Bila dah masuk gaji mula lah nak plan shopping sana shopping sini, beli itu beli ini. Tengah-tengah bulan depan nanti baru terfikir “mana perginya duit aku? Duit mengalir macam air. Saving bukan banyak mana pun”.
Mana taknya, awal-awal dapat gaji hari2 makan restoran mahal-mahal, beli baju 2-3 pasang, kasut 2-3 jenis, belum masuk handbag, gelang, cincin, mekap segala. Eh, ada pula majlis harijadi, ini mesti kena beli hadiah gempak, kalau tak malu lah orang ingat kita kedekut ke, takde duit ke. Ada kenduri kahwin pula, kena cari baju baru ni, baju2 lain semua dah pakai banyak kali.Oh, duit kereta belum bayar lagi. Duit rumah, bil-bil. Eh, iPad dah keluar lah, menarik juga kalau sambar satu. Memang minat betul gadjet2 ni. Hari tu baru je beli iPhone 4 walaupun kat rumah tak ada line 3G, pakai prepaid je pun, janji iPhone 4. Hutang kad kredit, oh, tak apa bayar minimum saja.
Benda macam ni kadangkala kita tak sedar. Sedar2 dah habis duit, tunggu pula hujung bulan akan datang, dapat gaji, cycle sama berlalu.
Salah satu cara untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku ialah : MENJADI PRAKTIKAL.
Ia bermakna kita mengutamakan keperluan dan meletakkan kehendak di tangga priority nombor 5, terutama kehendak untuk bergaya. Gaya tu penting, itu tak dinafikan, tapi biarlah praktikal. Seorang yang bekerja di bahagian sales misalnya, mestilah selalu bergaya supaya client senang dengannya. Jadi bagi orang ini, bergaya adalah sesuatu yang praktikal baginya. Bagi seorang SAHM (Stay-At-Home-Mum a.k.a. surirumah), mungkin tak perlu bergaya sangat kecuali di depan suami untuk memikat hatinya. SAHM mungkin tak perlu nak ada beg Coach 2-3 biji (kecuali bersuamikan orang kaya atau memang keluarga ada banyak duit).
Tak perlu malu kalau kita tak ada barang-barang berjenama yang konon berkualiti yang mahal-mahal macam orang lain. Apa guna kalau nak bergaya-bergaya tapi time-time terdesak tercungap-cungap.
Tak ada salahnya kalau minat gadjet yang canggih2, yang baru release, tapi biarlah tahu cara nak guna. Kalau memang duit berlambak-lambak tu tak kisahlah. Setakat iPad (contoh) tu macam beli cikedis je gamaknya. Tapi kalau nak ber-gadjet2 sekadar nak gaya dan sama macam orang lain.. tak berbaloi langsung. Beli gadjet mahal tapi tak reti guna/tak boleh guna. Orang beli iPhone dia pun nak iPhone, tapi akhirnya cuma reti call, SMS dan surf2 sikit2 je sebab tak reti nak buka akaun iTunes lah, line tak berapa bagus untuk download Apps lah, etc.
Biasanya mak-mak ni tak boleh tahan kalau berkenaan anak-anak. Mesti nak lengkap semua. Kalau boleh yang paling mahal, paling branded. Sebelum lahir dah siapkan semua, lengkap dari hujung rambut ke hujung kaki. Adik pun tak boleh share baju abang, nanti kesian pula dia pakai baju second hand. Mainan pun kena sorang satu. Mesti jenama luar negara, made in China tak main (padahal Fisher Price pun ada kilang kat China). Mainan mesti kena penuh rumah, baru anak happy. Tak salah, tapi ikut saiz poket. Kalau poket kurang berisi, lebih menjimatkan kalau gunakapai barang anak yang terdahulu untuk adik-adiknya. Budak kecik bukan tahu nak tanya “Mak, ini baju abang kan? Kenapa tak beli baju baru, tak sayang saya ke?”. Lebih baik duit nak shopping tak tentu hala kita gunakan untuk tabungan anak-anak, beli insurans ke. Itukan lebih berguna untuk mereka dari barang berjenama.
Nak beli kereta? Mesti mahu ada kereta baru senang nak ke mana-mana. Kereta mesti nak yang paling bagus. Lagi-lagi kalau kerja eksekutif, apa kelas pakai kereta jenama cikai-cikai. Berbalik kepada poket dan tujuan berkereta. Ada kereta nak memudahkan perjalanan dari satu tempat ke satu tempatkah, atau sebab nak selesa kah, atau sebab nak bergaya kah, atau hanya sebab orang lain ada kereta, kita pun nak juga. Kalau gaji RM2500, tapi bayar duit kereta sampai RM1000… Itu belum masuk nak modify sana sini, mekap sana sini. Nak pula suami isteri kereta seorang satu. Biarlah praktikal. Kalau boleh kongsi kereta, tak perlu nak sorang satu. Kalau seorang boleh naik bas atau tren, satu kereta dah cukup.
Orang kata, makin besar periuk, makin besar kerak. Biarlah periuk besar, kerak pun besar. Jangan periuk kecil aje tapi kerak dah separuh periuk.
Leave a Reply