Saya mempunyai dua orang anak. Semasa anak pertama saya di awal usianya, (0-2 tahun) saya tinggal di Sarawak, dan punya pembantu rumah. Kehidupan di Bandaraya Miri amatlah SUPERB, I tell you. Walaupun tak ada hypermarket, shopping complex pun limited, barang-barang mahal (ayam sekilo masa tu RM8.90!), jauh dari keluarga dan sebagainya… But we had our good time in Miri. Bayangkan aje perjalanan dari rumah ke pejabat cuma 5 minit. Setiap petang sempat bersosial bersama jiran-jiran sebelah menyebelah rumah.
Saya ada banyak masa untuk merancang, membuat dan seterusnya mengajar anak saya di rumah. Tambahan pula dengan adanya pembantu rumah, rancangan TV dapat dikawal. Saya ‘burn’ CD yang diisi dengan video-video pendidikan untuk anak-anak. Semasa mula2 pandai bercakap, Hafiy dapat membezakan antara huruf dengan nombor. Semasa usianya dalam 7-8 bulan (baru-baru nak bercakap), Hafiy selalu teruja bila nampak perkataan-perkataan, dia akan cakap “A!” (bermakna dia melihat abjad). Apabila melihat nombor-nombor, dia akan menyebut nombor, misalnya “Eight!”. Walaupun masih belum tepat tapi dia dapat membezakan antara huruf dengan nombor.
Apabila Hafiy berusia hampir setahun, saya membawanya ke Kuala Lumpur kerana tuntutan kerja. Jadual mula berubah. Saya mula keluar pagi-pagi dan pulang petang-petang. Namun kerana sudah terbiasa, Hafiy bermain sambil belajar dengan Bibik. Ketika itu dia mengenali huruf dan nombor by heart (bukan hafal).
Bila Fahry lahir, sekali lagi jadual saya berubah. Kemudian kami sekeluarga berpindah ke Kuala Lumpur. Bibik pun balik ke Indonesia, dan anak-anak saya dihantar ke taska. Dengan bantuan Zam, saya telah berjumpa sebuah taska yang ‘kena’ dengan jiwa saya. Mereka mengamalkan konsep Glenn Doman dalam pengajaran. Pendekatan yang digunakan termasuknya physical exercise, flashcards, swimming dan sebagainya.
Dan saya pula makin sibuk sejak pindah ke KL. Oleh itu, saya dah mula hilang konsistensi mengajar anak-anak di rumah (mana yang sempat saja, tak ada lagi jadual dan pelan pembelajaran seperti dulu-dulu). Saya akui, Fahry lebih banyak bergantung pada taskanya.
Namun perbezaan yang sangat ketara pada kedua-dua anak saya (Selain personaliti mereka yang unik). Hafiy lebih cenderung untuk membuat benda yang melibatkan dirinya sendiri, seperti baca buku, menulis, bermain iPod. Kelihatan introvert. Fahry pula menyukai nyanyian (Oh I cant believe my son boleh nyanyi penuh lagu nursery rhymes!), aktiviti fizikal dan sesungguhnya mempunyai social skill yang bagus. Tapi dari segi akademik (pada pandangan saya), Fahry ada sedikit kurang berbanding Hafiy pada usianya (atau dia memang takmau tunjuk pada saya, tak tahu lah. Kalau ikut komen cikgu “Fahry pandai”). Fahry masih confuse lagi huruf-huruf dan nombor. Warna pun belum pass betul. Shapes apatah lagi.
Tapi saya tak salahkan mereka… semuanya adalah peluang yang saya beri kepada anak-anak. Hafiy mendapat banyak peluang untuk belajar, macam2 saya tunjukkan padanya di awal usia. Anak-anak saya tak kenal apa itu Ultraman, Ben 10.. sebelum mereka ke taska (mungkin dapat dari kawan-kawan). Fahry pula kurang mendapat peluang di situ. Misalnya Hafiy mendapat 2 jam setiap hari, sesi pembelajaran di rumah, sebaliknya Fahry cuma 5-10 iminit saja (Sebenarnya tak menjadi hal berapa minit pun, yang penting konsisten).
Namun semua tu tak terlambat. Fahry baru berusia 2 tahun 1 bulan. Saya masih ada 11 bulan untuknya. Begitu juga dengan Hafiy. Namun, saya dapati melewati usia 3 tahun, dia susah punya ego sendiri. Hingga saya terpaksa menetapkan syarat-syarat untuk beberapa situasi di rumah.
Oleh itu saya menjadi skeptikal sedikit tentang apa yang dinamakan ‘sekolah bagus’ (taska ke, tadika ke, sebut sekolah je senang). Saya lebih mempercayai pendidikan di rumah itu lebih berkesan. Kerana apa, di sekolah ada ramai budak-budak, no matter how good the school is, seorang cikgu tak dapat nak beri perhatian kepada anak kita seorang. Orang lain pun bayar amaun yang sama. Namun, untuk social skill, sekolah adalah tempat terbaik.
Walau bagaimana pun, memang tak dinafikan pengaruh sekolah, serta jasabaik sekolah kepada saya dan anak-anak. Misalnya anak saya Hafiy menjalani latihan ke tandas di sekolah. Tak pening kepala saya (hihihi, best2). Apa yang saya maksudnya ialah konsistensi antara pembelajaran di sekolah dan di rumah. Walaupun anak dihantar ke sekolah bagus, bukan bermakna ibu bapa boleh senang hati. Kat rumah bersenang-senang, di sekolah boleh belajar, etc.
Jadi, ibu bapa ambillah masa beberapa minit di rumah untuk ‘belajar’ bersama anak-anak. Tak perlu formal, bermain sambil belajar adalah yang terbaik kerana anak pun gembira, kita pun tak stress.
Hantar anak ke sekolah bagus itu perlu, namun mengharapkan 100% pendidikan anak-anak kepada sekolah, tak perlu.
Kalau dah dapat benda ni, dua2 pun sama je!
Leave a Reply