, ,

Melawat Tempat Bersejarah di Amman, Jordan

admin Avatar

Setelah melawat di kawasan selatan Jordan, terutama Petra, kini kitalah masanya untuk kami explore Amman pula. Kami menginap di sebuah hotel di tengah kota Amman, bersebelahan masjid. Kebetulan hari kami sampai tu hari Khamis, jadi kami tanya lah di kaunter reception, biasanya solat Jumaat habis jam berapa?

Lelaki yang jaga kaunter tu tanya pula pada kawan dia, perempuan. Erk, masjid sebelah je kot.

Amman, sama seperti kota yang lain. Sibuk dan jem. Kami tak ronda-ronda sangat, sekadar beli barang keperluan di Mecca Mall. Esoknya kami melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar Amman.

1. Ajloun Castle

Istana Ajloun atau Ajloun Castle ni  dibina oleh salah seorang tentera Salahuddin Al-Ayubbi pada 1184 untuk mengawal perlombongan besi dan menentang tentera Frankish yang nak menceroboh Ajlun. Istana ni berada di lokasi strategik, laluan ke Lembah Jordan dan kawasan lalulintas perdagangan  antara Jordan dan Syria.

Dari puncak menara istana Ajloun ni boleh nampak habis segenap keliling. Nak naik ke atas ni pun agak curam jalannya.

Di sebelah jalan nak ke istana ni, ada signboard ‘Shrine of the Phrophet Khidr’. Kami ikut lah arah yang ditunjukkan, dengan harapan jumpa sesuatu tentang Nabi Khidr. Tapi jalan punya jalan, apa pun tak ada. Turun bawah ke visitor centre tanya diorang kat mana tempat tu, nak tau apa dia jawab?

I am sorry, there’s no Shrine, it’s just a signboard” buang karen.

Laluan ke Ajloun ni sangatlah cantik, rumah-rumah di lereng bukit.. lalu celah-celah kampung. Cantik sangat.

2. Jerash

Jerash adalah tapak kerajaan Rom di sini, dikatakan sezaman dengan kerajaan Nabatean (ingat, Petra) dan menjalinkan hubungan dagang sesama mereka.

Seperti kota Rom yang lain, Jerash lengkap dengan semuaya seperti hippodrome (teater), stadium dan sebagainya. Banyak monumen di Jerash telah dimusnahkan semasa penaklukan kerajaan Parsi. Hinggalah kemudiannya Jerash musnah dalam kejadian gempa bumi.

Masa kami tiba di Jerash, banyak rombongan budak sekolah. Budak2 Jordan sangat comel. Dari jauh bersiul2, tapi bila dekat, diorang lari. Hehe.

3. Citadel

Citadel ni a-must-go in Amman!

Amman Citadel menurut sejarahnya dan wujud sejak zaman Gangsa lagi. Ia adalah sebuah kubu yang dibina dan digunakan berzaman-zaman sejak kewujudannya.

Dalam kompleks Citadel ni ada banyak tapak sejarah seperti Istana Umayyad, Temple of Hercules, runtuhan gereja Byzantin, Roman Forum dan sebagainya.

Nak masuk kena bayar JD3.

4. Al-Balad

Downtown Amman, boleh dikatakan centre of Amman. Asal usul Amman. Kami ke sini dengan sepupu saya, Munirah. Sesat barat juga walaupun bawa orang Jordan, hehe.

Kawasan sini sangat sesak. Banyak kedai jual ‘jilbab’ (jubah Jordan) murah-murah. Tapi sebab kami sampai pun dah petang sangat, tak sempat nak berlama-lama. Sempatlah beli sepasang jilbab buat kenangan.

Sempat kami solat di Masjid Grand Hussain di sini, tapi agak mencabar sebab tiada tandas dan tempat wuduk perempuan.. terpaksa guna tandas lelaki di pasar sebelah. Mujur pakcik jaga tandas tu tolong kami.

Petang selepas balik dari Balad tu kami singgah di Mecca Mall untuk dinner. Makan minum memang senanglah di negara Islam ni. Cuma harga dia tu… jangan convert ke MYR hehe.

Gambar… again, dah hilang semuanya. Sedih betul.

Tagged in :

admin Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge