Eleh… Travel Orang Sponsor Je pun….

By | October 13, 2015

Insya-Allah dalam beberapa hari je lagi kami akan ke Itali bersama-sama dengan delegasi Shaklee Malaysia untuk international trip tahun ni. Best? Nampak macam best kan?

Alhamdulillah, sejak tahun 2012, tiap2 tahun saya berpaluang ke overseas dengan Shaklee. Bukan sorang-sorang tapi bersama keluarga. Bermula dengan umrah, London-Paris, USA dan akan datang ke Itali.

PARIS SHAKLEE 2013

Kenangan di Disneyland, Paris (2013)

Tapi dalam best-best pun ada juga bisik-bisik belakang.

“Eleh, macam bagus. Travel orang sponsor je pun….”

Ehhh saya tak sentap. Tak sekali-kali. Cuma nak explain sikit.

SHAKLEE USA

Kenangan di Disneyland, California 2014.

Memang lah trip Shaklee ni trip sponsor. Secara asasnya, tak payah keluar duit pape pun. Dari tiket flight, penginapan, makan minum, semua ditanggung. Kalau nak bawa duit pun untuk shopping je.

Tapi… nak dapatkan semua tu bukan senang-senang. Rileks-rileks goyang satu badan takkan dapat. Muka lawa macamana pun takkan dapat.

UMRAH SHAKLEE

Kenangan semasa mengerjakan umrah, 2012

Ia adalah bukti dan hasil kerja-keras sepanjang tahun. Trip Shaklee ni bukannya cabutan bertuah… siapa bertuah dia dapat.  Yang dapat join ni semuanya kaki tak tidur malam memikir dan mengusahakan sebuah bisnes yang membawa manfaat kepada banyak orang.

Memang travel sponsor, tapi bukan sponsor senang-senang.

Setiap points adalah dari titik peluh yang mengusahakannya.

SHAKLEE AMERICA

Bangga mengibarkan bendera Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat

Jadi bila ada kawan2 yang berpeluang ikut trip yang seumpama ini… elakkan dari menjuih bibir kepada “Trip sponsor” ni. Ia bukan sekadar sponsor, ia adalah hadiah kecermalangan kepada kawan2 anda tu. Sepatutnya bagi ucapan tahniah kat dia, bukan cebik bibir Okeysss~~

Kepada geng Shaklee, jom bersiap untuk trip sponsor je pun ni, dan fight untuk ke Bangkok pula! Sponsored juga…

Category: buat duit online Money and More Shaklee Travel with Super Kids

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

2 thoughts on “Eleh… Travel Orang Sponsor Je pun….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge