Tempat Bersejarah Wajib Dikunjungi Di Cyprus

By | October 12, 2014

Masa mula-mula mendengar tentang Pulau Cyprus, saya terbayang apa tahu? Pantai. Standardlah kalau pulau mesti ingat pantai kan. Hehehe. Tapi bila study tentang ‘Cyprus attraction’ nampaknya pantai dia bukanlah main attraction, arakian saya ni bukanlah peminat pantai pun… tapi di Cyprus ada benda yang sangat menarik dan kena dengan jiwa saya!  Sejarah! Ya, sejarah!

Walaupun jarang disebut, tapi sejarah Cyprus telah bermula beribu-ribu tahun dulu. Sejak zaman Neolitik lagi Cyprus sudah dihuni manusia. Manusia pertama di Cyprus dikatakan datang dari pesisir pantai Anatolia (Turki) dan Syria. Dekat je jaraknya tu, naik bot je. Entah-entah diorang berenang je, hehe. Over.

PETA CYPRUS

Kami berkesempatan mengunjungi perkampunya Neolitik yang terletak di Choirokoita, berhampiran dengan Larnaca.

NEOLITHIC VILLAGE

Rumah-rumah mereka dibina daripada batu-batu, bulat-bulat bentuknya.

choi3

Gambar panoramik kawasan perkampungan ini di atas bukit.choi2

Tempat-tempat bersejarah di Cyprus yang wajib dikunjungi:

LARNACA:

  • Choirokoita
  • Kota Purba Kition
  • Hala Sultan Tekke (yang menempatkan makam salah seorang sahabat wanita yang meninggal di sini)
  • Stavrovouni monastery (monastry Greek Ortodoks)
  • Grand Mosque
  • Medievel Fort

LIMASSOL

  • Kota Purba Amathus
  • Kota Purba Kourion
  • Sanctuary of Apollo Hylates
  • Kourion Stadium
  • Palaia Chora
  • Limassol Castle
  • Kolossi Castle
  • Prophet Elias Church

PAPHOS

  • Kato Paphos Archeological Park (sebuah kawasan tinggalan purba yang sangat luas di Paphos)
  • Petra Tou Romiou (mitos Greek menyatakan ia adalah tempat kelahiran Dewa Aphrodite, yakni dewi cinta)
  • Tombs of The Kings
  • Kouklia Temple of Aphrodite
  • Bath of Aphrodite
  • Bath if Adonis

MORPHOU

  • Kota Purba Soloi
  • Vorni Palace

KYRENIA

  • Bellapais Monastry
  • St. Hilarion Castle
  • Hezrat Omar Tekke (Siapa ya sahabat/khalifah yang nama Umar ni? Umar yang mana satu? Siapa ada info?)
  • Necropolis Zaman Logam
  • Kota Purba Lambousa
  • Masjid Ozankoy
  • Sinai Monastry
  • Panagia Apsithiotissa
  • Penempatan Neolitik Vrysi

KARPAZ

  • Pelabuhan purba
  • Apostolos Andreas Monastery

FAMAGUSTA

  • Kota Purba Salamis
  • Famagusta Walled City
  • Sea Gate
  • St George of The Greeks (runtuhan gereja)
  • Masjid Sunan Pasha
  • Masjid Lala Mustapha Pasha
  • Bandar Mati Famagusta

NICOSIA

Sebagai ibu negara sejak zaman berzaman, sangat banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati di Nicosia. Dalam Walled City saja ada berpuluh tempat yang boleh dikunjungi. Pertembungan sejarah Greek dan Turki Uthmaniah banyak ada di Nicosia.

Sebenarnya, banyak lagi tempat yang tak sempat kami explore disebabkan kesuntukan masa. Cyprus ni sangat best untuk mengenang kembali sejarah dunia. Bayangkanlah, ada 9 kota purba Greek di Cyprus. Dari zaman Nabi-nabi terawal, ia terus berkembang hinggalah ke zaman Turki Uthmaniah.

Kalau ada kesempatan, nak sangat saya buat kunjungan lagi ke negara-negara di bumi Syam ni, seperti Cyprus, Jordan… hati teringin nak ke Palestin, Lubnan, Syria… bumi Syam yang sangat kaya dengan sejarah.

Category: 2014 - Cyprus Travel with Super Kids

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

4 thoughts on “Tempat Bersejarah Wajib Dikunjungi Di Cyprus

  1. Amyz

    Suka Sejarah juga! Geng! Kat Johor ni, menyelurusi sejarah Sultan Mahmood di kota Johor Lama pun saya rasa ada berkait-kait dalam darah kita. Inikan pula sejarah tamadun Islam kita, sejarah Rasul dan NabiNya. Allah hu.. Sejarah yang mendekatkan, mengenal dan menyintai Rasul-RasulNya.
    Amyz´s menulis tentang ..Kelebihan Penyusuan Susu IbuMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge