Tips Menjadi Orang Positif Dalam Iman

admin Avatar

Bila sebut tentang orang beriman ni ada macam-macam jenis penafsiran yang dibuat oleh pelbagai pihak. Ada yang menilai ‘iman’ dari perwatakan luaran, ada yang ‘menilai’ iman dari ‘hati’. Tapi ape-apepun iman itu sesuatu yang abstrak dan susah nak disuluh. Ia adalah berkaitan dengan akidah dan kepercayaan kepada Yang Maha Esa.

Iman adalah percaya kepada benda yang tiada bukti kebenarannya (rukun Iman).

Rukun iman 6 perkara. Anda percaya? Percaya pada Allah? Percaya pada malaikat? Percaya pada kitab? Percaya kepada Rasul? Percaya kepada hari kiamat? Percaya kepada qada’ dan qadar?

Betul ke percaya? Nampak ke semua benda2 tu? Betul ke percaya ada malaikat yang sedang menulis setiap perbuatan kita? Kalau percaya kenapa masih lagi buat kerja-kerja yang Allah tak suka? Kan?

Kata orang putih “When proof is possible, faith is impossible“.

Inilah perkara paling asas dalam keimanan. Kenapa ramai orang murtad? Kenapa ramai orang buat maksiat? Kenapa ramai orang buat khianat? Salah satu sebabnya kerana dalam hati tiada ‘iman’ itu. Semua benda nak kena ada proof dan bukti. Tak nampak kan malaikat kanan dan kiri?

Tapi, bukanlah percaya kepada gossip, cerita2 fitnah, hantu, dan benda2 merapu yeah.

Iman adalah percaya dengan diri sendiri

Apabila Allah berfirman bahawa “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka” dalam surah ar-Ra’du ayat 11, maknanya mandat untuk mengubah nasib itu di tangan kita. Kita tak boleh tunggu rezeki jatuh dari langit tanpa berusaha, melainkan mungkin kalau termasuk dalam golongan wali, itu saya tak pastilah. Tapi bagi manusia biasa macam kita, nak berubah kena mula dari diri sendiri.

Percaya yang kita boleh buat, kerana bila Allah dah beri kita ilham, Dia pasti dah ada plan untuk kita settle-kan benda tu. Cuma kita aje lah.. nak ke taknak.

Iman adalah mula melakukannya!

Kita selalu cakap “Belum sampai seru..”, “Tak ada seru lagi”, “Belum dapat hidayah”… Macamana nak dapat/sampai kalau kita tak buat apa-apa.. cuma tunggu je. Kejayaan/hidayah/satu ketetapan tu bukan macam buah durian, tunggu2, bila dah masak, gugur. Kita pun boleh makan durian yang sedap. Tapi ia macam buah jering. Tunggu2.. sedar2 dah kering kat atas pokok. Nak kena panjat atau kait baru dapat.

Jangan bertangguh2 nak memulakan sesuatu. Dalam al-Quran ada menyebut ‘fastabiqul khairat’ bermaksud maka berlumba-lumbalah membuat kebaikan. Bolehkah kita bayangkan action berlumba tu macamana? Semua nak laju2, berebut2, bukan duduk rileks dan tunggu anugerah Allah datang dengan macam tu je.

Iman adalah memohon petunjuk dari-Nya

Allah telah menurunkan manual kehidupan kepada kita.. yang mungkin kita baca hari2 tapi dalam Bahasa Arab yang kita tak faham… jadi susah sikit nak ambil pengajaran, sebaliknya jadi azimat, penolak bala, peluas rezeki, etc. tanpa mengambil sebarang iktibar. Tak ada masalah baca al-Quran tanpa memahami isinya, tapi sayanglah sebab kita baca tapi tak faham… hari2 pemikiran kita terpesong sedangkan semua persoalan yang kita sedang cari dah ada jawapannya dalam al-Quran. (OK mungkin susah nak faham sebab banyak ayat2 mutasyabihat, tapi dah banyak alim ulamak keluarkan buku2 yang mengupas rahsia2 ayat al-Quran yang boleh kita baca).

Jadi pohonlah petunjuk Allah, dan berjalanlah di atas syariat-Nya. Sekadar yang kita tahu.. amalkan je ilmu yang kita ada. Orang yang beramal dengan ilmunya jauh lebih baik dari orang yang beramal tanpa ilmu.

Iman adalah memenuhkan periuk nasi orang lain, bukan mengosongkan atau menabur pasir

“Dan apabila seorang hambaku merencanakan melakukan suatu kebajikan, lalu tidak dilaksanakannya maka tuliskanlah baginya satu kebajikan. Tetapi jika dilaksanakannya, tuliskanlah baginya 10 hingga 700 kali ganda” (HR Ibnu HIbban & Abu Darda).

Subhanallah. Bayangkan kalau kita membantu orang lain dalam menghadapi kehidupannya, berapa ganda pahala yang Allah beri. Itu belum masuk sedekah jariah yang menjadi antara 3 perkara yang dibawa ke mati. Bayangkan macam ni.. kita bantu seseorang tu dalam bisnes kecil2 dia.. akhirnya dengan bantuan kita, dia berjaya melestarikan bisnesnya. Bukankah berterusan pahala mengalir2 kepada kita sampai kita mati. Menarik kan? Daripada kita dengki2, kenakan orang, tabur pasir… lebih baik kita tolong orang.

Iman adalah memilih yang terbaik

Islam menyuruh kita memilih yang terbaik.. Bermula dari asas kehidupan, baik dari segi makanan, pekerjaan, mahupun pasangan hidup. Kita bukan tong sampah untuk menerima benda yang buruk2 dan nasib yang buruk2. Pilihan itu ada di tangan kita. Kalau rasa hidup kita bernasib buruk, bukan salah takdir… cuba semak semula pilihan2 yang pernah kita buat dalam hidup.

Pilihan terbaik tentunya mengikut lunas2 yang telah digariskan.

Menjadi manusia positif adalah satu semangat. Semangat ini memberi getaran kepada orang2 keliling kita juga. Positif menarik lebih banyak perkara2 positif, kejayaan, khabar gembiram kekayaan dan sebagainya. Sebaliknya dengan manusia negatif… pasti susah nak menarik benda2 yang menarik dalam hidupnya. Apa taknya, semua benda dipandang pada sisi negatif.

Marilah kita sama2 menjadi positif dan berlandaskan keimanan pada Yang Maha Esa.

admin Avatar

3 responses to “Tips Menjadi Orang Positif Dalam Iman”

  1. naimulfirdaus Avatar

    panjang jugak artikel ni.
    menyebabkan saya yang suka membaca ni pun skip2 jugak bila agak dah faham ayatnya.(er, dua kali riyak!)

    apapun iman ni penting sangat. membezakan nilai amalan kehidupan muslim dan kafir.

    andaikata kafir, segunung amalan pun ganjarannya tidak sampai sebutir pasir.

    semoga Allah terus memilih kita untuk mati di alam agama Islam.

    ok, tahniah untuk artikel ini, dan mari buktikan kamu beriman.

    wassalam..

  2. Fara Avatar

    Berfikir secara optimis bukan pesimis. Sentiasa mengingatkan diri sendiri, masih banyak yang perlu kita tahu dan belajar untuk menjauhkan diri dari perasaan riak. Jauhkan diri dari sifat dengki-mendengki. Mensyukuri setiap rezeki yang kita terima. Berdoa rezeki yang murah untuk orang lain.

    Bukan mengondem.
    Bukan mengutuk.
    Bukan mengata.

    Saya ingatkan diri sendiri juga…..

  3. Bruno Avatar

    Sorry for the miscommunication. It’s kinda hard to exapiln this, but the way I understood is that, when a person becomes a monafigh they can’t change back because they won’t . In a way you could say that because they have already gone so deep into darkness it will be sooooo hard to change back, that you pretty much can’t .in a sense. But no, if a person really finds the true light back AND WANTS TO GO BACK AND TRULY DOES TAWBA, I believe that they could. Does that make more sense?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge