Kalau bercakap tentang penyusuan susu ibu.. tips tambah susu adalah topik paling hot lagi panas. Tambah lagi sekarang ni menjadi “trend” ibu-ibu menyusukan untuk membuat stok susu beku beratus-ratus botol (atau beratus-ratus plastik). Malah menjadi kebanggaan bila stok susu yang sangat banyak sampai tak muat peti ais, beli deep freezer, pun tak muat juga. Sampai terpaksa tumpangkan di rumah saudara-mara. Begitu banyak susu ibu yang dibekukan, hingga tempoh simpanan dah melebihi expiry date.
Adakah ia perlu? Kadangkala amalan ini memberi mesej SALAH kepada sesetengah ibu, misalnya “Aku tak dapat buat stok susu beku berpuluh-puluh botol, nampaknya tak dapatlah aku fully breastfeed”. Sesungguhnya tidak. Selagi ibu boleh menyediakan susu bekalan untuk anaknya sepanjang masa bekerja, ibu itu bakal berjaya menyusukan anaknya. Namun, menyediakan stok susu beku sebelum naik bekerja sangat-sangat recommended untuk menghadapi hari-hari ‘ketandusan’ misalnya tak sempat pam, susu merudum (mungkin sebab period), ibu sakit dan sebagainya. Tapi sampai beratus-ratus? Tak perlu pun.
Hingga ada ibu-ibu yang stok susunya sudah expired kerana overloaded. Katakanlah seorang ibu dapat pam 55oz sehari, sedangkan anaknya cuma minum 10oz sahaja… Bayangkan berapa banyak stok susu beku yang berjaya disimpannya. Namun tak perlu risau kiranya anda termasuk dalam golongan “ibu terlebih susu” tersebut. Mungkin anda boleh “kongsi” kelebihan anda dengan menyertai Human Milk for Human Babies, sebuah pertubuhan yang menjadi platform untuk membekalkan susu ibu kepada bayi-bayi yang memerlukannya = ibu susuan. Jadi, kalau anda rasa sayang nak bazirkan susu-susu yang banyak tu, boleh berikan kepada bayi lain dan menjadi ibu susuan.
Ini jua sebagai alternatif kepada ibu-ibu yang mahu memenuhi tuntutan penyusuan sehingga usia 2 tahun sedangkan dia sendiri tidak mampu, iaitu dengan mencarikan ibu susuan kepada anaknya.
*terdapat banyak persoalan tentang ibu dan anak susuan, terutama soal identiti ibu bapa, bayi, etc. Namun JAKIM ada jawapannya, akan kita kupas dalam entry lain.
Berbalik kepada susu banyak berkoyan-koyan… Siapa yang tak mahu? Terutama bagi yang sedang mengalami masalah susu merudum.
Nak ke?
😀
Kita ada Triple M tau.
Leave a Reply