, , ,

Bahaya Pendapatan Tanpa Modal!

admin Avatar

Meraih pendapatan tanpa modal adalah salah satu perkara yang amat digemari oleh sebilangan orang. Ye lah, siapa taknak, modal tak keluar, dapat untung pula.

Bisnes tanpa modal ni sebenarnya adalah satu hal yang bahaya! Terutama kepada mereka yang ‘tak berapa obses dengan bisnes’. Kenapa saya cakap bahaya?

bisnes tanpa modal

Tidak Keluar Dari Zon Selesa

Modal tak keluar. Jadinya, jual ke tak jual ke, tak rugi apa-apa. Bisnes slow ke bisnes laju ke, takde masalah. Kalau laju, untung banyak, kalau slow, untung sikit. Jadi akan selalu berada dalam zon selesa.

Boleh Hilang Motivasi

Bila tidak keluar dari zon selesa, tiada push factor. Bila tiada push factor maka boleh tidur dengan senang hati. Maka tidak hairan orang yang berniaga tanpa modal boleh hilang motivasi kerana ‘tiada apa yang nak dikejar’.

Tidak Sanggup Berkorban

Ada 2 jenis golongan yang memilih untuk berniaga tanpa modal (1) Mereka yang benar2 tidak berduit, (2) Mereka yang kedekut/takut nak keluar modal. Bagi golongan (1) mungkin masalah tiada duit membantu mereka untuk berkorban, tapi bagi golongan (2), ada kemungkinan tidak sanggup berbuat lebih untuk memperkembangkan bisnes. Ya lah, nak keluarkan modal saja tak sanggup, macamana nak buat benda yang lebih besar?

Boleh Berhenti Bila-Bila Masa

Bagi perniagaan bermodal, pasti juga ada exit strategy, atau strategi untuk berhenti berniaga dan mula kan sesuatu yang baru; selepas keadaan2 tertentu. Misalnya 6 bulan berturut2 mengalami kerugian, dan sebagainya. Tapi bila berniaga tanpa modal ni, kemungkinan nak berhenti berniaga bila2 masa itu ada. Tak ada apa yang nak diselesaikan, tiada rugi apa-apa.

Tak Ke Mana..

Pendapatan tanpa modal ni biasanya bukanlah satu pekerjaan, ia dikaitkan dengan bisnes. Bila bukan pekerjaan, maka tiada pihak yang memantau samada kita ada buat atau tidak. Dateline, perancangan, dan sebagainya semua dibuat sendiri. Sudah modal tak ada untuk di’balik’, barang2 pun kadang2 tak pegang (seperti perniagaan dropship misalnya), jadi urgensi untuk menjual tu kurang. Bila semangat makin pudar, lama kelamaan tak mustahil boleh tamat begitu saja.

Adakah perniagaan tanpa modal ni tak bagus?

Perniagaan tanpa modal adalah satu cara bisnes yang sangat bagus untuk mereka yang tidak mempunyai modal untuk memulakan perniagaan. Namun harus ingat, ia memerlukan perancangan bisnes yang mantap dan jiwa yang kental untuk meneruskan dan mengembangkan bisnes. Ikutilah teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah, yang mana Baginda menjadi wakil jualan pakciknya sebelum memperdagangkan produknya sendiri.

Jadi bagi mereka yang mengalami perkara di atas, tetapkan satu matlamat yang ingin anda capai. Dan kerjalah sebaiknya untuk mencapai matlamat tersebut. Pastikan matlamat itu bukan ‘cari duit lebih’, itu bukan matlamat tapi misi.

Tumbuhkan perniagaan anda. Benih yang baik tak semestinya mahal.

bisnes tanpa modal

Tagged in :

admin Avatar

One response to “Bahaya Pendapatan Tanpa Modal!”

  1. Ramzi Avatar

    Semua bisnis membutuhkan modah dan harus berani mengambil resiko yang ada
    mari semangat mengembangkan usaha kita..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge