Trip Keretapi dari Cairo ke Luxor

MESIR

Alhamdulillah, sepanjang-panjang tak berapa sihat di Cairo, bila masa telah tiba untuk ke Luxor, kesihatan saya dah bertambah pulih. Akhirnya... terpaksa makan ubat antibitiok yang dibeli dari farmasi. Di sini, kalau sakit, pergi farmasi dan kita akan diperiksa oleh ahli farmasi tu. Setelah bye-bye-bye kepada Shazrah & the kids - Hafiz, Alya dan Aina - kami dihantar oleh Azizul ke stesen keretapi Giza. Kami menaiki Sleeper Train dari Giza, bertolak jam  malam. Di stesen keretapi Giza ni … [Read more...]

Tips Melancong Ke Mesir

Di Mesir, kami cuma sempat melawat 2 kota, Kaherah (Cairo) dan Luxor. Nak lajak ke Aswan tapi disebabkan kesuntukan masa, maka terpaksalah melupakan Aswan buat masa ni. Simpan untuk masa akan datang pula. Alexandaria pula masa tu ada berita tentang pergolakan. Jadi kena kensel juga... Nak Sampai Ke Mesir Untuk sampai ke negara ni, tidak ada direct flight dari Malaysia. Jadi kena transit lah di mana-mana. Trip kami ni dah melalui beberapa negara sebelum itu : Sri Lanka, Qatar, Jordan dan ke … [Read more...]

Misteri Pembinaan Piramid Terjawab

PIRAMID GIZA

Setelah habis melihat kaum Badwi berkhemah di tepi lebuhraya di Amman, kami terbang ke Cairo (Kaherah), Mesir dengan pesawat Royal Jordanian. Rupa pesawat ni sangat comel (sila Google sendiri imej Royal Jordanian). Benda yang paling menarik perhatian saya adalah beberapa penumpang (orang Arab, dari bahasa percakapan mereka) yang masih bertelefon ketika pesawat sedang take-off (tengah naik). Kalau pesawat kita dah lama kena warning dengan cabin crew tapi crew diorang macam tak kisah pun. Atau … [Read more...]

Keselamatan Wanita di Jordan

Semasa saya mengunjungi sepupu saya, Noja di Jepun... ketika kami tiba di hotel dalam jam 2 pagi, Noja balik ke rumahnya (dalam 3km) bersendirian. Jalan kaki. Sorang-sorang. Tak apa, kata dia, selamat. Lain pula kisahnya di Jordan. Perempuan tak digalakkan berjalan sendirian, malah berjalan bersama perempuan di waktu malam pun baik elakkan. Mesti ada sekurangnya seorang lelaki buat teman. Banyak kes rompak, dan rogol melibatkan budak2 perempuan yang jalan seorang atau berdua tanpa lelaki di … [Read more...]

Melawat Tempat Bersejarah di Amman, Jordan

Setelah melawat di kawasan selatan Jordan, terutama Petra, kini kitalah masanya untuk kami explore Amman pula. Kami menginap di sebuah hotel di tengah kota Amman, bersebelahan masjid. Kebetulan hari kami sampai tu hari Khamis, jadi kami tanya lah di kaunter reception, biasanya solat Jumaat habis jam berapa? Lelaki yang jaga kaunter tu tanya pula pada kawan dia, perempuan. Erk, masjid sebelah je kot. Amman, sama seperti kota yang lain. Sibuk dan jem. Kami tak ronda-ronda sangat, sekadar … [Read more...]

Melawat Karak Castle dan Harga Minyak Jordan

MAP KARAK CASTLE

Kalau nak diikutkan sejarah Karak Castle ni sangat panjang, tapi dipendekkan...  Istana ini pernah menjadi pusat tentera Salib dari Empayar Rom, sebelum dikuasai dan diambil alih oleh Salahuddin Al-Ayubbi pada kurun ke-12 dan membebaskan tahanan dan tawanan yang ada dalam kota tersebut. Karak Castle sangat strategik tempatnya. Semua laluan utama dapat ditinjau.  Di sekelilingnya pula tanah yang subur, tanam-tanaman menghiasi landskap. Memandu ke sana... kena divert dari King's Highway. Ia … [Read more...]