Mana-mana ibu bapa pun akan rasa happy dengan pencapaian anak mereka. Lagi2 kalau benda yangdah lama ditunggu-tunggu. “Akhirnya….!”
Selepas 6 bulan menunggu, akhirnya Fahry dah dapat kaki 🙂
Pertama kali memakai kaki yang akan menjadi miliknya dalam tempoh setahun dua ni, Fahry nampak sangat kagum dan speechless. Sampai tak boleh nak say “Thank you” pada Uncle Anton. Nampak sangat Fahry suka giler bila dapat berjalan 🙂
Bila dah dapat kaki tu, yang memang fit dengan Fahry; bentuknya pun seperti kaki, boleh pakai kasut dah; Fahry tu tak sudah-sudah berjalan ke sana sini.
“Nak jalan” kata dia.
Masa nak turun ke parking, kena lalu ikut tangga, takmau dia bila kita nak dokong, nak turun sendiri. Gamaknya dah lama sangat dia memendam perasaan nak berjalan macam orang lain.
Masuk kereta pun nak sendiri. Dah takmau dokong2 dah.
Cuma dia masih belum confident agaknya dengan kaki baru. Berjalan terjengket2 lagi sebab dia cuma “bertongkat” je dengan kaki palsu dia. Nampak gaya kena cepat2 pegi rehab ni.
Tapi memang tak dapat nak gambar perasaan saya.. rasanya walaupun lepas sign cek yang bernilai TEEETTTT!!!! tak pe! sangat berbaloi tengok anak kita happy, girang, ceria… Memanglah, ibu bapa mana taknak yang terbaik untuk anak dia.
Malam pertama dapat kaki, tido pun dengan kaki (which is not advisable). Saya kata, tak apalah, dah lama dia tunggu, biarlah dia enjoy kaki dia tu.
Yang kelakarnya Fahry keep on saying “Fahry dah besar, dah boleh jalan” LOL, ye lah ye lah.
Di sekolah (taska) pun cikgu-cikgunya excited bila Fahry datang dengan cara ‘berjalan macam orang normal’. Maka diorang terus train naik turun tangga sebab Fahry dah boleh naik kelas – tadika – di tingkat atas. So sekarang dah tak ada beza Fahry dengan kawan-kawan dia.
Oh Tuhanku! Suka sangat! Tak tau nak cakap lah. Pegi mana2 Fahry dah boleh jalan sendiri. Yang paling dia suka – naik turun tangga. Pantang jumpa tangga…
Bila fikir-fikir, bertuah Fahry kan. Kami mampu nak sediakan keperluan dia. Dan juga mampu nak hantar sekolah yang tak kisah kekurangan dia (cikgu Fahry pun bagitau “Kat sini semua sama je, baik Fahry ke, sapa2 ke, semua kami layan sama rata”). Mungkin rakan Fahry kat luar sana yang terpaksa menanggung kekurangan yang mereka ada sampailah ada pihak yang sudi hulurkan bantuan. Mungkin ada rakan Fahry yang sampai ke sudah asyik dipersalahkan/diperlekeh/dikata macam2 oleh sebab keadaan mereka. Mungkin ada rakan Fahry yang disekat potensi dan peluangnya.
Kerana itulah tercetusnya idea FAMEkids, diharapkan seluruh anggota masyarakat dapat memahami keperluan mereka2 ni. Kalau kita tengok hari ni, tak semua tempat mesra OKU. Dan tak semua orang pun mesra OKU. OKU terpaksa struggle untuk hidup macam orang normal.
Jomlah kita sama2 support mereka. Tak dapat support dari segi kewangan & fasiliti, dari segi moral dan ‘pandangan biasa’ dah cukup. Diorang ni sama je lah macam kita…
Leave a Reply