Bila sebut tentang pendidikan awal kanak-kanak ni, kadangkala ia menjadi isu yang subjektif. Sama lah seperti isu penyusuan, percanggahan pendapat pasti ada untuk individu yang berbeza. Dalam konteks pendidikan awak kanak-kanak, mungkin kebanyakan ibu bapa terus terfikir tentang taska terbaik, tadika terbaik, sekolah terbaik, dan sebagainya. Namun pada pendapat saya, pendidikan awal kanak-kanak adalah sesuatu yang kita terapkan di rumah, sama ada dari segi akademik, sahsiah mahupun sosial.
9 Januari yang lalu, saya telah menghadiri seminar Pendidikan awal Kanak-Kanak di GBOB (Genius Baby on Board) yang berpengkalan di Wisma Bling Lustre, Puchong. Seminar yang nama pendeknya ECE (Early Childreen Education) ini dianjurkan oleh GBOB, sebuah pusat perkembangan awal bayi dan kanak-kanak. Apa yang menarik dan unik tentang pusat ini ialah, ia mengutamakan pengelibatan ibu bapa.
Saya menghadiri kelas ini untuk menggali apakah rahsia di sebalik kejayaan pemilik GBOB, Puan Watie yang berjaya melahirkan bayi yang boleh membaca di usia 5 bulan! Nampak tak logik dan “kesiannya kecik2 dah kena dera belajar..” tapi sebenarnya it’s never be like that. Anak-anak ini sudah terbiasa dengan gaya hidup sedemikian dan membaca/melakukan aktiviti sebegitu adalah perkara yang amat digemari mereka.
Saya ke sana ditemani bodyguard saya, Hafiy (he’s more attach to me than hsi brother).
Seminar ini dibuat di bilik seminar GBOB yang santai dan selesa. Perseta boleh pilih samada nak duduk di sofa atau kerusi bermeja. Nak duduk atas lantai pun boleh. Ia direka sedemikian rupa supaya peserta tak rasa stress nak habiskan kelas. Malah kelas yang sepatutnya tamat jam 2 petang mencecah hampir jam 4 petang.
Secara amnya seminar ni memberi idea kepada ibu bapa tentang pentingnya stimulasi terhadap anak-anak, bermula dari dalam kandungan lagi, hinggalah mereka besar. Ia juga menolak idea bahawa “Hantar sekolah A anak akan jadi bijak” kerana kalau kita lihat di sekolah terbaik pun, ada pelajar yang pintar, ada yang sederhana dan ada yang sedikit lambat.
Oleh itu, GBOB banyak menekankan tentang pendidikan awal kanak-kanak yang bermula dari rumah.
Ibu bapa yang bekerja mungkin memberi alasan tiada masa untuk mengajar anak di rumah, namun di Seminar Pendidikan Awal kanak-Kanak ini, pasti memberi satu idea baru kepada ibu bapa bekerja ni.
Seminar ini berbentuk santai, lebih kepada komunikasi dua hala. Di samping penerangan yang diberi oleh Puan Watie, peserta digalakkan berkongsi pengalaman dan praktik bersama anak-anak di rumah.
Seminar ini juga mesra keluarga. Selagi tak mengganggu peserta lain, peserta seminar dibolehkan membawa anak-anak. Namun kalau anak yang masih kecil dan ada kemungkinan untuk menangis dan kacau orang lain, dinasihatkan tidak bawa bersama, atau tinggalkan di ruang bermain khas untuk anak-anak bersama pengasuh yang dibawa bersama.
Selain dari memberi ‘ceramah’, Puan Watie juga mengadakan demo ringkas untuk membuat stimulasi kepada anak-anak di rumah. Menggunakan teknik flash card dan stimulasi rangsangan yang merangkan fokus bayi, anak Puan Watie sendiri mula membaca sebelum usianya mencecah 6 bulan!
Pada hari tersebut juga, GBOB ditemuramah oleh RTM 1 untuk rancangan IKS@RTM 1. Insya-Allah satu Malaysia akan dapat menyaksikan sendiri dan mendengar dari Puan Watie sendiri tentang GBOB dan pendidikan awal anak-anak dalam rancangan tersebut yang dijadualkan ke udara Februari ini.
Ibu bapa yang mahu tahu dengan lebih mendalam tentang:
- Cara merangsang bayi dari awal
- Menggalakkan anak mencintai ilmu
- Membentuk budaya ilmu di rumah
- Menjadi ibu bapa yang lebih tenang dan sabar dalam mendidik anak-anak
- Anak boleh membaca sebelum usia setahun
- dan banyak lagi tips-tips yang best!
Lawatilah website Genius Baby on Board, atau bacalah kisah anak-anak genius Puan Watie di blog peribadi beliau, My Genius Qarissa & Quzayra.
Untuk bulan Februari ni GBOB akan mengadakan Bengkel Stimulasi dan Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak.. pastikan anda tidak ketinggalan ya! Best!
Saya suka sangat dengan seminar sebegini. Rileks, tak stress dan semua dah tersusun, tunggu nak kutip je ilmu tu. Walaupun anak nak masuk 3, tapi banyak benda dalam ilmu keibubapaan yang kadang2 kita buat tak peduli, rupanya itulah benda yang penting dalam perkembangan anak-anak.
Oh ye, kepada pembaca Pa&Ma, ada hadiah menarik dari GBOB tau!
Leave a Reply