Bisnes kecil yang saya maksudkan ialah bisnes yang berskala ‘pendapatan sampingan’ dan ‘kerja dari rumah’ atau ‘bisnes sambilan’ yang dibuat dengan modal kecil atau mungkin tak ada modal langsung. Samada bisnes ‘brand’ sendiri, jual barang orang, MLM atau apa saja.. Ada yang memulakan bisnes sekadar suka-suka (mungkin datang dari hobi), ada yang serius untuk persediaan berhenti kerja, ada yang asalnya memang tak kerja (misalnya SAHM) dan berhasrat nak tambah pendapatan dan sebagainya. Tapi, hakikatnya, tak semua yang buat bisnes kecil-kecil ni berjaya, dengan kata lain, dapat perolehan atau untung. Ramai yang sebenarnya yang tiap2 bulan korek tabung sendiri untuk bisnes.
Persoalannya kenapa jadi macam tu?
1. Tidak ada tujuan dan objektif jelas semasa mula bisnes
Biasanya yang terperangkap dalam MLM haram jadah dari jenis yang macam ini. Hanya sebab gelap mata dengan tawaran dari upline MLM tu, terus nak join tanpa ragu-ragu. Lepas dah bagi duit barula nampak mak oiii bukan senang nak dapat ribu-ribu macam depa duk cakap2 tu rupanya… Last-last terpaksa letgo stok dengan harga lebih rendah dari modal, asal dapat cover sikit-sikit jadilah…
Yang ‘brand’ bisnes sendiri pun, mula2 bisnes cuma ingat nak untung je. Planning takde, target takde, cuma ada stok tapi marketing entah ke mana. Last-last buntu. Akhirnya fed-up dah nak berbisnes.
Apa-apa pun kita kena ada plan yang jelas. Paling cikai pun apply konsep ASIDIBIBAM = Apa, SIapa, DI mana, BIla, BAgaiMana… Macamana nak apply tu lu pikir lah sendiri, kata Nabil.
2. Tidak ada exit strategy
Dah buat bisnes tak untung-untung (rugilah tu), tak ada mitigation plan. Dari awal sepatutnya kita dah rancang exit strategy. Kalau dah berbulan-bulan tak nampak bayang keuntungan, bersedia dengan mitigation plan, atau plan B ke plan C ke. Exit strategy tak bermakna kena berhenti terus buat bisnes (itu pun salah satu elemen jugak), tapi apa langkah2 perlu untuk mengatasi masalah bisnes tak jalan-jalan.
Sebelum mula bisnes, fikirkan dulu exit strategy, jangan biar sampai dah terdesak. Kalau dah terdesak, ‘exit strategy’ ad-hoc adakalanya jadi.. ‘jatuhkan orang lain, kalau aku tak dapat, orang lain pun tak boleh berjaya’. Jangan macam tu.. keji dan hina betul tindakan macam ni.
3. Tidak monitor akaun bisnes dengan sistematik
Misalnya campur-aduk duit bisnes dengan duit sendiri dalam satu akaun. Sudahnya semua duit jadi wang belanja. Duit bisnes keluar-masuk tak di-track. Untung ke tak untung ke, tak ada siapa tahu. Nak beli stok baru, ambil duit dari akaun yang sama. Sudahnya tak tahu yang mana satu. Sudahnya bisnes nak kata untung ke tidak, dia sendiri pun tak tahu.
Sebaiknya diasingkan duit bisnes dengan duit sendiri. Kalau ada registered company, buka akaun atas nama syarikat supaya lebih mudah nak monitor duit keluar-masuk.
4. Tidak monitor bisnes dengan sistematik
“It’s not personal, it’s just business” kata Donald Trump. Urusan peribadi dan urusan bisnes tak sepatutnya kita satukan. Maksud satukan urusan peribadi dengan bisnes ni… misalnya kita tak catit berapa suap nasi kita makan hari ni, so urusan bisnes pun kita main lepas laku macam tu tanpa ada rekod. Tak boleh, tak boleh… kena ada rekod untuk bisnes. Ini penting untuk kita buat penilaian nanti. Kalau kita sendiri pun tak tahu apa jadi dengan bisnes.. inventory takde, rekod keluar-masuk takde… sudahnya barang hilang pun kita tak tahu. Menanggung rugi tanpa disedari…
5. Jadi hamba kepada bisnes sendiri
Saya pernah kena gelak dengan seorang kawan, katanya bisnes baju menyusu Bling Buubies saya takkan ‘jadi’ sebab tak ada sentuhan (jahitan) saya sendiri. Ye lah, sebab kami ada sub-company, Camtal Tailoring Services untuk jahit produk2 Bling Boutique (baru je dapat tempahan untuk jahit baju orkestra Sekolah Seri Puteri, yeay!) – apa jadah nak jahit2 sendiri pulak kan. Katanya orang lagi suka kalau tuan bisnes sendiri yang jahit.
Saya tanya kepada dia “Kau suka makan KFC?” Dia jawab “Suka!”. Saya tanya lagi “Itu Pakcik Colonel Sanders ke yang masak?”. 😀 – sorry mem, sekadar kasik contoh je jgn marah ye, potong gaji kang 😛.
Bisnes ni bukan sekadar ‘tak kerja bawah orang, buat apa yang kita tahu dan suka’. Ada banyak sangat elemen – pembuatan, pengurusan, pemasaran, etc-, ia macam seketul iceberg yang besar. Kita cuma nampak hujungnya saja yang timbul kat atas permukaan laut, tapi bahagian yang besar tu kat bawah sana. Pembuatan tu termasuk dalam perkara2 kat bawah sana. Sangat2 penting tapi tak perlu nak menonjol. Bisnes ni sepatutnya memudahkan kita, jadi kita boleh tumpu pada bahagian atas iceberg – pengurusan dan pemasaran. Kalau semua nak buat sendiri, akhirnya bukan kita tak jadi bisnesman/woman, tapi pekerja kepada bisnes sendiri. Lagi penat – nak kena ‘buat’, nak kena monitor, nak kena market, blablabla, last2 exhausted – baik terus makan gaji je kot?
6. Tak buat persediaan dari segi ilmu perniagaan
Ini sepatutnya jadi nombor 1 kot. Ramai yang percaya kita boleh berjaya secara street smart – lalui sendiri & belajar melalui pengalaman. Memang betul, cara begitu lebih senang nak belajar. Memang manusia lebih mudah belajar dari kesilapan. Tapi cari ilmu itu sangat penting, supaya bila kita dah terantuk, tahulah bagaimana nak tergadah. Orang tak berjaya bukan makna dia gagal, itu adalah proses belajar. Tapi kena pandailah ambil pengajaran dengan positif. Cikgu saya pesan ‘One step backward is two steps forward’. Semakin tinggi kita jatuh, sepatutnya semakin tinggi kita melantun, bukan terus patah kaki tak bangun2.
7. Niat dan cara berniaga yang tak betul
Tahu, dan duk canang 9/10 dari pendapatan adalah perniagaan. Konon ikut sunnah. Tapi part tu je yang ikut seruan Rasulullah. Bila meniaga, style ambil kesempatan, tindas orang, tak jujur, bersaing secara tak sihat, zakat tak bayar, sedekah tidak, amal ibadah tah ke mana, nampak untung aje…
Kembalilah kepada yang asas… Meniagalah seperti para sahabat, untuk faedah ummah. Bila berniaga ni sebenarnya (sepatutnya) kita lebih dekat dengan Tuhan, yelah, bukan macam makan gaji, tiap2 bulan kalau tak buat kerja pun (selagi tak kena pecat), gaji masuk je.
Walau bagaimana pun memang seronok ada bisnes kecil-kecilan ni. Banyak benda baru boleh belajar, banyak jaringan boleh dibina. Yang lebih menarik bila kita sama-sama berkolaborasi dengan mereka yang menjalankan bisnes kecil-kecil (dan besar2 juga). Tak perlu nak saling menjatuhkan.. bila kita bersama-sama, lebih banyak peluang yang terbuka untuk kita. Koman-koman bulih tumpang glamour masuk TV, LOL.
Leave a Reply