Keselamatan Wanita di Jordan

By | December 18, 2014

Semasa saya mengunjungi sepupu saya, Noja di Jepun… ketika kami tiba di hotel dalam jam 2 pagi, Noja balik ke rumahnya (dalam 3km) bersendirian. Jalan kaki. Sorang-sorang. Tak apa, kata dia, selamat.

Lain pula kisahnya di Jordan. Perempuan tak digalakkan berjalan sendirian, malah berjalan bersama perempuan di waktu malam pun baik elakkan. Mesti ada sekurangnya seorang lelaki buat teman. Banyak kes rompak, dan rogol melibatkan budak2 perempuan yang jalan seorang atau berdua tanpa lelaki di waktu malam.

Ada kes yang melibatkan pelajar Malaysia, malah yang berniqab pun. Nauzubillah…

Masa sepupu saya, Munirah yang belajar di Irbid tu nak balik ke Irbid dari Jordan, berdua saja dengan kawannya, saya ni tak putus berdoa. Selamatkanlah mereka tiba ke rumah sana dengan teksi tu.

Alhamdulillah, selamat mereka tiba di Irbid.

Kenapa ada negara yang sangat selamat, dan ada negara yang langsung tak selamat? Dari pengamatan saya, negara yang ada ramai imigran (pendatang asing) kebanyakannya ada banyak masalah jenayah.

Jepun tak ‘immigrant-welcomed’, strict sangat nak masuk Jepun (just currently Malaysia tak perlukan visa lagi). Tak ada orang nak mendatang memperjudikan nasib di Jepun (dari negara dunia ketiga). Masa nak apply Visa Jepun pun kena tunjuk akaun bank bagai.

Not to say bila ada pendatang, jenayah menjadi-jadi… di Qatar, Dubai, ramai pendatang tapi jenayah tak ada sangat pun. Dunia nak kiamat agaknya…

2 thoughts on “Keselamatan Wanita di Jordan

  1. mamasun

    Selalu risaukan adik perempuanku kat sana….kadang2 dia ada gak kondisi tak bole elak kena jalan sorang…sob sob

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge