Diskriminasi terhadap golongan cacat itu memang ada di mana-mana rasanya. Walaupun tak semua orang memandang orang cacat ni sebagai ‘sesuatu’ tapi masih ada golongan, terutama orang dewasa yang ‘anti’ dengan orang cacat, sekalipun orang cacat tu tak langsung menyusahkan dia.
2 bulan lepas saya ada menulis email kepada seorang wartawan dari Berita Harian, yang menulis rencana tentang orang cacat di Malaysia. Rupa-rupanya beliau pun OKU juga, dan dari email balasannya, dinyatakan bahawa beliau ‘berjuang untuk hidup’.
Sesiapa yang ada melanggan Unifi dan menonton IP TV, dapatlah menonton rangkaian BBC, dan salah satunya ialah rancangan kanak-kanak, CBeebies. Salah seorang hos dalam channel ini ialah seorang gadis yang kudung sebelah tangannya, Cerrie Burnell. Melihatnya, beliau adalah seorang yang ceria mengendalikan rancangan Do and Discover di Cbeebies.
Rupa-rupanya beliau juga salah seorang mangsa diskriminasi.
Dipetik dari website DailyMail.co.uk
One-armed presenter is scaring children, parents tell BBC
By Liz Thomas
A disabled CBeebies presenter has been the victim of a disturbing campaign after parents complained that she was scaring toddlers.
They claimed that host Cerrie Burnell – who was born with one arm – is not suitable to appear on the digital children’s channel.
Miss Burnell and co-presenter Alex Winters took over the popular Do and Discover slot and The Bedtime Hour programme last month.
Tapi BBC memang backing habis-habisan dan persatuan2 OKU di UK juga berada bersama Cerrie Burnell. Beliau pun tak tersinggung atau down dengan komen2 itu, malah tampil dengan kenyataan bahawa diorang semua tu berfikiran semput sempit.
Aha, frankly I tot most of mat saleh dah boleh accept akan perkara macam ni (kecacatan pada orang lain). Sorry I was wrong. And it is not my fault by keeping within that I am worry about my child, macamana penerimaan masyarakat 1Malaysia terhadap dia. Yang berfikiran terbuka memang boleh terima, tapi masih ada yang rabun dan menganggap golongan OKU sebagai monster.
Mereka ni la yang sebenarnya lebih cacat… walaupun tak nampak. Cacat secara batin heh heh. Bak kata Alison Lapper (pelukis Inggeris yang lahir tanpa tangan dan kaki pendek) “BIGOTED”.
Tapi hingga hari ni Cerrie masih ada di CBeebies. Salute pada beliau dan BBC team! (isu tu dah lama, dah setahun lebih kot)
Ini lebih menguatkan semangat saya dan Fahry untuk terus mempromosi (fuyo, ayat tak bleh blah) tentang keistimewaan orang cacat (OKU) kepada penduduk Malaysia, walaupun hanya usaha yang kecil (maklumla mak takde stesen TV). Saya memang tak berapa harap sangat kepada pihak lain untuk tampil membela nasib diorang2 ni. Malah banyak support group yang saya jumpa adalah hasil usaha dari ibu bapa kepada anak2 OKU sendiri, bukan dari pihak2 berwajib 😀
So, Fahry (dan OKU lain) akan OK-OK saja. Siapa nak diskriminasi, lantak diorang lak. Kita tak rugi apa-apa, kan?
*gambar adalah hasil carian di Google
Leave a Reply