Di bawah ini adalah kisah benar:
Na O Mei (bukan nama sebenar) teruja bila melihat para pengguna internet yang menjana pendapatan yang lumayan dari online, sama ada dari blog peribadi seperti Red Mummy, dari iklan seperti Irfan Khairi dan sebagainya. Tambahan pula ramai kawan-kawannya juga berjaya menjana wang dari blogshops, Google Adsense, Nuffnang dan sebagainya.
Lalu Na O Mei pun mula membina blognya sendiri. Untuk memastikan nampak ‘standard’, dia membeli domain dan hosting sendiri dan terwujudlah naomei.com (bukan URL sebenar). Maka Na O Mei mula menulis di blognya, bercerita tentang dirinya, memberi tips2, etc. Dia juga cuba2 untuk menjual tudung di blog kedainya, naomeishop.com (bukan URL sebenar).
Namun yang peliknya, akaun Nuffnang tidak berganjak, akaun Google Adsense juga tiada pendapatan, walaupun dah berbulan2 blognya diaktifkan. Tudung2nya juga tidak laku2. Sedangkan orang lain makin rancak cash-out cek Nuffnang dan Google Adsense. Na O Mei menjadi hairan dan hairan.
Akhirnya Na O Mei fed-up dan mula menyalahkan keadaan. Buang masa saja, habis duit lagi adalah. Orang lain memang bernasib baik, sedangkan dia asyik dirundung malang.
Sounds familiar? Ini adalah situasi biasa sekiranya kita tiba2 je teruja nak buat duit online, tapi satu hapah pun tak tahu. Cuma ikut2 orang je.
Ramai yang ingat buat duit online, contohnya dengan blog ialah dengan sekadar tempek code di blog dan tunggu saja duit masuk. Ia tidak begitu straightforward.
Kata kuncinya ialah : belajar market blog.
Contoh mudah kalau kita nak bukak hypermarket. Kita tengok banyak hypermarket yang berjaya seperti Carrefour, Tesco, Giant. Kita pun teruja nak buka juga. Tapi kita pegi bukak di Kampung Durian Sebatang. Sape yang nak pegi? Kecuali keluarga Upin & Ipin dan kawan-kawan. Kalau tak ada orang pegi, bole jual ke?
Online bisnes pun macam tu. Kalau ada website/blog yang gempak sekalipun, tapi kalau tak market betul2, orang tak datang, macamana nak menjana pendapatan.
Untuk market website/blog, ada banyak dan macam2 cara. Contohnya, kalau nak market blog, apa yang kita boleh buat ialah:
1. Bloghop (jalan-jalan blog orang) dan tinggalkan mesej/komen. Jangan lupa letak URL blog kita sekali.
2. Join forum dan jadikan URL blog kita sebagai signature.
3. Join dalam aktivit bloggers seperti gathering dan sebagainya.
4. Submitkan entry ke direktori seperti innit.nuffnang, imcurtain.com dan sebagainya.
5. Join community2 blogger yang bersepah2 kat Malaysia ni.
Banyak kerja… lagi2 kalau memang serius nak buat website untuk Google Adsense. Walaupun pendapatannya datang dari hasil ‘klik di website kita’ tapi tak semudah tu. Kita tak boleh mintak visitor klik iklan di website kita (menyalahi undang2 mereka).
Dan satu benda kita kena sedar, mereka yang berjaya menjana pendapatan online dengan Google Adsense tu bukanlah bernasib baik, atau tuah, atau overnight, atau ‘memang dah rezeki..’. Mereka dah berhabisan, berpeluh2, perah otak, etc. hingga sampai ke tahap tu. Malah sanggup menghabiskan beribu2 USD untuk belajar cara2 menjana duit dengan Google Adsense.
Adakah kita sanggup untuk jadi senang macam mereka 🙂
Bukan senang nak senang, bukan susah pun nak susah.
Leave a Reply