Misteri Pembinaan Piramid Terjawab

By | December 19, 2014

Setelah habis melihat kaum Badwi berkhemah di tepi lebuhraya di Amman, kami terbang ke Cairo (Kaherah), Mesir dengan pesawat Royal Jordanian. Rupa pesawat ni sangat comel (sila Google sendiri imej Royal Jordanian).

Benda yang paling menarik perhatian saya adalah beberapa penumpang (orang Arab, dari bahasa percakapan mereka) yang masih bertelefon ketika pesawat sedang take-off (tengah naik). Kalau pesawat kita dah lama kena warning dengan cabin crew tapi crew diorang macam tak kisah pun. Atau pun dah fed-up sebab takde kesan ­čśŤ

Sehari sebelum penerbangan kami, ada kejadian riot di dataran Tahrir. Hotel kami pula sepatutnya di situ. Risau juga kan. Tapi sahabat kami di Cairo, Shazrah & Azizul mengajak kami menginap di rumah mereka. Lagipun kira macam family visit lah kan.

Kena pula time tu saya kurang sihat. Batuk tak berhenti. Banyak masa berehat saja.

Tapi datang ke Cairo tak sah kalau kita tak pegi tengok piramid Giza yang tersergam indah. Kagum tengok binaan piramid, batuannya sangatlah besar, satu batu tu setinggi saya!

PIRAMID GIZA

Banyak teori tentang bagaimana piramid dibina… ada yang kata penduduk Mesir dikerah bawa batu dari bukit yang jauh ke lembah Giza untuk pembinaan piramid. Ada yang kata malaikat yang bina. Tak kurang juga yang kaitkan dengan Doraemon (hehe lawak je).

Tapi sebenarnya al-Quran dah singkap teknologi pembinaan Mesir Purba yang sangat hebat ni.

Dan berkata Fir’aun: “Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan Sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa Dia Termasuk orang-orang pendusta.” [Al-Qashash:38]
Ternyata teknologi kejuruteraan masyarakat Mesir Purba bukan calang-calang. Mereka tidak menggunakan batu-batu yang ditarik ke Giza, tapi dari teknologi mengeraskan tanah liat hingga menjadi keras macam batu!

Perkara ini telah dikaji oleh ahli Fizik dari Belgium, Dr Guy Demortier, bahawa batu piramid bukanlah digali dari kuari dan ditarik ke Giza, sebaliknya dibuat dengan proses ‘casting’ tanah liat dari Wadi Natrun. Boleh rujuk website ini untuk study tersebut.

Saya dan suami selalu berbincang tentang teknologi zaman dulu. Bangsa-bangsa yang hebat tapi durhaka, digantikan Allah dengan bangsa lain, mati habis teknologi mereka. Mungkinkah kita akan jadi macam tu juga?

Satu hari nanti generasi mendatang gali sesuatu di Ancient KL dan jumpa KLCC?

5 thoughts on “Misteri Pembinaan Piramid Terjawab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge