Apa Sudah Jadi Dengan My Super Kids???

admin Avatar

Saya menerima feedback dari seorang kipas-susah-mati My Super Kids. Katanya “Apa sudah jadi dengan My Super Kids? Dah makin kurang sentuhan keibuan”

Opsss. Feedback itu membuat saya berfikir sejenak. Sentuhan keibuan yang bagaimana lah agaknya. Rasanya tatkala menyentuh keyboard ni saya masih lagi tetap seorang ibu yang bakal beranak 3. Apakah sentuhan keibuan di blog saya?

Mungkin kerana entry-entry saya kebelakangan ini lebih kepada isu-isu global dan glokal, tapi tidak kepada kisah anak-anak, keibubapaan yang santai, penyusuan dan sebagainya. Jika ada pun mungkin sekali-sekala saja. Malah cerita kehamilan ketiga ini pun jarang saya utarakan, hinggakan ramai yang tahu saya sebenarnya dah 37 minggu 🙂 tak macam dulu-dulu excited je nak cerita itu ini.

Bukanlah saya tidak berdebar atau tidak tertunggu-tunggu kedatangan arjuna ketiga ini. Mungkin saya tidak mahu terlalu obses, let it go with the flow. Kalau nak diceritakan, kehamilan kali ni sangat2 jauh berbeza dengan yang lepas-lepas. Pertama kali berat saya naik berbelas-belas kilo… berbanding semasa hamil anak pertama cuma 8kg saja di kala 39 minggu. Apa lagi anak kedua, agaknya baru mencecah 50kg saja. Tapi kali ni dengan gembiranya berat badan saya melonjak ke hampir 20kg tambahan! Apa nak buat, setiap hari makan coklat, mana badan tak bulat (wah macam pantun pula :D).

Persiapan… saya seorang yang simple. Dan saya percaya anak saya tak bersedih hati gundah gulana hanya sebab saya beri dia pakai barang-barang abangnya. Mungkin beliau bertambah gembira kerana itu bermakna lebih banyak dana untuk beliau di masa depan, dari memperbanyak koleksi barangan bayi yang boleh diguna semula – kalau dapat hadiah tu lain cerita 😉 Jadi persiapan lebih kepada perkara-perkara yang perlu saja.

Mungkin kerana faktor usia (konon matanglah), atau faktor fokus yang lebih ke arah lain. Bayangkan saja 13 Mac ini, 9 hari ke EDD saya, di Scriptory Box masih ‘berparti’ Kelas Penyusuan Susu Ibu Interaktif. Apa yang interaktifnya? Aha, kena lah datang sendiri. Atau, mungkin saya secara perlahan-lahan nak ‘mengeluarkan’ anak-anak saya dari dunia ‘blogger’ ni. Bajet femes lah kan. Macam artis baru keluar satu album dah berlagak poyo :–P

Hmm.. saya berfikir sejenak. Adakah saya sebenarnya yang hilang sentuhan keibuan sejak akhir-akhir ini? Atau saya mempunyai banyak perkara di dalam kepala untuk dikongsikan, lalu tertinggal pula kisah-kisah tentang anak-anak saya yang semakin hari semakin bijak. Tengok.. memang banyak sangat benda sampai tak tersusun jadinya.

Banyak benda dalam jadual saya ni. Sampai ada yang tegur “Tak ingat nak beranak ke?”. Ini lah semua saya lakukan untuk anak-anak saya..

OTOH, adakah saya perlu pulang ke pangkal jalan dan kembali kepada tema asal ‘my super kids’? Tapi.. sebenarnya super kids itu sangat luas definasinya.. blog ini juga super kids saya. Daripada tak ada apa-apa, sekarang ia dah berkebolehan untuk menawarkan Apple iPad percuma. Tak ke super tu? LOL.

*Saya nak cadangkan kepada si pemberi feedback supaya menulis satu artikel ‘Saya Mahu Sentuhan Keibuan Dari Blog My SuperKids’ tapi beliau tak ada blog pulak dan katanya tak minat nak ber-blog 😀 Kalo tak, mana tahu boleh menang iPad free kan?

Apa pula kata anda? Apa yang anda mahu dari blog My Super Kids? Ke nak iPad percuma je? 😀

admin Avatar

8 responses to “Apa Sudah Jadi Dengan My Super Kids???”

  1. anajoe Avatar

    huhuhu…naik 20kg? wahh hebat betull…hek3

    mesti majo kate nk apple ipad nihh…haha.xp kami perempuan still mahu sentuhan keibuan dr superkids. baru superb!

  2. lissa Avatar

    takpe sekarang badan naik.. time ni la kita nak beriya-riya makan… aiskrim satu balang satu hari pun takpe asal tak diabetic udah.. :p

    pantang nanti, kita keep shape balik.. senang je nak kurus cam kita cakap dlm entry kita yang lepas.. tips kuruskan badan lepas bersalin 😛

  3. SAHROM Avatar

    assalamualaikum..

    saya tak pasti apa pembaca lain nak tapi saya suka mommy cerita hal yang berkaitan isu-isu semasa, global, yang dekat dgn kehidupan kita seperti harga rumah naik.
    mungkin saya sebagai pembaca baru tidak berapa mengenali gaya penulisan mommy lyna tetapi antara artikel yg saya suka baca ialah tentang harga rumah dan emas tue..
    banyak info yg sy dpt..
    trime kasih ya

  4. sue Avatar

    hurmmm…tiba-tiba dapat satu idea!

  5. Fawwaznuha Avatar

    dalam 37wks pon masih ligat lagi mommyLyna ni..mmg salute la ^^

  6. NUR Avatar

    si arjuna.. bila nak keluar dari perut Mommy Lyna tu?..ALL IN ONE

    memang nak iPad percuma je.. erk.. lari2…

  7. syu90 Avatar

    erm..
    nak ape lg ye?
    Ipad je kot..
    hee~

  8. heliantuse Avatar

    Pada saya, blog Mommy Lyna ni pembacanya tak kira peringkat. Saya suka bila Mommy Lyna cerita pasal kewangan. Tapi mungkin ada yang memerlukan sentuhan keibuan. Jadi, sekali-sekala kena layan audiens yang macam-macam ragam ni kan.

    Apapun, semoga Mommy Lyna & arjunanya selamat. Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge