Melawat dan BerHiking di Petra Jordan

By | December 16, 2014

Salah satu daripada kota Nabatein yang terkenal di dunia, Petra, yang terletak di Barat Daya negara Jordan, merupakan tapak Warisan Dunia yang digazet oleh UNESCO. Petra dibangunkan oleh kaum Nabatean, yakni kaum yang bangkit selepas┬á Tsamud yakni umat Nabi Saleh, yang mana kotanya bermula dari Mada’in Saleh di utara Madinah.

Nabatean adalah kaum pedagang yang terulung, merupakan penguasa dunia sebelum kebangkitan Empayar Rom. Kota Petra adalah tapak laluan perdagangan mereka. Disebabkan mereka selalu melalui tempat itu, mereka pun bina sebuar bandar persinggahan, lengkap dengan monastry (tempat ibadat), rumah, kubur dan sebagainya. Semuanya dipahat pada batu.

Namun satu masa tempat tu tak lagi menjadi laluan mereka… dikatakan sejak satu kejadian gempa bumi yang merubah kota Petra (menurut ahli arkeologi, masih ada 80% dari kota Petra yang tidak digali lagi). Sejak itu kota Petra mula dilupakan, dan hanya diketahui oleh para Badwi. Hinggalah Johann Ludwig Burckhardt datang ke situ pada tahun 1812, Petra kini dibangunkan menjadi tempat pelancongan utama di Jordan.

Petra terletak di wilayah Ma’an di selatan Jordan, bersebelahan dengan Aqaba. Kami bertolak dari Madaba, menuju ke selatan. Jalan raya memang bosan, tapi jangan lalai sebab agak bahaya di lereng bukit.

Selepas beberapa persinggahan termasuk Laut Mati, kami tiba di kawasan Wadi Musa sudah lewat petang. Angin sejuk bulan April menerpa ke wajah dan tubuh kami.

Kami menginap di hotel berhampiran pintu masuk ke Petra. Kami dapat recommendation oleh penduduk setempat agar menginap atau sekurang-kurangnya mengunjungi kem Badwi di Little Petra, tapi disebabkan masa yang suntuk, kami terpaksa memilih yang paling menjimatkan masa.

Esoknya pagi-pagi dah bersiap untuk masuk ke Petra. Kami tak ada guide, jadi berbekalkan map dan panduan dari sepupu saya, Munirah yang belajar di Irbid, kami berdua melangkah masuk ke Petra selepas membayar tiket berharga JD 21 (21xRM5 lebih kurang).

Masuk-masuk saja disambut oleh pakcik-pakcik yang menawarkan keldai untuk ditunggangi (of course with payment lah). Kereta kuda pun ada juga. Tapi kerana niat nak berjalan, kami tak nak lah naik benda tu. Kalau ya pun mungkin dalam perjalanan balik, sebab dah penat.

Pintu masuk ke Petra ni.. haa sangat takjub dengan rupanya. Gorge ni namanya The Sidr. Sunyi je rasa macam saspen je.

ENTRANCE PETRA

Gambar hilang, terpaksa Google

Tempat pertama wajib tengok adalah cahaya matahari pagi yang melimpahi The Treasury sedikit demi sedikit.

WAJIB PERGI PETRA

Gambar saya dah hilang, jadi saya Google saya.. halal ye

Di sini kami ditegur oleh seorang uncle Jordan. “Dari mana?”, soalnya. Saya kata “Malaysia.” “Awak Muslim” tanya dia lagi. Saya jawab “Ya, saya Muslim”. Dia kata “Alhamdulillah, kamu sangat bertuah”.

Orang sini sangat suka kalau kita cakap kita Muslim. Dia kata jarang Muslim datang visit ke sini.

Lepas tu kami melawan gayat mendaki ke The Highest Place of Sacrifice. Seperti namanya.. memang tinggi. Gayat OK.. tapi keldai mendaki steady je. Yang kat belakang dia tu yang terjerit-jerit.

PETRA

Gambar di atas tu perjalanan turun dari tempat tu. Orang lain mungkin biasa je tapi saya gayat sangat.

Lepas tu kami berjalan lah ke macam-macam tempat di dalamnya… Kubur, rumah, muzium… ada yang atas tanah je, banyak yang kena panjat.

Lepas kami lunch di Crowne Plaza dalam kompleks Petra tu, kami pun meneruskan perjalanan ke The Monastry. Dalam Petra ni ada toilet yang selesa, tak ada bayaran dikenakan tapi digalakkan beri tips (sekarang tak tahulah macamana).

Nak ke The Monastry ni… agak mencabar laluannya. Kena naik tangga yang curam (bayangkan tangga yang dah berusia 2000 tahun, dah haus, dah tak rupa tangga pun ada), lalu di tepi gaung yang dalam.. walaupun memang dalam hati gerun yang amat, tapi saya gagahkan juga. It must be worth the climb!

Beberapa kali berhenti sebab semput, minum Performance Drink. Hehe. Memang sakit jiwa kalau tengok ke bawah. Tapi budak-budak Badwi yang main lompat-lompat atas batu tu memberi motivasi kepada saya. Budak umur 2-3 tahun pun boleh, takkan saya yang tua ni tak boleh. Mesti boleh!

Akhirnya kami tiba juga ke Ad-Deir atau the Monastry tu! Kalaulah saya ada pingat, saya dah beri kepada diri sendiri atas kejayaan sampai ke situ dengan kaki sendiri (over).

JORDAN

Muka puas hati

Alang-alang dah sampai, sanggup panjat masuk ke dalam bangunan. Bukan senang.. kena panjat ke pintu tu. Nampak tak 2-3 orang kat belakang tu, tengah tolak-tarik nak masuk ke dalam.

Takde apa pun kat dalam tu. Tapi puas hati lah dapat masuk walaupun tak ada apa… Nak turun satu hal juga. Mujur hero saya ada, tolong sambut ­čśÇ

Lepas tu kami ke hujung jurang yang berdepan dengan The Monastry ni. Ada lagi acara panjat-panjat, tapi saya dah tak larat.

petra

Lepas hilang penat, kami berjalan turun. Masa ni dah tak ingat gayat dah, ingat nak balik cepat je, penat sangat. Dahlah dengan bau busuk najis-najis haiwan yang berselerakan di mana-mana (ya.. awas di sini memang banyak sangat najis haiwan).

Keluar je dari Petra tu kami singgah minum di sebuah kafe. Owner kafe tu tanya kami dari mana? Muslim ke? Bila cakap Muslim dia pun belanja kami aiskrim sorang satu.

Lepas tu singgah beli air di kedai runcit. Pun ditanya soalan sama, bila beritahu kami Muslim, dapat free satu lagi air. Hehe. Rezeki, alhamdulillah.

Sampai hotel memang serbu katil terus. Kira-kira dalam 23km juga saya hike hari tu.

Malamnya kami tidur awal, esok ada sambungan perjalanan lagi. Ke Karak Castle, balik ke Amman pula. Sambung nanti perjalanan ke Amman dan Karak Castle!

4 thoughts on “Melawat dan BerHiking di Petra Jordan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge