Gejala Copy Paste yang Melarat, Tak Larat, Kau Mmg Deboom!

admin Avatar

Sejak teknologi komputer dan Internet berkembang pesat, kita terdedah dengan gejala copy paste yang makin berleluasa. Kenapa copy-paste ni saya katakan gejala? Sebab buat orang kompius sumber sebenar idea & penulisan yang mereka baca sampai tak tahu apa basis apa-apa statement.

Contoh paling mudah, kalau student copy paste statement gempaq daripada artikel Prof dalam Internet. Bila dicabar tentang pemahanannya, student tu kantoi tak dapat nak jelaskan. Sebab malas nak pikir tapi nak lulus, maka terjadi isu graduan β€˜lesu minda’; not to mention kualiti IPT negara kita juga terjejas sebab hasil penyelidikan yang tak betul2 solid.

Dikalangan rakan-rakan, antara luahan yang saya terima:

  1. Orang copy paste artikel dalam blognya dalam email untuk diforward ke orang lain tanpa kredit sumber asal. Kantoi sebab ada hyperlink dalam artikel tu ke blog asal.
  2. Wartawan majalah ternama copy paste salah satu artikel dalam blognya bulat-bulat. Bukan saja tadek kredit sumber asal, malah β€œditulis oleh (wartawan majalah xyz)” lagi.
  3. Peniaga online copy paste bulat2 blog (header, konsep, content etc) pesaing yang dianggap berjaya; sebelum diubah mungkin selepas ditegur sebab obvious sangat.
  4. Kenalan sendiri copy paste model perniagaannya bulat2 (teks jualan, harga, gambar produk etc kecuali hubungi siapa) dalam Facebook.
  5. Copy paste design T-Shirt lepas korek maklumat mana nak dapat T-Shirt murah tapi kualiti bagus, khidmat printing mana yang bagus etc sebagai anonymous kepada pemilik asal kemudian jual murah by RM1.

Kesan negatif kepada pembaca/pengguna:

  1. Orang yang dah baca tapi perlukan penjelasan lanjut, tak tahu nak tanya siapa.
  2. Kualiti penulisan wartawan dalam majalah tak konsisten buat kita mudah keliru.
  3. Kita tertipu dengan membayar peniaga copy paste (macam beli barang mudah rosak China) dengan harga premium.

Punca utama sebab orang kita belum pandai menghargai nilai kreativiti di samping undang-undang plagiat yang belum difahami. Bagi golongan yang suka copy paste, idea is free dan boleh ditiru sesiapa; macam software or video cetak rompak gak la. Kesan jangka panjang, masyrakat kita gagal dibina oleh asas pengetahuan yang kukuh; kalau makin ramai yang copy paste.

Salah ke copy paste? Bagi saya tak salah kalau kredit sumber asal masih dikekalkan. Selain menggalakkan penulis asal berkarya kreatif, pembaca juga hormat kita sebagai warga beretika. Perasaan hormat akan create trust yang tak ternilai harganya; wic to me is the most important aspect in life, kepercayaan.

Bagi peniaga jangan sesekali copy paste tanpa kredit. Bagi saya, ini hanya akan menjatuhkan maruah kita sebagai peniaga tak beretika sekiranya pelanggan atau bakal pelanggan dapat tahu kita main copy paste. Selain itu, ini juga memberi impresi produk kita tak asli dan jenis 2nd or 3rd grade quality. Tak bagus untuk perniagaan kita, juga negatif kepada air muka kita sendiri.

Apa-apa pun, i think it goes back to how much we value our-self/business.

Tagged in :

admin Avatar

11 responses to “Gejala Copy Paste yang Melarat, Tak Larat, Kau Mmg Deboom!”

  1. fid Avatar

    ai copy paste ya..kahkahkahkah

  2. kambingbujang Avatar

    Alhamdulillah until now, kalu ada org nk copy & paste few article from our blog dorang akan link back or mintak permission. same goes to me. kalu copy gambar from mr google, musti copy link back to them

    rasenya ini adalah basic etika yg perlu kite comply so that xder la isu saman menyaman ckp article tue kite punya, eh tu article kite.. πŸ˜€

  3. nanak Avatar

    i nak cnp yg ni.eheheheeee

  4. Coffee Mama Avatar

    Memang banyak kes copy paste ni. One of my friends buat biz online, so dia ada la letak gambar2 product contoh. Tetiba, ada orang copy sebijik2 semua product dia tanpa credit. Dia dapat tau coz one of her blog reader inform her.

    Nak lagi hebat, curi identiti pun ada. Letak gambar orang lain dan mengaku itu dia. Kantoi bila kawan2 inform kat pemilik muka asal..Haih..memang macam2 hal!

  5. z@m Avatar

    Di kalangan home bakers pun, byk jenis yg dicuri gmbr-nya. Pastu pencuri buat iklan brgn sama/class sama di blog dia pulak. Kesian. Sy sendiri pernah terkena. Mmg sakit hati betul lah. Paling sy tak paham, dia bisneswoman berjaya. Siap berenti kerja buat bisnes full time tu. Tp masih nak tiru ayat dlm blog sy. Lg tak paham, sesama melayu ni. Sampai hati dia yek.

  6. MFG Avatar

    nasib baik aku letak sumber asal kalo nak copy paste..kekekekek

  7. zik Avatar

    credit kena bagilah… tapi kalau perniagaan tuh seboleh-boleh nya kena tukar banyak… jangan ambil mudah…

  8. Mommy Of Q's Avatar

    eleh ..ko pun banyak copypaste aku punya entry lagi mau citer banyak …(dengan jelingan eksen ..)

    *** va va va …habislah pasni penyokong tegar ko bakaprLappy aku … larikkkkk****

  9. apis Avatar

    suka tips2 dan bahan yang ditulis πŸ˜‰ thanks….

  10. aRninas Avatar

    Ada free software utk elak orang copy paste blog content kan? kalau tahu boleh lah sama-sama share kot. Saya ni tak la IT savvy sangat… TQ.

  11. juanita Avatar

    mereka ini tidak percaya kepada keupayan diri sendirik gamaknyerrrr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge