Di Sebalik Sungai Jordan

By | October 10, 2014

Sebenarnya ni post saya dalam status FaceBook. Rasa nak abadikan dalam blog lah pulak.

Semasa saya ke Gunung Nebo tahun lepas, pakcik yang jaga kawasan tu memberitahu supaya jaga sikap sebab di situ adalah Tanah Suci (Holy Land). Mulut kena jaga dan jangan buang sampah merata-rata kata dia.

Dari puncak Gunung Nebo itulah dikatakan Nabi Musa berdiri dan menunjukkan jarinya ke arah tanah Palestin dan memberitahu Bani Israel dari Sinai bahawa itulah dia Tanah Yang Dijanjikan (The Promised Land). Nampak jelas dari situ, City of Jericho di seberang Sungai Jordan dan Jerusalem di seberang Laut Mati. Lepas tu Banginda wafat.

Menurut pakcik itu lagi, di kawasan lembah berhampiran, dikatakan di situlah Nabi Musa dimakamkan namun lokasi makamnya tidak dapat dipastikan. Kami turun juga ke lembah itu, ke Wadi Uyun Musa, dikatakan tempat di mana Nabi Musa memukul tongkatnya dan mata air keluar dari celah-celah batu. Uyun Musa sekarang sebuah air terjun, masa kami datang tu serombongan kanak-kanak sekolah berkelah di situ.

Satu benda di Jordan ni, banyak benda sejarahnya berdasarkan ‘Biblical Story’. Sedangkan Jordan ni sebuah negara Islam, dan banyak kisah di situ ada tercatit dalam al-Quran. Tapi entahlah kenapa ya… mungkin masih minimum agaknya pengelibatan ahli sejarah Islam yang terlibat dalam kerja mengkaji dan menggali sejarah-sejarah di tanah Syam itu dan menaikkan kisah dalam al-Quran. Ini, sekalipun di Jordan tu ada Laut Mati yang mana kita semua tahu tentang kisah Nabi Luth, tapi di Jordan itulah ada… er.. taknak cerita kat sini lagi.

Kami juga mengunjungi muzium2 dan kota purba di sana… Seronok sebab cerita mereka bukan kisah teori sejarawan, tapi ada dalam Quran… Dari zaman Nabi Nuh, sampailah ke zaman Muhammad Al-Fateh. cuma macam yang saya cakap tadilah… Macam hilang identiti… ;(

Dan saya juga tertarik dengan kisah-kisah terkini dari seberang sana (Palestin). Pengalaman seorang Yahudi yang tinggal di negara haram Israel, direkodkan dalam laporan oleh sebuah badan kemanusiaan yang famous sekarang ni (of course dengan tohmahan dan persangkaan buruk2 sahaja, hehe), tentang bagaimana beliau diajar sejak kecil bahawa Arab [mereka menggelarkan orang Palestin sebagai Arab, bagi mereka Arab adalah Palestin, Palestin adalah Arab, kerana mereka ni taknak mengaku rakyat Palestin tu adalah orang asal Palestin… bagi mereka, orang2 Palestin adalah orang Arab yang masuk ke tanah mereka dan buat macam rumah sendiri. Macam terbalik pulak kan? Tapi itulah hakikatnya apa yang mereka ni dok ajar pada anak2 mereka] adalah musuh mereka. Kononnya org Israel ni lah yang terseksa ditindas orang-orang ‘Arab’ ni.

Tapi mungkin Allah buka mata hati dia ni, dia rasa ‘sesuatu’ yang tak kena, lalu dia ambil keputusan untuk tinggal dengan satu keluarga Palestin untuk beberapa lama. Terkejut dia bila dengar cerita dari keluarga Palestin tu… tentang bagaimana mereka ni dihalau dengan kejam oleh Zionis. Dan dia jumpa sendiri orang2 Palestin yang dipenjara oleh Zionis, serta kanak2 yang dicederakan oleh askar Zionis. Mereka sangat baik dan tak kejam langsung! Then dia rasa selama ni dia dah ‘ditipu’ oleh mak bapaknya dengan cerita-cerita berat sebelah.

Dia jumpa mak dia dan beritahu pada mak dia apa yang terjadi pada orang Palestin. Mak dia ni tak pernah keluar dari kawasan dia dan alami apa yang dia alami (jumpa, bercakap dan tinggal dengan orang Palestin). Bila dia bawa mak dia jumpa famili Palestin tu, mak dia rasa bersalah sangat pada penduduk Palestin. Tapi mereka jadi serba salah sebab dia tu orang Yahudi yang tinggal di Israel. Kang kalau dia support Palestin, dia pulak yang kena halau. Conflict of interest.

Diorang ni melalui foundation tu cuba nak create peace lah kononnnya, berdamai antara Israel dan Palestin. Tapi agak mustahil sebab sesiapa2 yang tinggal di tanah yang dirampas tu takkan nak bagi balik, mereka pun perasan itu hak mereka.

Tapi saya rasa kagum sangat dengan layanan keluarga Palestin tu. Walaupun mereka tu kena halau, kena tembak, tapi tetap layan tetamu baik-baik. Dan yang baru keluar penjara atau budak-budak yang cedera tu tak pula tumbuk mamat tu atas sebab dendam atau nak marah. Mereka baling batu pada askar je, bukan pada orang awam yang tak buat apa-apa pada mereka, walaupun golongan sama. Teringat cerita Saidina Ali yang tak jadi pancung kepala musuh masa dalam peperangan, kerana orang tu ludah muka dia… sebab dia takut dia penggal orang tu sebab marah, bukan kerana Allah.

Saya duk diam-diam… dan berfikir… kalau nak kira (tak boleh nak kira pun) banyak tindakan yang saya ambil sebab tuntutan emosi. Marah, geram, dendam… tapi akhirnya jadi konflik yang makin teruk. Mungkin sebab itu yang diajar dalam budaya bangsa saya (please, I need something to blame) term2 seperti ‘balas dendam’ ‘pulang paku buah keras’ ‘payback time’ membuatkan kita rasa nak beri balik orang yang buat kita supaya dia rasa benda sama, atau lebih teruk dari apa yang kita rasa akibat perbuatan dia. Tapi ternyata benda tu tak ke mana pun. Sebab asasnya adalah ’emosi’ dan ‘nafsu’. Dan kita selalu ambil hati sampai ke akar. Terasa hati dengan emaknya, sampai ke anaknya pun kita rasa menyampah, haih.

Marilah kita bermujahadah bersihkan hati. Semoga kita boleh didik dan bimbing hati kita, supaya yang masuk adalah bisikan malaikat, bukan bisikan syaitan lagi.

Category: 2013 - Jordan Tags:

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

4 thoughts on “Di Sebalik Sungai Jordan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge