Tips peluang pelaburan emas, hartanah, saham & perniagaan tahun 2011 ini sekadar pandangan peribadi saja. Pastikan anda dapatkan pandangan penasihat pelaburan peribadi sebelum bertindak. Jika tiada, kaji sendiri sebelum memilih mana-mana pelaburan. Kalau malas, better DO NOTHING.
Malah, strategi do nothing ini terbukti SANGAT berkesan untuk kebanyakan pelabur agar tak jadi mangsa scam oleh orang tak bertanggungjawab.
Pelaburan Saham 2011
Bursa Malaysia dah naik 45% in 2009 & 17% in 2010 sehingga paras tertinggi 1,530 dicatatkan in November, 2010. I think, banyak program transformasi kerajaan dah “factored in” dalam harga saham; terutamanya GLCs dan korporat gergasi, sehingga menyebabkan peluang untuk harganya naik lebih tinggi in 2011 agak terhad.
Bursa boleh cecah 1,650 by year end 2011, just another 8% gain daripada sekarang.
Dengan ekonomi Malaysia yang dijangka semakin memberangsangkan tahun depan (kesan program ETP Idris Jala & kemungkinan PRU 2012), melabur dalam saham 2nd & 3rd liners (aka saham-saham syarikat saiz sederhana [mid-cap] atau kecil [small-cap]) can be the best bet. Namun, usaha mencari ‘hidden-gem’ dikalangan syarikat kecil ini bukan mudah. Ataupun, boleh juga membeli warrant syarikat gergasi untuk melipat-gandakan pulangan.
Pelaburan Hartanah 2011
Hartanah Malaysia agak ‘senyap’ sejak pertengahan tahun 2010. Pemaju hartanah mungkin sedang menyusun strategi jualan agar kesan had pinjaman 70% tidak menjejaskan sales. Hartanah akan terus senyap sehingga pertengahan tahun 2011. Pemaju kelihatan masing-masing ingin tahu strategi jualan pesaing mereka.
Tahun 2011 mungkin lebih banyak township baru akan dibuka.
Strategi terbaik untuk menjual hartanah waktu pemulihan ekonomi ialah dengan membanyakkan jualan rumah mampu milik di kawasan baru sebelum menjual rumah mahal berprestij sebagai pilihan “upgrade”. Bajet 2011 juga menggalakan pemaju untuk membina rumah sebegini. Sg Buloh pasti menjadi sasaran utama pelabur; lagi-lagi sejak diumumkan MRT nak masuk situ. Sime Darby juga mungkin mula membangunkan Elmina (sebelah Denai Alam?) mulai akhir tahun 2011.
Peluang Perniagaan 2011
Keyakinan pengguna terus pulih membuat mereka kembali berbelanja. Peniaga juga kelihatan mula meningkatkan produktiviti bagi menampung permintaan yang meningkat. Juga, lebih banyak syarikat yg didaftarkan sejak kemudahan pendaftaran syarikat SSM secara online dipromosikan besar-besaran.
Tahun 2011 dilihat sebagai peluang terbaik untuk memulakan perniagaan.
Walaupun Living cost Malaysia dah tinggi, ia akan terus meningkat in 2011. Subsidi yang akan terus dikurangkan sejajar dengan kenaikan harga minyak menyebabkan konsep buat duit sampingan bukan lagi pilihan; tapi satu kemestian. Jika anda berminat untuk buat duit online, pastikan anda tak tertinggal kelas ini (klik sini).
Pelaburan Emas 2011
Nah, dalam banyak-banyak mungkin ini yg paling sensitif, huhu. Dalam nilaian USD, harga emas naik 50% in 2007, almost 0% in 2008, 22% in 2009 & 27% in 2010; atau purata naik 24% (CAGR) setahun 2007-2010. Anda surely akan terus naik in 2011 sejajar dengan kanaikan komoditi yang lain. Tapi, berapa banyak lagi harga emas boleh naik tahun 2011?
I’m no guru here tapi emas should be on its way to USD1,600; another 15% from now?
I think kenaikan harga emas in 2011 akan lebih moderate; maybe USD1,500/oz lebih realistik (8% gain). Sebabnya, hampir semua negara akan lebih sibuk mengukuhkan ekonomi masing-masing daripada hedge against USD; dengan agenda mengurangkan kadar pengangguran antara yang paling penting untuk tingkatkan kepercayaan rakyat. Lagipun, gagal mengukuhkan posisi ekonomi hari ini hanya akan mengakibatkan negara tersebut terus tertinggal bila ekonomi dunia kembali rancak mulai tahun 2015 (atau seawal tahun 2013).
Kupasan yg lebih detail untuk setiap peluang pelaburan akan di cover kelak. Tapi for now, yang mana satu jadi pilihan anda?
Leave a Reply