Satu ketika dulu saya pernah risaukan bagaimanalah Fahry nak solat ya.
Maklumlah, dilahirkan tidak berkaki sebelah membuatkan saya rasa ‘ragu-ragu’ sikit dengan keupayaan saya dan keupayaan beliau sendiri.
Fahry rupanya pandai menggunakan apa yang ada padanya. Dia solat (cuma buat gerakan saja) dengan cara duduk, lengkap dengan rukuknya sekali, membuatkan saya rasa “OK, surrender” dengan prejudis yang lahir dari sanubari saya.
Bukan tidak percaya kepada anak sendiri, tapi bila ada anak yang sebegini, membuatkan saya tak mengharapkan sesuatu yang besar daripada Fahry. Namun ternyata saya silap. Fahry terlebih dahulu menunjukkan keupayaannya melebihi imaginasi saya.
Saya juga pernah ‘mengakui’ yang Fahry agak ‘lambat’ dalam ‘akademik’. Tapi dia dah buktikan dengan membaca beberapa perkataan 3 huruf yang simple di depan saya T_T
Malah pergi ke mana-mana kami tak risau tentang Fahry kerana dia pandai berdikari dan bijak bergaul.
Rasa gembira ini saya nak kongsikan dengan semua. Siapa yang tak gembira kan, bila anak kita menunjukkan prestasi yang kita tak pernah jangka.
Ish, tak patut rasanya saya ‘memperkecilkan’ Fahry. Walaupun dia anak saya tapi hakikatnya dia adalah anugerah amanah Allah yang tak terbanding. Begitu juga anak-anak lain. Keupayaan mereka pastinya melebihi imaginasi kita. Cuma sebagai ibu bapa kadangkala kita me-limit-kan perkara itu kerana sebab2 tertentu. Namun anak2 dilahirkan dalam keadaan fitrah, jadi sebagai ibu bapa kita seharusnya membawa mereka kembali kepada fitrah, iaitu sebagai khalifah, bukan hidup sekadar sekolah-kerja-kahwin-beranak-mati.. atau lebih teruk lagi hidup menyusahkan orang.
Apa dan siapa pun anak-anak kita (dan anak orang lain pun), mereka adalah sangat istimewa.
Leave a Reply