Apakah Pilihan Breast Pump (Pam Susu) Terbaik Untuk Ibu Bekerja?

Ia adalah pam susu, bukan pam buah dada. Rupanya ada sejenis breast pump untuk membesarkan buah dada, bukan untuk mengeluarkan susu. Hehe.

Memang satu perkara normal dan agak wajib bagi ibu bekerja yang merancang untuk exclusive/full BF tercari2 breast pump (pam susu). Dan soalan2 seperti “Kau pakai pam apa?”, “Pam apa paling bagus?” itu memang biasa lah.

Jawapan saya biasanya “Subjektif dan bergantung pada beberapa perkara”.

Tapi harus ingat, pam ni bukan perkara wajib yang menjadikan ‘tidak boleh buat’ sebab ketiadaannya. Bukan macam wuduk kalo nak solat ye, tak boleh solat kalo tak ada wuduk, tapi BOLEH breastfeed walaupun kerja kalo tak ada pam. Ini kerana saya pernah beberapa kali tersadung dengan pernyataan begini “Saya tak mampu nak beli pam mahal2.. nampak gaya tak dapatla BF lama2″. Dan ada pulak yang “Ruginya beli pam mahal2, dapat BF 2 bulan je, pastu susu dah takde”.

Jadi, apakah perkara yang perlu dilihat untuk pembelian pam yang berbaloi?

  1. Ilmu tentang EBF (Exclusive BF) walaupun bekerja. *Exclusive BF adalah bagi baby susu ibu saja, tanpa air masak, solids, FM, etc. kalo dah solids namanya fully BF.
    • Pam susu bukan alat untuk memancutkan susu dari payudara sekiranya anda tak berilmu. Ia bukan macam pam air parit, bila kita pam air keluar memancut2 dan mengeringkan parit. Bila taknak pam kita biar je.
    • Usah ghairah beli pam mahal2 atau pumping gear bagai tapi dalam kepala & dada masih kosong. Dapatkan ilmu dulu sebelum nanti rasa rugi pula beli barang2 tu tapi tak dapat nak exclusive BF pun.
    • Jadi menuntut lah tentang penyusuan sebelum mengambil keputusan untuk exclusive BF sambil bekerja.
  2. Budget.
    • Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan nak diduga. Kalau budget ada seratus dua, jangan target yang riban2.
    • Betul, makin mahal sesuatu breastpump, makin baguslah. Tapi berpada2 lah dengan budget, study dulu jangan main tibai ikut orang. Breastpump ni wide range, sesuai untuk setiap kelas. Contohnya kalau nak double pump, kalau yang murah sikit, Spectra, mahal sikit Ameda, mahal lagi Medela (sekadar contoh). Kalau bajet sekitar RM400, belila Spectra3, jangan pulak gi beli Medela Freestyle yang RM2000. Kan duit lebih tu boleh buat benda lain, beli lampin, baju, carseat, dan sebagainya. Jimat kan?
  3. Nature of work.
    • Waktu di pejabat berapa jam sehari? Kerja sibuk ke? Ada banyak masa senggang tak? Kena travel tak?
    • Kalau kerja yang sibuk, mungkin perlukan double pump supaya cepat sikit.
    • Kalau tempat pam susu tak ada power point atau boss tak bagi pakai power supply ofis, mungkin kena pakai manual pump.
    • Kalau kerja asyik travel, kena la pakai pam yang ringan dan sesuai untuk travel.
    • Kalau tak sempat pam di pejabat tapi drive dalam jem, mungkin perlukan pam yang boleh sambung ke power point dalam kereta.
  4. Suka pam yang macamana?
    • Ada orang dia memang suka yang auto-operated (macam saya). Jadi kut2 manapun dia akan cari yang elektrik punya.
    • Ada orang dia memang suka manual, jadi kut2 manapun dia nak manual jugak.
    • Ada jugak orang berpendapat, elektrik sakit nipple dan manual lenguh tangan, tapi tidak bagi 2 golongan di atas.
    • Jadi agak2lah mana satu yang berkenan di hati dan di jari.

Selain dari itu, walaupun tidak menggunakan pam, ramai jugak yang dah sukses menyusu anak masing2 dengan hanya hand expressing (perah pakai tangan). Antaranya Mama Emma. Rilekkk je. Takde masalah pon.

Saya sendiri menggunakan Avent ISIS Uno dan Medela Freestyle. Alhamdulillah, mereka berdualah teman saya dalam membesarkan dua orang Super Kids saya (setakat ni, hulala!), Hafiy dan Fahry yang kacak dan bijak ittew~ Semasa Fahry di SCN, FS lah yang membantu saya mengeluarkan susu untuknya. Oh, sekarang kedua2 mereka sedang tersadai kerana saya belum memulakan operasi mengumpul stok lagi untuk kembali bekerja Oktober ni (semangat!).

So, sebelum beli apa2, fikirkan dulu ke-berbaloi-an nya. Especially kalau barang mahal. Kalau saya yang tak berapa nak kaya ni, memang fikir habis2, kalau tak, menyesal aje. Memang duit boleh dicari tapi kena selalu beringat kan. Walau cemanapun, pengorbanan untuk menyusukan anak PASTI berbaloi.

superkids hafiy fahry
“Jangan ambil gambar kami!”

56 thoughts on “Apakah Pilihan Breast Pump (Pam Susu) Terbaik Untuk Ibu Bekerja?”

  1. so far, saya blom ader experienced lagik memerah susu..pakai tgn atau pump..semua nya direct..cmana agak nya rasa memerah/pump ek..
    .-= arin´s last blog ..Waiting =-.

  2. perah pakai tangan mmg best
    pernah buat masa kat nicu
    hajat di hati ni nak BF salama mungkin
    nak pumppun selama yg mungkin
    skrg ni setiap hari ku mengepam
    guna avent isis je :)
    .-= Salwa´s last blog ..When our javanese hero eats tempoyak… =-.

  3. Saya mengepam dengan avent isis jugak..berat la nak mengangkut kalau yang berat2..tapi alhamdulillah masih dapat supply (walau pun aritu nyawa-nyawa ikan kejap)

    ps : Lynaaaa…start next week saya kena pindah ofis kat kl sentral.. tak dapat la lunch sama awak bila awak start bulan 10 nantiiiii..!!sedeynyaa..
    .-= Rai´s last blog ..Recovering but… =-.

    1. nyawa2 ikan… masih kuingat detik2 itu hehehe.

      ps: halaaaa… mmm takpela mayeb takde rezeki nak merasa orang sana belanja hahaha.

  4. kalau boleh perah pakai tangan kan best.. tapi malangnya mmg tak pandai..
    Sekarang nie ada dua pump, double pump Ameda Lactaline.. beli secara online di UK dan Avent Isis manual breast pump..
    Setakat nie dua-dua memang puas hati.. double pump beli, boleh expressed jea kat workstation.. orang2 lain yang tahu, tahu la… senang boleh buat keje sambil pam, kadang2 sampai melimpah2 kat baju…:)
    Avent Isis, terbeli sebab tertinggal satu tubing ameda semasa outstation .. so nak pump punya pasal beli lagi.. Tapi worth it..,pump dirumah sahaja.. sambil menyusu sambil pump…:)..
    Tapi kalau anak baru sorang jea, mmg saya beli FS tu… sebab fikir dah tutup buku, cari la yang tak berpatutan untukku..
    .-= nadnye´s last blog ..World Breastfeeding Week 2009 • 1-7 August 2009 =-.

  5. saya masih menggunakan PIS medela saya yang telah bertahun2 menabur bakti. rasa kalo dah tak mengepam nanti, kena buat farewell party dgn pam itu! ahahaha…

  6. akak dah try banyak kali guna tangan.. tapi kuar setitik dua ajer..

    dah guna spectra 3 tapi amatla slow dpatyer pun nak 3 oz pun almost 20 minit.. huhuhu

    maybe sbb mia lagi suka direct thats why akak nyer proses mengepam tu menjadi malas… huhuhuhu
    .-= kak iena´s last blog ..layan rinduuu huhuhu =-.

  7. Salam mommy lyna,

    Saya pun sayang sangat2 dgn isis dan fs saya …
    Isis saya pakai tgh2 mlm and if tandem nursing …
    Fs saya pakai kat opis …
    Hehehe, hari tu boss (perempuan) masuk bilik masa saya tgh wat projek mengepam bersama Fs … Hahaha … Dia musykil sbb dengar bunyik pam tapi at the same time kelihatannya seperti saya tgh khusyuk menaip di laptop (coverline sbnrnya). Dia ckp takde gaya org tgh mengepam. So, saya pun wat la demo Nampak macam dia interested nak recommend kat menantu dia.
    Alhamdulillah ..
    .-= DNNA´s last blog ..Rehat =-.

  8. sy ada breast pump jgk wpun tak bekerja. hehe..naak jugak! beli yg murah je pun, yg guna bateri. saje beli in case kalau kena tggalkan Safiyyah. last guna ms nak ke US embassy dulu…pastu tak guna2 smpai skrg. sblm ada breat pump, perah guna tgn je tp aduh..lenguh la tgn! huhu..teknik tak betul kot :p
    .-= NaDiaH SiDeK´s last blog ..Uri =-.

  9. perah pakai tgk mmg kena ada teknik dan spot2 nya baru memancut susu tu dan cepat…i selalu perah pakai tgn skrg kalau outstation just takmo bagi bengkak. huhhuu, nak tunggu 0 tu 10-20minit jgk! kdg2 terlena balik …

  10. hai lyna..lama dah tak jenguk blog hehhe

    sebelum ni pam manual avent amat berjasa kepadaku..walaupon dah stop pam lepas 6 months atas sbb masa kerja yang tak menentu (haaaaaaaaaaaaaaaaahaha alasan yang sepatotnya takbole pakai!!) pam manual perlu masa yg lama la.tapi setiap kali kursus, tetapku usung utk elak susu kering..
    demi anak, pasni sure FS dalam tangan.pasni takde lagi alasan masa kerja lagi sbb FS sure bole jmat masaku nanti..i hope so..
    .-= cheyant´s last blog ..lain dulu,lain sekarang =-.

  11. waa..hebat mama emma guna tangan je..
    for me anak first beli avent manual..love it to the bits..then masuk anak kedua, beli avent isis uno..lagi la suka sbb tak yah manual lagi..relax2 baca buku tgk movie dah dpt susu :)

    tapi dgn hanya memiliki pump shj mmg tak cukup kalau mental tak kental nak breastfeed..semangat harus waja

  12. please invest in good, well-recommended pump to ensure success in bf..janganlah main semberono beli yg ada kat market2 tu, takut nak spend, agak kedekut initially tapi think in the long run….i speak from experience as I learnt from earlier mistake..

    And if u insist for hand-express please learn to do it right, learn the correct technique…I used both pump & hand express which to me equally important

    Apapun, kalau gadget canggih2 tapi semangat macam hangat2 tahi ayam pun takleh jugak,,,biarlah jalan seiring..
    .-= Hanz´s last blog ..50 Science Fun Ideas for Toddler & Preschooler =-.

  13. mana nk cr mesin nk perah susu……..
    ada tgk member pki tp d dpt pun dr internet
    klu ada tlg lah email pada kawan……

    1. Saye tak penah pakai spectra tp Aveng pernah. So far I am happy with avent. Sgt selesa. It’s just that medela freestyle bagi kemudahan utk handsfree so I changed to medela FS. Avent motor dia kat kepala funnel so tak sesuwei nak jadikanlah handfree. Kalo spectra bole. Silas rujuk website kellymom.com

      :)

  14. mommy lyna..I tgh survey electric pump avent..dlm set tu ada sparepart for manual pump kan? Senang tak convert to manual pump? mommy beli kat mana ? RM ?

    1. yp ada manual jugak. senang ej nk convert

      masa i beli rm695 now rasanya rm400+ dah dapat kot :) beli kat supermarket je. tp kat online i think bole dpt good deal. try tgk littlewhiz.com

      1. mommy..harga skrg MP RM899 (single electrik pump BPA free)..huhuhuuuuuu..after less dpt kot RM 615, certain kedai je.

  15. salam

    hai
    just nk tanya sye with 5 months baby. da lma stop pam. then smlm try alhamdulillah still ade. n baby still brestfeeding belah mlm. so ade possibility ker susu nk bnyk balik. mnum air bnyk2, lobak putih n mcm2 lgik. so nak try bli electric pump plak. FS tu ape??

  16. ooo medela freestyle.
    sye cpat giveeup laaa.. maybe penat n time consuming kott.
    ble share sket pengalaman pam susu nih??

  17. salam kak…

    saya google2 psl breastfeeding jumpa blog akak… macam mana eh org lain boleh dpt pam susu byk2… saya sekali pam paling kuat 7oz jer.. tu pun sekali sehari pam kat ofis.. timing kene betul ker nak pam nie?

      1. err… event susu x keluar pun kene still pam ker? sbb saya pam bila breast dah membengkak jer.. so makna nya mmg salah laa ek cara tu.. susu sikit sgt.. sedih je kdg2 tgk org lain byk..

  18. Askum

    Saya sekarang tengah survey tentang BP. Pening juga ye.

    Saya tengah pilih between Ameda Lactaline ATAU Medela Swing. Saya teringin nak beli Ameda tapi dengar cerita macam bila kita pumping dia akan leak apabila sandar.

    Ada sesiapa berpengalaman boleh membantu?

    Terima kasih.

  19. Saya guna pam murah je……tak sampai RM30 pun….hasilnya ok je…takyah mahal..semuanya bergantung pada diri…..anak dapat menyusu secara exlusif sampai 10 bulan dan terus sampai 2 tahun….yang penting usaha…takyah mahal2…..cara dan waktu kene betul….

  20. Salam akak2 sume.. Sy baru jd ayah ni..
    Sy duk kat meru klang, kat area klang ni mane nak cari bende tu..
    Sian wife sy, nnti nak anta pengasuh xdela susah..
    Tlg bgtau, mane nak beli. ?.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge