Trip Keretapi dari Cairo ke Luxor

By | October 12, 2015

Alhamdulillah, sepanjang-panjang tak berapa sihat di Cairo, bila masa telah tiba untuk ke Luxor, kesihatan saya dah bertambah pulih. Akhirnya… terpaksa makan ubat antibitiok yang dibeli dari farmasi. Di sini, kalau sakit, pergi farmasi dan kita akan diperiksa oleh ahli farmasi tu.

Setelah bye-bye-bye kepada Shazrah & the kids – Hafiz, Alya dan Aina – kami dihantar oleh Azizul ke stesen keretapi Giza. Kami menaiki Sleeper Train dari Giza, bertolak jamĀ  malam. Di stesen keretapi Giza ni sangat ramai orang, kebanyakannya foreigners.

Sambil tunggu tren sampai, kami duduk dulu minum kopi di sebuah kafe di stesen tu. Sempat bertegur sapa dengan traveler lain yang ada di situ.

Yang dalam gambar di bawah ni adalah sepasang pengembara dari Venezuela. Ricardo dan Natalia namanya. Natalia tak faham Bahasa Inggeris, jadi kami borak bahasa ayam-itik. Ricardo pula boleh berbahasa Inggeris walaupun kurang fasih. Mereka dalam perjalan ke Aswan. Mereka ni travel berbulan, tulis buku. Lonely Planet ke apa tak pasti pula.

MESIR

Kami menaiki overnight train dari stesen Giza. Perjalanan mengambil masa hampir 10 jam. Keadaan trennya? Agak menakutkan dengan cermin pecah macam kena tembak >_<

Kami menaiki Sleeper 84 Deluxe. Tiket dibeli di stesen keretapi di Cairo. Boleh juga dibeli online tapi saya rasa harganya mahal seidikit.

Ketika masuk ke dalam kabin kami, saya menunaikan solat. Kemudian konduktor datang untuk memeriksa tiket dan bertanya “Kamu orang Malaysia kah? Saya nampak kamu solat”. Saya jawab “Ya, saya dari Malaysia”. Beliau menunjukkan ibu jari tanda ‘bagus’. Sampai sekarang saya tak mengerti kenapa beliau bertanya begitu. Apakah orang Malaysia yang rajin solat di dalam keretapi?

LUXOR

Kabin kami.

Malam yang panjang terasa singkat. Bila saja membuka mata dan menunaikan solat Subuh, kami diberikan sarapan. Seketika kemudian, cahaya matahari mula menyinari di ladang gandum yang dibelah oleh laluan keretapi.

Dalam jam 9 pagi, kami tiba di Luxor. Luxor adalah sebuah kota purba yang dikenali sebagai Thebes dalam bahasa Greek, the City of Hundreds Gates. Ia terletak begitu strategik di pinggir Sungai Nil. Di tebing Timur ia dikenali sebagai ‘The City of the Living’ yang mana letaknya arus kemodenan di Luxor. Manakala di tebing Baratnya pula adalah ‘The City of the Dead’ yang mana menempatkan runtuhan-runtuhan purba dan juga Valley of The Kings & Valley of The Queens iaitu perkuburan para firaun.

Kami menginap di Nefertiti Hotel Luxor yang terletak berhampiran Luxor Temple, salah sebuah temple yang tercantik dalam sejarah Mesir purba. Dari restorannya di rooftop, boleh lihat pemandangan Sungai Nil yang sangat indah.

Sayangnya saya dah kehilangan gambar-gambar dalam kembara ini. Sayang sekali.

Luxor adalah tempat yang paling saya ingati di Mesir. Seumpama kembali semula ke zaman kegemilangan Mesir purba. Gambaran-gambaran tentang ‘Book of The Dead’ di dalam lubang-lubang kubur di Valley of The Kings masih segar tergambar di fikiran.

BACKPACKERS

Bersama teman baru dari Scotland dan USA

Macamana, excited tak nak baca cerita pengalaman saya di Luxor? Saya sambung dalam entry lain ye =))

One thought on “Trip Keretapi dari Cairo ke Luxor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge