Tips Beraya di Rumah Mertua

admin Avatar

Tahun ni ramai yang merayakan Aidilfitri buat pertama kali dengan keluarga mentua kan? Haa.. mesti ada sedikit sebanyak perasaan suspen apa yang bakal berlaku.

Saya kalau balik ke kampung mentua, memang balik ke kampung ibu bapa diorang (datuk-datuk kami lah). Jadi dalam serumah tu bukan sekadar ipar duai saja tapi segala peringkat makcik-pakcik sepupu sepapat semua ada bersama.

Untuk pasangan yang baru berkahwin, Aidilfitri yang pertama di rumah siapa pun itu atas perbincangan masing-masing lah kan. Tapi saya nak  bagi pesanan sikit kepada suami-suami yang baru pertama kali nak bawa isteri balik beraya ke kampung… walaupun selalu balik kampung, tapi raya ni lain.

Bila pertama kali bawa isteri berhari raya di kampung…

1. Mesti beritahu dekat isteri apa rutin keluarga di malam/pagi raya. Adakah mesti masak beramai2 ke, atau mak jenis suka masak sorang-sorang tak mahu diganggu (kot2 la ada resepi rahsia keturunan dia je tahu). Atau pagi2 menantu-menantu mesti bangun awal masuk dapur buat apa yang patut.. kang isteri anda terbangun lambat, tengok2 semua dah siap, tak pasal2 jadi bahan… kesian dia.

2. Beritahu isteri supaya bergaul rapat dengan saudara-mara, terutama kalau semua berkumpul di rumah datuk (macam saya). Walaupun adik-beradik dan sepupu-sepapat sebaya semua dok melonggok depan TV, tapi suruh isteri join makcik-makcik potong bawang ke, kacau rendang ke… buat lah apa-apa yang patut d dapur tu. Isteri kalau memang jenis ‘reti’ tu dia mungkin pandai-pandailah sendiri… tapi kalau isteri jenis yang lurus, dia mungkin blur tak tahu nak buat apa. Iyelah, saudara-mara sebaya bersosial di serambi, kat dapur semua makcik-makcik… Mintalah isteri join makcik-makcik.

3. Selalu temankan isteri. Dia mungkin ada rasa kekok, segan, malu dengan ahli keluarga kita. Jadi untuk pertama kali, bertindaklah kenalkan isteri kepada semua anggota keluarga.

4. Belikanlah buah tangan untuk ibu bapa/datuk nenek, minta isteri yang serahkan. Kalau isteri sendiri yang beli dan beri lagi bagus. Tapi kot dia tak tahu, atau terlepas pandang, tolonglah dia nak dapatkan reputasi yang bagus.

5. Tolong jaga kehormatan serta aurat isteri. Ingat-ingatkan dia kalau terselak ke, terkeluar rambut ke… Kalau nak bersalam-salam tu tolonglah cover isteri bila ada pakcik-pakcik hulur tangan nak bersalam. Isteri tu mungkin segan nak tolak, maklumlah masih baru… karang ada yang terasa pula.

Untuk isteri yang pertama kali berhari raya di kampung suami pula…

1. Kalau di rumah mak kita, malam Raya biasa terbongkang tengok drama/filem Melayu, rumah mentua jangan dibuat.. lagi2 kalau pertama kali (kalau dah lama kita dah tahu & mentua pun dah biasa kan?). Biarlah orang lain nak buat apa pun, tapi kita mengekorlah mak mentua…apa yang dia buat. Buat-buat tanya je nak kena buat apa, ada je la tu yang dia nak minta tolong tu. Kalau dia kata “Eh tak payah tolong, pegi sana tengok TV” jangan percaya sangat. Offer lah nak buat air ke apa ke.

2. Jumpa makcik-pakcik suami, tunjukkan keramahan.. kalau pendiam dan pemalu sekalipun, sekurang-kurangnya jadi pemula hulur tangan nak salam. Tanya lah makcik sihat ke, apa ke..

3. Selalu lah tolong mak mentua di dapur, jangan asyik berkurung dalam bilik aje. Jangan asyik duk berkepit dengan suami je. Pandai-pandai bawa diri.

4. Selalu rujuk mak mentua.. nak buat itu macamana, nak buat ini macamana (tapi jangan la every single thing nak tanya dia pula, T_T karang tak pasal2 buat dia terfikir “Apsal macam tak betul je menantu aku ni, biar betul anak aku ni”).

5. Kawal diri kalaupun ada saudara-mara suami yang berlainan jantina yang kita dah lama kenal ke, atau tiba2 peramah lain macam ke… Kalaupun suami tak kisah tapi mungkin orang lain kisah. Jadi lebih baik elakkan fitnah.

Haa.. orang lelaki di rumah mentua pula macamana?

1. Beramah-tamahlah dengan adik-beradik sepupu-sepapat. Join pakcik-pakcik bersosial sambil minum kopi.

Hmmm, orang lelaki macam takde isu sangat lah. Budaya kita kalau menantu lelaki ni mak mentua pun takde lah nak kisah sangat. Makcik-makcik pun OK je.. tapi kalau menantu perempuan lain sikit pandangannya. Takpelah, kita hormati budaya kita. Bukannya salah pun kan…

Pape pun Selamat Hari Raya Aidilfitri. Salah dan silap harap dimaafi 🙂

Tagged in :

admin Avatar

4 responses to “Tips Beraya di Rumah Mertua”

  1. Ndunk Avatar

    Hahahaha suka sngt dgn tips nie mmg terbaiklah
    Menantu2 di luar sana

  2. rujautih Avatar

    Sweet lah tips ni, kalah2 diabetes..ahahaha. Indahnya penyatuan dua jiwa, bertambah ahli dan keluarga menjadi dua.hehe.

  3. myliferia Avatar

    Yang baru kahwin, kene apply betul2, kalau tak nanti dapat darah tinggi plak…hehe

  4. Sal Avatar

    aih….kalau i baca tips ni masa raya pertama di kg suami…10thn dulu?? hehehe….

    anyway, good tips laah Lyna…

    Betul2 belaka…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge