • Saya parking dengan kad Touch & Go, dan kad itu ada di dalam kereta.
  • Dalam kereta ada surat yang beralamat ke rumah saya.
  • Dan yang paling dahsyat, saya terlupa kunci kereta kerana nak cepat.

Tiga perkara tu dah cukup untuk memberi laluan mudah kepada mana-mana pencuri kereta untuk mengeluarkan kereta saya dari situ.

Kerana itulah saya anggap kejadian ni sebagai peluang kedua. Syukur kerana peluang itu tidak dengan membawa kereta saya pergi. Selama ni selalu dengar kes kecurian kereta akibat sikap sambil lewa pemiliknya, dan akibat meletakkan benda-benda yang membawa pencuri kereta ke rumah (surat, alat GPS), lalu bukan saja kereta, rumah pun dirompak.

Syukurlah, semua itu tidak terjadi. Namun ia takkan saya lupa. Semoga saya takkan lupa.

Sekiranya sesuautu nak terjadi, biarlah kerana kebijaksanaan orang, bukan kelalaian kita. Berwaspada selalu.

admin Avatar

12 responses to “Hampir Hilang Kereta, Sebuah Pengajaran”

  1. Aya Chalo Avatar

    Huhuhu.. menakutkan. TQ for sharing tips penting. Memang nda terpikir pula surat2 yg ditinggalkan tu tersangat bahaya.. Nauzubillah min zalik…

    1. Mommy Lyna Avatar

      Kadang kita terlalai tp skg kna jadikab kereta ni different entity

      1. mona Avatar

        eee takutnye lyna.. Allah tolong dgn blocked kereta tu x dpt klua dr parking lot tu..

  2. efie muhamad Avatar

    Eh aritu xbgtau pun lupa kunci kereta…

    Huhu nasib baik sangat.. Allah mmg tolong kita tu.. Syukur..

  3. irfa Avatar

    alhamdullillah xde apa2
    peringatan utk saya jugak
    selalu ada surat dlm keta ,huhu

    1. Mommy Lyna Avatar

      Hehe tula cepat2 kuarkan!

  4. Norhayati Suaib Avatar

    Kadang-kadang kita mudah terlupa perkara ini.kena simpan semua surat yang ada dalam kereta selepas ini

    1. Mommy Lyna Avatar

      Bak kata srg pakar jenayah, kebanyajan jenayah terjadi bila kita tak alert & lalai.

  5. Myliferia Avatar

    Pengalaman yang mencemaskan. Sy baru nak start bawa kereta balik. Minta2 semua selamat.

  6. transformed hw Avatar

    alhamdulillah jumpa balik kereta. Betul tu masa kita lekala selalu terjadi perkara yg tak diingini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge