,

Syarat Utama Nak Buat Side Income

admin Avatar

Apa syarat utama nak buat side income?

Modal? Masa? Minat?

Ya, semua tu memang perlu, tapi kadang2 tak perlu pun. Modal.. memang kena ada modal, tapi ada jenis bisnes yang tak perlukan modal. Misalnya jadi affiliates atau ejen jualan. Masa.. memang kena ada masa, tapi ada juga bisnes yang tak perlukan masa. Misalnya benda yang kita boleh outsource. Minat… ya, minat memang penting. Tapi ada je orang buat bisnes walaupun dia tak minat.

Jadi apa syarat utamanya?

Syarat utamanya ialah TAK PANDAI BUAT ALASAN.

Semua benda kat atas tu, sebenarnya semua orang boleh ada, dan boleh diadakan.. tapi bila PANDAI BUAT ALASAN, semua benda jadi tak boleh.

Sibuk? Semua orang pun sibuk. Semua orang pun ada masa 24 jam je.

Saya rasa buat side income ni adalah datang dari diri sendiri. Tak ada orang paksa kot, lagi2 sebab dah ada pendapatan tetap. Tapi kadang2 tu bila dah memulakan side income sama ada bisnes atau pun buat kerja lain, ada time2 yang kita down dan rasa macam tak boleh nak buat. Saya pun ada rasa macam tu. Kadang2 rasa nak stop je semua benda ni, penat. Tapi bila difikir2, semua perjuangan tu akan ada onak durinya. Kalau nak senang je setiap masa, payahlah. Bisnes pun ada untung, ada rugi. Saya pun pernah operate on losses, tapi kita kena measure la. Sejauh mana kita boleh bertahan dengan losses, dan apakah exit strategy kita.

Kadang-kadang bila kita banyak sangat alasan, ia boleh menjatuhkan motivasi orang lain juga. Sebab tu agaknya saya tak suka meluahkan perasaan dalam blog saya (walaupun blog peribadi), hinggakan hampir semua orang ingat kehidupan saya sungguh mudah 🙂 Tidak, semua orang ada masalah. Tapi sejauh mana kita menzahirkan dan menguruskan masalah kita tu, itulah bezanya.

Jadi sebelum anda mula berazam nak buat side income, tanya diri sendiri sejauh mana kepintaran anda dalam membuat alasan. Alasan ni kalau nak di-listkan memang tak habis. Saya pun ada banyak alasan atas segala benda yang belum selesai. Especially contest iPad (ke ada yang dah lupa, LOL). Jangan risau, saya sedang mengatur strategi sebenarnya, bagaimana nak jadikan contest ni lebih menarik. Stay tune ya!

Kepada anda di luar sana yang sedang mencari side income yang sesuai, terutama ibu-ibu, nantikan Bengkel WoHoWo yang akan disambung semula bermula Jun/Julai ini. Insya-Allah akan lebih padat dan mantap. Tapi ingat, berlatih kurangkan membuat alasan dulu 😉

buat duit

admin Avatar

5 responses to “Syarat Utama Nak Buat Side Income”

  1. SAHROM Avatar

    mesti ipad tue nak ditukar i pad2 kan hehehehheee

  2. ilihazz Avatar
    ilihazz

    yeay !!! saya la antara org yg menantikan Bengkel WoHoWO.. 🙂

  3. Ramli Avatar

    Apa itu bengkel WoHoWo..terang skit..

  4. kemma Avatar

    minta copy ye…sy nak share kat note fb..nak up smgt pon sme….tq

  5. nisa Avatar

    rs mcm nk involve je dlm wohowo tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge