,

Piala Suzuki AFF Malaysia Menang 3-0 lawan Indonesia

admin Avatar

Perlawanan akhir pertama Malaysia menang lawan Indonesia 3-0! Keputusan ini sangat mengejutkan kami sekeluarga kerana awal bulan ni Malaysia dibelasah teruk dengan Indonesia 1-5! Paling lawak, penjaga gol Indonesia report tak puas hati dengan pengadil sebab claim mata silau kena laser.

Saya katakan lawak bukan kerana laser tu, tapi apa yang penjaga gol tu expect kalau repot kepada pengadil pun? Apa pengadil tu boleh buat? Nak soh screen ribuan penyokong sebelum sambung permainan? atau tangguhkan saja perlawanan sebab dah tak yakin boleh menang?

Cukup dulu komen pasai pemain Indonesia, laa ni nak komen pasai player Malaysia pulak. Overall, prestasi Malaysia dalam Piala Suzuki ni makin menyerlah sejak pertahan mereka dirombak semula dengan menggunakan khidmat penjaga gol simpanan. Ini langsung tak bermaksud pemain sebelum itu tak cukup bagus, tapi mungkin kombinasi yang tak berapa ngam. Sejak rombakan pertahanan & penjaga gol, Malaysia cuma bolos 1 gol saja setakat ini! (ini dengar2 org cakap je, huhu)

Sikap berpasukan pemain sangat saya sanjungi. Kelihatan walaupun pemain tersebut ada peluang nipis untuk menjaringkan gol, dia masih memberikan bola tersebut kepada pemain lain yang boleh menjaringkan gol dengan kebarangkalian yang lebih tinggi. Pemain muda Malaysia skang ni memang on the way to be pro player daripada sekadar mencari populariti.

Gol paling saya suka ialah gol ke-3. Memang macam gol standard dunia la. long ball yang cantik di sudahkan dengan tandukan yang penuh bergaya. Part tak puas hati, maybe bila referee tak bagi penalti kepada Malaysia bila pemain tackle dalam kotak penalti di saat-saat akhir. Kalau semuanya OK, memang bulih 5 gol gak Malaysia ni. Tapi takpala, Indonesia kini ada kelemahan tiada gol di pihak lawan, so peluang Malaysia untuk menang memang cerah walaupun seri dengan syarat ada gol yang score kat Indonesia sana.

admin Avatar

11 responses to “Piala Suzuki AFF Malaysia Menang 3-0 lawan Indonesia”

  1. xmisterix Avatar
    xmisterix

    cayalah malaysia..yg paling syok tengok idlan talha menjadi2 dia gelecek bola,mcm messi..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      betulla, memang best tgk dia main. boleh je lepas 2-3 player indonesia dia yg gelek.

  2. wawa Avatar

    tak sempat nk tengok. anak2 asyik la tengok despicable me. tapi tengok dari wall fb macam syok je. 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mmg rugi wawa tak tengok, best sgt2 tgk rentak Malaysia main. habis kecoh rumah ni jerit2 bila sipi2 nak gol, huhu.

  3. JomDiet Avatar

    Saya antara puluhan ribu penyokong Malaysia di stadium Bukit Jalil tadi…memang ini kali pertama Malaysia bermain sangat professional dan tahapnya setaraf world class playing.

    Tahniah buat team Malaysia, Malaysia boleh!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mmg inilah kali pertama tgk Malaysia main sangat cantek; passing, through ball, long ball; tak pernah tengok seperfect ini. and somore lwn team terkuat asia tenggara dalam FINAL, itu yg buat jadi lagi super-best tuh!

      game kat indonesia g tgk x? huh

      1. JomDiet Avatar

        Tu lah, dah la most of the players yang muda2…umur 20 ke 23 camtu. Memang cerah la masa depan bolasepak kita ni.

        Hehe honestly bagi saya Indonesia takdela hebat mana pun, diorang mungkin hebat di tempat sendiri je, 😀

        Game kat Indonesia tak pergi lah, bahaya. Even masa diorang jual tiket pun dah ada yang mati sebab berebut2. Adeh,

  4. AaBa Avatar

    Tahniah Malaysia… Keep it up

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kne pressure Rajagopal make sure perform lagik ni

  5. sharinginfoz Avatar
    sharinginfoz

    tahniah buat malaysia ada ke patut indonesia cakap Malaysia menang kerana laser?

  6. aku bangga Avatar
    aku bangga

    indon memang cmtu..
    dah kalah cari salah org..
    indon…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge