Petua Banyakkan Susu Badan

by admin on July 7, 2010 · 20 comments

Penghasilan susu badan adalah sesuatu mekanisma yang unik. Ia bukan seperti tangki air yang boleh diisi bila2 masa, apabila kosong, dan dikeluarkan apabila penuh. Ia bukan seperti underground water yang sentiasa ada di situ. Bukan juga macam air paip yang boleh ditadah bila2 masa.

Susu badan dihasilkan oleh dua jenis hormon iaitu prolaktin dan oxytocin yang dihasilkan di kelenjar pitutari. Hormon prolaktin ialah untuk menghasilkan susu, dan hormon oxytocin adalah untuk mengeluarkan susu yang terhasil tu. Hormon estrogen adalah hormon yang membuatkan hormon prolaktin berada di tahap rendah, hormon ni tinggi semasa mengandung. Tidak hairanlah kalau semasa hamil, susu jadi semakin kurang.

‘Kegiatan’ hormon dalam badan kita amat unik. Semuanya ada saling perkaitan. Contohnya jika kita stress, hormon yang terhasil semasa stress ni menyebabkan oxytocin berada di tahap rendah, dan membuatkan susu menjadi kurang. Bila baby menghisap di payudara/mengepam, prolaktin akan dirangsang. Bila kita gembira, oxytocin akan meningkat, susu akan terhasil banyak dan kita akan kurang rasa kesakitan.

Ingat tak masa bersalin, bila baby keluar je terus hilang sakit dan rasa sangat gembira. Dah lupa sakit contraction, silap2 rasa nak satu lagi baby. Itu sebab selepas baby keluar, hormon oxytocin merembes menjadikan kita gembira.

Berdasarkan fakta di atas, cara-cara untuk banyakkan susu badan, antaranya:

1. Sentiasa gembira dan tenang. Ingatlah bila stress kita akan depress hormon susu ni. kena selalu happy :D

2. Jauhi stress. Eh, sama je macam no 1 kan :) Jauhi stress dan punca stress. Kalau rasa kerja kita stress, mungkin kita perluka time out sesekali.

3. Banyakkan direct feeding. Bila baby ada dengan kita, tak perlu nak berikan susu dalam botol. Walaupun kita bawa baby keluar, pakailah baju yang sesuai untuk menyusu, (contohnya Bling Buubies :D). Tak perlu susah2 nak kena pam, bawa susu, panaskan semua… atau pun boleh pakai nursing cover.

4. Kerapkan menyusu di waktu malam. Ada ibu yang taknak bangun malam, dia sediakan EBM so that suami boleh bangun dan susukan baby. This is not a good practise. Rangsangan pada waktu malam adalah yang terbaik kerana hormon prolaktin di tahap tertinggi. Susukan bayi anda pada waktu malam. Jangan berkira sangat, suami boleh tidur sedap2, kita kena bangun susukan anak… Ibu yang bangun malam untuk anak, pahalanya berganda2. Nak tidur ke nak pahala? :D

5. Ambil makanan yang tinggi vitamin B, atau ambil supplement termasuk B Complex. B Complex berfungsi untuk melancarkan sistem saraf, menstabilkan hormon, mengurangkan stress… Sekaligus mengurangkan potensi hormon stress untuk mengganas. Bila hormon stress rendah, hormon oxytocin akan meningkat, sekaligus membanyakkan susu badan.

Makanan penambah susu memang banyak. Tapi, tiada gunanya makan macam2 milk booster kalau tiada rangsangan i.e. hisapan baby dan pam.

Baby taknak menyusu direct, memang banyak kes macam ni. Ada ibu yang mengambil langkah terus berhenti menyusukan. Ada yang berjumpa pakar berkenaan, dan ada juga yang exclusive pumping.

Biasanya penyebab bayi enggan menyusu secara terus dari payudara ibunya ialah:

– Bayi mengalami masalah sesak nafas, hidung tersumbat dan sebagainya yang membuatkan dia tak selesa untuk menyusu.
– Bayi mengalami keliru puting kerana diberi botol terlalu awal.
– Bayi mengalami tongue tie atau mempunyai frenulum linguae yang pendek.
– Bayi mengalami masalah seriawan mulut atau thrush menyebabkan mulutnya sakit untuk menyusu.
– Susu ibu mengalir terlalu laju hingga bayi tidak dapat mengawalnya.
– Teknik penyusuan yang tidak betul.
– Keadaan ibu yang stress.

Untuk mengelakkan perkara di atas berlaku, seorang bakal ibu hendaklah mencari info dan maklumat tentang penyusuan berjaya sebelum dia sendiri menyusukan anak, dan keep in touch dengan ibu-ibu menyusu lain yang berjaya menyusukan bayi mereka.

Kadangkala kegagalan menyusu adalah dari sikap ibu sendiri.

– Menganggap jika tiada susu yang keluar semasa mengandung, maka dia tidak dapat menyusukan anak. Ini adalah salah. Susu yang keluar semasa mengandung tidak ada hubungan dengan susu yang dihasilkan selepas kelahiran anak.
– Terlalu stress untuk melihat susu mengalir keluar sebaik saja bayi dilahirkan. Biasanya susu matang (susu betul) mengambil masa 3-7 hari untuk terhasil. Sebelum itu ibu menghasilkan kolostrum yang amat bernilai untuk bayi.
– Menganggap bayi kelaparan bila asyik menangis. Bayi mempunyai 1001 sebab untuk menangis, bukan kerana lapar semata.
– Tidak sabar bila bayi menyusu terlalu lama. Menganggap susu tiada kerana itu bayi melekap lama.
– Tidak cukup keazaman, doa dan harapan untuk terus menyusukan anak.
– Membanding-banding dengan orang lain dan bayi lain. Setiap individu adalah unik.

Selamat bersiap sedia untuk menyusu!

Share Button

{ 19 comments… read them below or add one }