Diabetes maknanya kandungan glukos atau gula yang terlalu tinggi dalam darah.
Biasa orang akan cakap macam ni:
“Jangan makan banyak gula nanti kencing manis”
“Jangan makan manis2 kalau taknak kena kencing manis”
Tapi since my parents both working at a hospital, mereka telah menerangkan tentang hakikat diabetes. Katanya “Yang dah kena kencing manis, barula tak boleh makan manis2. Yang belum kena, makan saja. Tak makan manis pun tak tentu tak kena”
Kenapa?
Diabetes ada 3 jenis : Type I, Type II dan gestational.
Type I - adalah diabetes yang berkait rapat dengan penghasilan insulin dalam badan. Sel beta dalam badan tak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi. Insulin dihasilkan oleh pankreas. Bila insulin tak ada, badan tak dapat menyerap glukos, dan menggunakan lemak sebagai sumber tenaga. Jadi, glukos akan kekal dalam darah menyebabkan diabetes. Biasanya Type I ni dapat dikesan sejak kecil lagi. Pengidap diabetes jenis ni kena ambil suntikan insulin.
Type II – adalah diabetes yang tak ada kena mengena dengan insulin. Ramai orang mengidap Type II. Kalau Type I badan tak mampu hasilkan insulin, Type II pula insulin cukup tapi badan tak mampu nak menyerap insulin, yang jugak akan mengganggu penyerapan glokusa ke dalam badan untuk ditukar menjadi tenaga.
Gestational - adalah diabetes yang dihidapi oleh perempuan mengandung. Biasanya lepas bersalin ia dah takde. Ia disebabkan hormon mengandung dan kekurangan insulin.
See? Tak ada kena mengena dengan pengambilan gula kan?
Kalau kita tak ada sejarah dan tak ada Type I, kita masih berpotensi untuk mendapat Type II diabetes. Bila badan kita tak cukup vitamin, ia akan mengganggu proses penukaran gula dalam darah kepada tenaga, maka gula akan kekal di situ. Maka jadilah diabetes.
Ada studi mengatakan antara puncanya ialah diberi makan terlalu awal semasa bayi. Jadi, kalau sayangkan kesihatan anak, bagilah makan pada usia yang disarankan, 6 bulan.
Untuk mengelakkan diabetes Type II, kita mestila menjaga tubuh badan agar sentiasa sihat luar dan dalam, agar ia mampu berfungsi dengan baik.
Gula ——-(proses)———> Tenaga
Kalau mekanisma di atas itu rosak, maka gula akan kekal menjadi gula dan tubuh akan menggunakan benda lain sebagai pembakar tenaga.
Salah satu ‘penjaga’ mekanisma ini ialah vitamin B-complex. B complex boleh didapati secara semula jadi dalam sayur, nasi, barli, telur, hati dan yis.
Selain membantu penyerapan glukosa oleh badan, B-complex befungsi:
- memecahkan komponen karbohidrat kepada glukosa – untuk mudah diserap oleh badan.
- memecahkan komponen lemak dan protein – untuk sistem saraf.
- untuk otot, kulit dan mata.
- untuk mengelakkan stress.
Walau bagaimanapun, mengawal pemakanan adalah sangat penting, terutama makanan manis di kalangan anak2 kerana ia boleh merosakkan gigi dan sebagainya. Overdose dalam pengambilan gula juga menyebabkan lebihan glukosa berkumpul dalam darah. Tapi kalau boleh mitos tentang kencing manis patut ditukar kepada fakta sebenar supaya anak2 nanti tahu apa punca kencing manis sebenarnya, dan mereka nanti bukan saja mengurangkan makanan manis tapi juga menjaga diet (balance diet) dan mengamalkan cara hidup yang sihat.
Ini tak. Gula punya beriya tak makan. Tapi benda lain tak jaga. Pastu sedap2 cakap “Makanan Kelantan manis2, sebab tu orang Kelantan senang kena kencing manis”. Ewah ewah ewah… Orang Kelantan kuat eksesais & makan B-complex tau!
Teringat cerita lawak yang diceritakan oleh ayah saya tentang kencing manis. Ayah saya ada banyak koleksi cerita lawak.
Di sebuah hospital di Kelantan, seorang pakcik yang telah boring menunggu lama pergi ke kaunter untuk bertanya Misi.
Pakcik : Misi, lambat lagi ko Doktor ni? Pokcik lamo doh tunggu. (Misi, lambat lagi ke doktor ni? Pakcik lama dah tunggu)
Misi : Maah deh pokcik, Doktor ado kes kecemase. (Maaf ye pakcik, doktor ada kes kecemasan)
Pakcik : Hoh? Teruk ko? (Hah? Teruk ke)
Misi : Teruk Pokcik, sabar sebetar deh. (Teruk pakcik, sabar kejap ye)
Pakcik : Hooo.. Pokcik ingat ko pokcik kecing manis ni teruk doh, uponyo ado ore parok lagi keno kecing mase dih… (Ooo.. Pakcik ingat kan pakcik kencing manis ni dah teruk, rupanya ada orang lagi teruk kena kencing masam ye)
Wah, saya cakap macam doktor tak habis belajar saja. Kalau salah fakta ni mesti adik saya yang tengah studi medic tu bole betulkan ![]()
Oh ada satu teka teki, sapa nak jawab? Apakah benda yang jauh di mata dekat di hati?
*saya tak pernah bercita2 nak jadi doktor sebab lama sangat belajar. LOL.
Popularity: 2% [?]


Stumble Upon
Del.icio.us
Buzz





















{ 28 comments… read them below or add one }
Keyword dia – diet yang seimbang. Tu Nabi saw suruh jaga perut.
My ambition when I was in school terang² daku tulis nak jadi ‘neurosurgeon’. Tapi since terlebih rajin belajar, termasuk ke bahagian teknikal. Hahaha.. then you know what happened la kan.. Terbelajarlah daku secara informal pasal neuro ni…
So, be careful on what you wish.. but still alhamdulillah la kan.. dapat gak tahu benda orang biasa² ni tak tahu…

suealeen´s last blog ..Tag : Tentang anda & 5 kenangan manis..
betapa Allah nak jadikan takdir tu meet jugak, akhirnya akak terer juga psl neuron walaupun tak jadi neurosurgeon. Allahu Akbar!
hi kak
saya nak jawab soklan itu
jawapannya….
pankreas!
betul tak?
rumiza´s last blog ..::Cik Aimi Husna ku sayang::
wah pandainya!
10 markah!
good info! baru la tahu apa sebenarnya diabetis
Mrs Imran´s last blog ..On Man U tix for Sale & RESET ur lifestyle 
hehehe. mari kita menjaga badan agar tidak mudah rosak.
yerp.. i ingt selama ni sebab gula. thanks for d good info.
BTW, i tak pernah bercita2 nak jadik doc sebab takut dgn darah, terbelah, terkoyak dan bermacam2 lagi.. huhuh.. boleh pitam jap..
a ah kan
doc kene belah2 orang
ooo geliiii~~~
Saya setuju…jagalah makan. Jadikan makanan sebagai ubat bukan ubat sebagai makanan. Renung2kanlah.
Kak N´s last blog ..Kau Tercipta Untukku
hmm betul kak N. kalau tak jaga badan, dah sakit2, ubat plak jadi makanan…
hormon tunggang terbalik
dapatlah diabetes
sepatut byk jd sket
yg patut sket jd byk
hehehe
btw perasan Lyna dah tukar font ke trebuchet ms
cantik
saja test tuka font
cantik eh? hehe
Sangat setuju.
Ada kawan mak saya, mak dia kena kencing manis, dia langsung tak sentuh gula atau nasi…las las kena tekanan darah rendah plak.
Yis…ooo very good
Saya suka hidangkan makanan beryis kat rumah. Buat sendiri – pau…pizza…
Farah´s last blog ..CCTV Footage of JW Marriot Ritz Carlton Bombing Suspect
wah bole la pau sikit pau & piza tersebut ehehehe
mak i diabetes ni
yg i pelik mak i kerja berpeluh2 senaman bagai tp kena juga..hahhaa
apakah aku ini???
fid´s last blog ..berita baik untuk daddy
agaknya mak akak diberi makan awal sgt masa baby dulu tak?
oh ya ka..? saya selalu ingat makan manis, akan kencing manis.. haha..
jauh di mata dekat di hati..? erm.. entah la.. haha..
zuhaini´s last blog ..And.. it’s a wrap!
hehe jawapannya : PANKREAS!
kecemase = kencing mase??? hehe. kisah benar ke tu? kalau kisah benar..sian kat pakcik tu salah dgr..
org kelantan kaya gula gamaknya. manis2 belaka mknnnya. prnh dulu ms sy belasan thn gi klate pastu ternampak sejenis kuih tu mcm sedap je. mntk ayah belikan. errkk…manis sungguh! tak tertelan kami. last2 dibuang je kuih tu. huhu..mmg tak baik buang mknn tp kami mmg tak lalu nk mkn. tak biasa. tp nasib baik la kluarga mentua tak masak manis sgt..ehe. suami sy lak aneh orgnya. mknn manis dia suka mkn, tp air tak minum manis lak
NaDiaH SiDeK´s last blog ..Uri 
wah kuih apa tu manis sangat tuu huhuhu
tp pada saya la, kami ni kuih2 je manis, lauk2 ke sambal ke takde pulak manis2. secukup rasa semua. even saya pun takleh telan sambal indonesia yang maniss ituuu.
tak tahu la nama apa kuih tu. rupanya pun tak ingt dh mcm mana. oh…tp sy sgt suka cek mek molek! yummy! mkn pndai la..buat tak reti
NaDiaH SiDeK´s last blog ..Uri 
hi kak.. dis is my 1st time here..
hehhe. sori. sy betulkan sket boley?
diabetes mmg bukan sebab gule saje, lebih tepat diabetes disebabkan oleh carbohydrate. contohnye nasi, roti dan seangkatan dgn nye. carbohydrate ni nti akan dicerna menjadi glucose and hence as fuel for body usage.
mcm kite malaysian, dh biase mkn ns. lg lembut n berkanji, lg sedap. tp ns nih, kandungan glucose nye almost 90% drpd total kandungan nye. bile byk sgt glucose dlm bdn, insulin dh x mampu nk membuat kerja menukarkan glucose utk disimpan..
lame2, pancreas producing not enough insulin to compensate with rising blood glucose level (ade juge faktor lain) n wil result in type 2 diabetes mellitus.
mcm tu laa sket2.
nasihat saye, jgn mkn dan exercise selalu. 30 minit setiap hari..
if anything, just ask me, n ill try my very best to help.
TQ syura for the input! very very appreciated
ramai yang tak aware pasal carbo –> glucose sebab takde perkataan gula di dalamnya, kan?
btw, awak doktor ke?
nanti bole la jadi panel akak utk entry berkenaan health
* jage mkn n exercise slalu
aha, dah agak dah mesti typo ni hehe
kalo org tegur lps ni…’jgn mkn manis2, nnt diabetic”
then kita jwb “mana ada? diabetes x de kena mengena..bla..bla..”
mesti org tu hangin kan?
keh keh keh.
isabelle´s last blog ..Smelly pillow a.k.a Bantal Busuk
tima kasih Dr Lyna atas information..sila makan suplement, sbb food intake kita sah2 susah nk control keseimbangan nye.
bfast : roti canai – minyak,kolestrol
lunch : nasi ayam : karb, protein
dinner : mee kari : minyak, lemak2…
ish ish…bila nye ntah mkn buah2an..kan tak seimbang tuh..so conclusion mmg we need food supplement.
hurmmm… walopon kita tak de kencing manis tak bermakna kita bleh makan/minum bnda2 manis sesuka hati tanpa kawalan. Salah satu punca kencing manis apabila seseorang tu mengamalkan cara hidup diabetogenic (mengambil kalori berlebihan,kurang exercise dan obesiti) Mengambil makanan manis secara berlebihan menyumbang kepada peningkatan kalori yang diambil. Hal ini seterusnya secara tidak langsung mengurangkan sesitiviti insulin terhadap gula dalam darah sebab peningkatan hepatic glucose production (tak reti nak traslate). Finally dapat lah diabetes type II. Doktor akan menggunakan ayat macam lina tulis kat atas sebab susah nak explain kat patient untuk patient absorp dan faham tentang bagaimana kencing manis terjadi. Saya bukan medical doctor. Tapi kena belajar gak pathophysiology penyakit yg common macam ni. To tell u the truth saya terpaksa buka textbook untuk membuat ayat yg btol macam ni. heheee.. kena la bagi kredit kt buku pharmacotherapy handbook saya.
sue´s last blog ..Blog yg bersawang dan kerahan tenaga yg tak berpenghujung..