admin Avatar

Ini adalah berikutan permintaan ramai (lebih dari sorang tu kira ramailah) yang mahu memulakan blog, bukan blog untuk saja2 tapi blog untuk membuat sedikit $$$.

Mula2 kita kenali makna blog, apakah blog?

Blog berasal dari perkataan web log, yang bermaksud satu rekod tentang aktiviti harian, aktiviti, kegiatan, atau apa saja. Macam kita buat buku log masa ikuti pasukan pakaian beragam di sekolah dulu. Tapi ini dalam bentuk online.

Kemudian perkataan web log ni diubah suku katanya menjadi we blog, yang akhirnya dimudahkan menjadi blog.

Sekarang ni blog dah menjadi satu benda yang addictive hinggakan kebanyakan orang dah tak ada life lain selain blog dia. Apa2 yang dia alami sepanjang hari tu pasti nak ditulis dalam blog. Blog ni dia macam indie medium yang mana kita bebas nak buat apa, tulis apa, fikir apa… berbanding kalau dalam mainstream macma akhbar ke majalah ke, nak kena edit segala. Jadi blog ni sifatnya lebih jujur dan tidak bertapis sangat, ikut sedap rasa si penulis.

Blog boleh jadi tempat untuk tujuan yang macam-macam, tempat luahkan perasaan, berdakwah, cari kawan, kutuk orang, saja lepaskan boring, cari duit, cari market, cari populariti dan sebagainya. Apa-apa pun blog memang satu fenomena yang hebat.

Namun, untuk tujuan2 tertentu, ada benda yang perlu diketahui sebelum kita mula menulis blog, melainkan kita cuma tulis untuk bacaan sendiri. Bila nak tulis blog untuk buat duit atau populariti, kena selalu ingat kata kuncinya : TRAFFIK. Blog kita mesti ramai orang baca untuk dikenali. Kalau orang tak kenal, memang kita takkan ke mana-mana.

Oleh itu blogging ni bukan kerja satu malam. Untuk menjana traffik tu bukannya automatik. Kita kena bekerja keras supaya blog kita dikenali.

Infrastruktur Bagi Blog

Nak buat blog memang mudah. Mudah sangat! Percuma pula tu. Cuma perlukan komputer atau sebarang device yang boleh connect internet, talian internet dan sedikit kerajinan untuk menaip.

Antara blog platform yang biasa orang guna di Malaysia ni ialah Blogger.com dan WordPress.com. Lain2 ialah TypePad, LiveJournal dan sebagainya. Cuma logon ke website berkenaan, register, dan create a blog!

Buat Duit Dengan Blog

Saya dah banyak kali menulis tentang ni. Tapi saya nak spesifik tentang iklan di blog. Iklan ni secara amnya terbahagi kepada beberapa kategori : iklan CPC/CPM macam Google Adsense & Nuffnang, iklan berbayar yang mana pemilik perniagaan menyewa space iklan dalam blog kita, pay per post yang mana kita diberi iklan advertorial dan dibayar dari write up yang kita buat.

Seperti biasa untuk mendapatkan kesemua di atas tu, bergantung kepada trafik blog. Semakin ramai readers, semakin mahal lah harga blog kita. Seperti iklan di TV, bayaran pada waktu perdana sudah tentu lebih mahal dari waktu2 lain.

Iklan ni, kalau dengan GA atau NN, bukannya dengan letak code iklan tu kita dah dapat duit. Kena ada orang klik, untuk CPC dan kena ada certain jumlah yang dapat view iklan tu di bloig kita, untuk CPM, barulah kita dibayar.

Iklan yang dibayar terus oleh penjual pula, bergantung kepada berapa ramai pembaca blog kita. Kalau saya nak iklan pun, haruslah cari blog yang readers ramai. Kalau blog yang memang dah tahap lagenda punya famous, sampai beratus2 harga satu petak iklannya. Kalau 10? Kenyang~

Mendapatkan Trafik

Kalau buat blog, pastu tulis dan publish dan tunggu orang datang.. berjanggutlah jawabnya. Market blog ni macam jual barang. Bayangkan kat sekeliling kita ni ada beribu2 buah kedai.. macamana kita nak tarik orang supaya datang ke kedai kita? Mestilah kena promosi habis-habis. Cara paling mudah dan menjimatkan ialah bloghop/blogjog/blogwalk, whatever the term is, iaitu melawat blog orang lain dan tinggalkan komen.

Jangan putus asa kalau hari ni cuma 2 orang yang masuk blog kita… blogger-blogger yang terkenal dan berjaya hari ni tu, mereka tidak mula berblog 3 hari lepas. Bertahun2 mereka bina empayar blog mereka, takkan la kita nak famous dalam masa sehari? Lainla kalau kita ni Diana Danielle ke, mungkin tak ambil masa lama untuk dapatkan trafik yang tinggi untuk blog.

Bersambung next entry untuk ‘Apa Nak Tulis Dalam Blog;.

admin Avatar

9 responses to “Apakah Blog”

  1. eliss Avatar

    info yang menarik utk beginner..
    .-= eliss´s last blog ..Tips Menentukan Tahap Kesegaran Encik Crab =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hopefully. otai tak boleh aaa hehehe. very basic ma..

  2. sitisifir10 Avatar

    Boleh tak nak jadi mcm Diana Danielle…dah berkurun dah berblog ni, jgn kata duit tak dapat, glamer jauh sekali…huhu
    .-= sitisifir10´s last blog ..Tak Baik Jelir Lidah Walau Apa Pun Anda -D =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tak boleh. dia seksi 😛

  3. mamaqis Avatar

    wah! info yang best! thanks mommy lyna:)
    saya ni pun baru je start tulis blog. tak sampai setahun pun lagi. asyik baca blog orang je, so terus terpk nak tulis blog sendiri.
    tujuan utama, untuk kenangan in future, takut terlupa saat2 manis and nak tambah kenalan:)
    nak buat duit tu, still a looooooong way to go. ye la kan, baru je start
    .-= mamaqis´s last blog ..What a Surprise- =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hehehe boleh boleh. orang kata pelan2 kayuh. who knows lepas ni jadi blogger ternama kan? 🙂

  4. fid Avatar

    ngeh
    saya ada blog banyak saya tak juga buat emas berblok blok ish ish
    erkkkk

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      cuba baca entry saya seterusnya lepas ni. ewah

  5. bulatdz Avatar

    wow..bagus info,boleh blaja slow2 ni..follow the leaders..thanks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge