Buat Duit Online – Bukan Senang Nak Senang

by Mommy Lyna on March 25, 2010 · 22 comments

Pastikan anda langgan RSS Feed blog ini agar tidak terlepas tips-tips yang lebih menarik. Juga tawaran khas untuk pembaca MySuperKids!

Di bawah ini adalah kisah benar:

Na O Mei (bukan nama sebenar) teruja bila melihat para pengguna internet yang menjana pendapatan yang lumayan dari online, sama ada dari blog peribadi seperti Red Mummy, dari iklan seperti Irfan Khairi dan sebagainya. Tambahan pula ramai kawan-kawannya juga berjaya menjana wang dari blogshops, Google Adsense, Nuffnang dan sebagainya.

Lalu Na O Mei pun mula membina blognya sendiri. Untuk memastikan nampak ‘standard’, dia membeli domain dan hosting sendiri dan terwujudlah naomei.com (bukan URL sebenar). Maka Na O Mei mula menulis di blognya, bercerita tentang dirinya, memberi tips2, etc. Dia juga cuba2 untuk menjual tudung di blog kedainya, naomeishop.com (bukan URL sebenar).

Namun yang peliknya, akaun Nuffnang tidak berganjak, akaun Google Adsense juga tiada pendapatan, walaupun dah berbulan2 blognya diaktifkan. Tudung2nya juga tidak laku2. Sedangkan orang lain makin rancak cash-out cek Nuffnang dan Google Adsense. Na O Mei menjadi hairan dan hairan.

Akhirnya Na O Mei fed-up dan mula menyalahkan keadaan. Buang masa saja, habis duit lagi adalah. Orang lain memang bernasib baik, sedangkan dia asyik dirundung malang.

Sounds familiar? Ini adalah situasi biasa sekiranya kita tiba2 je teruja nak buat duit online, tapi satu hapah pun tak tahu. Cuma ikut2 orang je.

Ramai yang ingat buat duit online, contohnya dengan blog ialah dengan sekadar tempek code di blog dan tunggu saja duit masuk. Ia tidak begitu straightforward.

Kata kuncinya ialah : belajar market blog.

Contoh mudah kalau kita nak bukak hypermarket. Kita tengok banyak hypermarket yang berjaya seperti Carrefour, Tesco, Giant. Kita pun teruja nak buka juga. Tapi kita pegi bukak di Kampung Durian Sebatang. Sape yang nak pegi? Kecuali keluarga Upin & Ipin dan kawan-kawan. Kalau tak ada orang pegi, bole jual ke?

Online bisnes pun macam tu. Kalau ada website/blog yang gempak sekalipun, tapi kalau tak market betul2, orang tak datang, macamana nak menjana pendapatan.

Untuk market website/blog, ada banyak dan macam2 cara. Contohnya, kalau nak market blog, apa yang kita boleh buat ialah:

1. Bloghop (jalan-jalan blog orang) dan tinggalkan mesej/komen. Jangan lupa letak URL blog kita sekali.
2. Join forum dan jadikan URL blog kita sebagai signature.
3. Join dalam aktivit bloggers seperti gathering dan sebagainya.
4. Submitkan entry ke direktori seperti innit.nuffnang, imcurtain.com dan sebagainya.
5. Join community2 blogger yang bersepah2 kat Malaysia ni.

Banyak kerja… lagi2 kalau memang serius nak buat website untuk Google Adsense. Walaupun pendapatannya datang dari hasil ‘klik di website kita’ tapi tak semudah tu. Kita tak boleh mintak visitor klik iklan di website kita (menyalahi undang2 mereka).

Dan satu benda kita kena sedar, mereka yang berjaya menjana pendapatan online dengan Google Adsense tu bukanlah bernasib baik, atau tuah, atau overnight, atau ‘memang dah rezeki..’. Mereka dah berhabisan, berpeluh2, perah otak, etc. hingga sampai ke tahap tu. Malah sanggup menghabiskan beribu2 USD untuk belajar cara2 menjana duit dengan Google Adsense.

Adakah kita sanggup untuk jadi senang macam mereka :)

Bukan senang nak senang, bukan susah pun nak susah.

Popularity: 1% [?]

Continue Reading...

Langgan melalui RSS atau Emel:

{ 22 comments… read them below or add one }

Shareen March 25, 2010 at 1:48 pm

Hmmmm. Good tips Mommy Lyna. Nak kena try and terus berusaha nie ^___^
Shareen´s last blog ..Murpy says… My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna March 25, 2010 at 2:15 pm

gambatte Shareen!

Reply

dbalkis March 25, 2010 at 1:50 pm

ye btul tu…saya sokong..sebab tu saya hanye menjadi pembeli dan pemerhati..belum lagi membuka kedai..kalau tak berani dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai, apatah lagi belajar scuba diving dengan Reza..(adakah berkait dengan topik sebenar?)

Reply

Mommy Lyna March 25, 2010 at 2:15 pm

sikit sikit lama2jadi bukit :D

Reply

isabelle March 25, 2010 at 2:03 pm

bila la i nak pandai buat semua nih ye?
isabelle´s last blog ..Adam sayang sape? My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna March 25, 2010 at 2:16 pm

bila dah betul2 belajar dan mendalaminya :D

Reply

Zaila March 25, 2010 at 2:14 pm

yaaaa..bukan senang nak senang..tanpa usaha keras, kejayaan tidak akan datang bergolek-golek depan kita

Reply

Mommy Lyna March 25, 2010 at 2:17 pm

uik, tengok tu ada benda bergolek.

hmm aku ingat kejayaan, bole rupanya :D

Reply

Aini March 25, 2010 at 3:29 pm

Yupp.. betul tuh. Nothing is easy.

Ni pun, tengah belajar lah jugak sikit-sikit… not getting much, but hey.. it’s a start, kan?
Aini´s last blog ....Warehouse Sales : Lingerie.. My ComLuv Profile

Reply

chekna March 25, 2010 at 4:13 pm

betul..betul..betul……..usaha tangga kejayaan
chekna´s last blog ..John Master & Schwarzenbach Sale My ComLuv Profile

Reply

ayuarjuna March 25, 2010 at 4:59 pm

mula2 sy igt berblogging hanya suka2…tapi baru perasan boleh jana duit…best gak tu…
ayuarjuna´s last blog ..So busy lately… My ComLuv Profile

Reply

temp. housewife March 25, 2010 at 5:21 pm

sy pun belum tempek mana2 iklan. ingat nak belajar dulu. thanks for the tips.

Reply

ibu emir March 25, 2010 at 6:31 pm

Exactly!! macam adik mira pun kate asal laa susah sangat.. mane ade bende senang kat dunia ni kan.. anyway, dapat message mira tak pasal event tu?

Reply

knv March 25, 2010 at 8:41 pm

‘bukan senang nak senang’

simple concept. tapi ramai yang susah nak grasp. :D knv´s last blog ..chicken in tomato soup My ComLuv Profile

Reply

kakyong March 25, 2010 at 8:58 pm

join xtvt blogger ie gathering… owhhh, itu lah yg belum berpeluang lagi..

betui lyna.. nak market kedai on-line kena ‘kerja kuat’.. takat tunggu org dtg, hmmm jgn harap lah.. ni pun sedang menggiatkan usaha.. ;) kakyong´s last blog ..Air dicincang & Mr cendol My ComLuv Profile

Reply

ummu_abdullah March 26, 2010 at 2:22 am

tambah lagi satu… beli iklan berbayar… ni paling senang.. wawawa…
ummu_abdullah´s last blog ..Kongsi Petua dan Doa Mendidik Anak My ComLuv Profile

Reply

mama emma® March 26, 2010 at 11:15 am

ape tu iklan bbyr? boleh elaborate?
mama emma®´s last blog ..-ANAK KEMBAR?- My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna March 27, 2010 at 6:03 pm

Iklan yg tak free la hehe
Iklankan kat ads space blog orang or Google Adwords or Yahoo! Publisher.

Reply

mama emma® March 26, 2010 at 11:17 am

nak study pasal goggle adsense… tp nnt dulu la kot..

nie la 1 cth mak yg hangat2 taik ayam… (akak la nie!)
mama emma®´s last blog ..-ANAK KEMBAR?- My ComLuv Profile

Reply

Hanis March 30, 2010 at 12:50 pm

betul2..nak berbisnes online pun, sama la mcm berbinsess secara off line di kedai luar sana..
yang penting, PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!..

good topic lynna.. (^__^)b
Hanis´s last blog ..Good lecturer & teacher? Baca sini! My ComLuv Profile

Reply

khairul April 19, 2010 at 2:39 pm

salam…yup…saya setujuseangat….mudah2an aku x tergolong dalam merekayg berputus asa….amin yarabbal alamin…

Reply

adia_prime June 20, 2010 at 3:44 am

thnkz untuk info

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post:

fukosantin epimedium african mango afrika mangosu epilamor ozoderm uzamax altin cilek lavixir ayak kokusu biber hapi super x power penis halkasi maurers