Sekarang macam trend ibu-ibu muda yang menjadi surirumah, bukan semata-mata duduk di rumah, tapi menjadi WAHM (work at home mum). Malah ramai ibu yang berhenti dari kerja makan gaji di pejabat untuk bekerja dari rumah, atau buat kerja sendiri berkonsepkan home based.
Adakah kerja dari rumah ini lebih bagus dari kerja di pejabat?
Pastinya bagi yang dah merasainya, mempunyai pelbagai pendapat, pahit, manis, maung…
Walau bagaimanapun there are always two sides of the coin. Sisi gelap kerja dari rumah pasti ada di sebalik keseronokan mengawal dan mengurus masa sendiri.
Sisi Gelap 1 : Disiplin
Bagi yang kurang disiplin, ini adalah satu benda yang boleh membunuh! Terutama yang membuat bisnes sendiri tanpa ada timeline dari customer. Tak ada tekanan untuk bila untuk bermula, dan bila dah mula pun tak ada tekanan untuk bila nak berhenti. Jadi bagi yang kurang disiplin tu, mesti latih diri untuk berdisiplin.
Sisi Gelap 2 : Bertangguh
Ada kaitan dengan no. 1 di atas. Bila tak ada bos nak marah, atau beri dateline, jadilah sekejap sana sekejap sini. Sudahnya tak terbuat. Bila asyik bertangguh, jadilah kerja sedebuk nak dibuat. Akhirnya penat, bila penat mula lah stress. Jangan jadikan anak-anak sebagai mangsa stress udahla ye.
Sisi Gelap 3 : Pencuri Masa
Bila dah namanya duduk di rumah, macam-macam benda yang ada.. TV lah, internet tanpa had lah, DVD player, katil, dan macam2 lagi. Kadang2 nak nap, jadi tido berkeroh berjam-jam. Kadang-kadang nak relax tengok drama 30 minit, tertengok movie yang 2-3 jam.
Sisi Gelap 4 : Komitmen Keluarga
Kebanyakan WAHM menjaga anak di rumah sendiri. Kadangkala banyak masa untuk bersama dan melayan anak. Lebih2 lagi bila beranak ramai. Belum masuk kerja rumah yang perlu diselesaikan.
Kesan buruk dari sisi gelap itu ialah kerja yang tak siap-siap. Akhirnya WAHM/WAHD hanya pada nama saja.
Jangan risau, setiap sisi gelap itu adalah perkara yang boleh diatasi.
Bagi merekan yang merancang untuk berhenti dari kerja rutin di luar rumah untuk menjadi WAHM, harus mengenali sisi gelap tersebut agar persediaan awal dapat dibuat. Afterall semuanya bermula dari dalam diri sendiri. Motivasi yang tinggi diperlukan sebelum membuat keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan home based business. Kerja dari rumah ni memang seronok, tapi kalau terkena pada sisi gelap ni, boleh membuatkan kita tersungkur terus.
Apa pendapat mereka yang berjaya mengharungi sisi-sisi gelap tersebut? Dan mungkin ada lebih banyak sisi gelap untuk dikongsi?
Leave a Reply