Tahniah Orang Kerteh & Kuantan!

By | February 1, 2011

Kisahnya…

Kami sekeluarga ke Kerteh minggu lepas. Bersama dengan anak-anak menginap di Awana Kijal (resort/hotel paling best di Kerteh). Anak-anak dari awal lagi tak sabar nak ke Terengganu, siap bawak smimming suit sebab nak berenang dalam pool di Awana Kijal.

Dipendekkan cerita, harapan nak mandi pool tergendala disebabkan hujan renyai-renyai tak henti-henti. Jadinya, mandi pool dalam bath tub saja.

super kids
Budak2 yang kepingin mandi pool tapi sebab hujan.. tido pun pakai swimming suit.

fahry

Di Awana ada tingkap di dinding bilik air jadi sambil berendam boleh tengok TV dan saya boleh tengok anak2 main air sambil berehat di katil. Tengah2 mandi petang tu tiba2 Fahry menjerit sebab terlanggar Hafiy. Tengok mulutnya ada darah sikit. Sangkakan bibirnya pecah, tapi tak ada pula bila saya periksa. Rupa-rupanya dagu yang pecah, tapi sikit je. Letak Vita-E sikit. Dia pun OK je tak menangis atau merengek.

Esoknya, masih lagi dengan kegiatan yang sama. Fahry menjerit lagi, tapi tak ada berlanggar dengan apa-apa. Mungkin dia nak marah HAfiy kacau dia agaknya. Saya biarkan mereka main lagi sampailah saya rasa dah cukuplah untuk hari ni.

Saya angkat dan lap badannya, tengok2 tuala dipenuhi darah. Rupa-rupanya ada satu lagi luka baru di dagu Fahry, kali ni lebih besar dari yang semalam, dan kelihatan agak horrible. Koyaknya sampai ke bawah lapisan epidermis. Saya terus hubungi Abiy agar bawa Fahry ke klinik terdekat (Klinik Awana Kijal cuma berdekatan pintu masuk ke Awana Kijal).

super kids

Luka Fahry agak dalam, sampaikan doktor di klinik tak boleh nak buat, sebab dia perlu dibius dan dijahit. lalu Fahry dirujuk ke Kuantan Medical Centre. Teruslah kami ke Kuantan. Fahry pula okey saja dia, macam biasa aktif, macam tak sakit. Cuma dia bagitahu “Mommy, sakit… darah..”

Di KMC Fahry dirujuk kepada pakar bedah (pakar bedah hekh!) Dr Kannan. Disebabkan OT penuh, maka giliran Fahry masuk OT jam 2.30 petang. Dr Kannan arrange untuk admit. Kami pun tak pasti apa yang akan berlaku, so setuju ajelah untuk admission. Ye la mana tahu ada komplikasi lain ke selepas dibius..

Dalam tempat menunggu OT hanya sorang parents saja dibenarkan masuk, so Abiy yang masuk. Dia kata Fahry nangis2 masa nak kena bius tu. Nurse bagitau Fahry mungkin akan tak sedar dalam masa 1-2 jam, lalu kami pergi Berjaya Megamall di sebelah KMC untuk makan tengahari.

Datang balik ke KMC dalam 40 minit lepas tu, dengar bunyi budak menangis. Macam kenal je sebab dia panggil “Mami… mana Mami…” hehehe.

Disebabkan kesan bius masih ada, Fahry ditempatkan di ruang menunggu OT sementara urusan masuk wad.

super kids

Selepas tu kami balik ke hotel. Fahry macam biasa, lasak je. Cuma dia tunjuk2 balutan di dagu “Adik sakit, ada darah..”

anak sakit

super kids

Saya kata pada dia “Fahry mesti tak heran kan, dulu masa baby Fahry lagi teruk luka” ­čÖé

Mujurlah saya bawa bekalan vitamin, terutama Vita-E dan Basic H. Basic H ni saya guna untuk anak saya mandi. Tengok saja mereka mandi buih dalam tab, tak pedihkan mata!

TRICK : Untuk hasilkan buih yang banyak, titik basic H dalam gayung atau di bawah paip, kemudian baru penuhkan air.

Basic H amat berguna kalau mengalami luka bedarah. Titikkan di atas kapas dan tekapkan pada bahagian luka. No wonder luka Fahry tak berdarah semasa dalam bath tub tapi membuak2 bila tubuhnya saya lap.

Walau bagaimana pun, Fahry ana saya yang kuat. 2 hari je bertahan plaster di dagu. Balik ke nursery dia buang semua. Berkejar kami ke Prince Court nak letak balik dressing. Tapi dalam kereta dia dah cabut dah. Hari ni dah masuk dalam bath tub semula.

Saya periksa jahitannya hari-hari, alhamdulillah tiada infection. Dan sembuh ni boleh lah letakkan vita-E supaya parutnya tak jelas sangat.

Eh, apa pula kaitan dengan orang Kerteh dan Kuantan? Nantila saya sambung ­čÖé

9 thoughts on “Tahniah Orang Kerteh & Kuantan!

    1. Mommy Lyna Post author

      Masa kat Kuantan tu bateri hp dua2 org habis dgn selamatnya… Tu nk cepat2 balik kerteh. Charger kereta pun takdak uhuhuh.

      Reply
  1. mirah

    uh oh siannya dekat fahry. Tapi merea ni mmg lasak kan.
    Khadijah tersepit tangan kat kereta pun rileks je. Nangis kejap je.
    Moga cepat baik tu fahry…

    Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      Kata Khadijah “Setakat benda ni nak nangeh pun tak berbaloi” hehehe.

      Reply
    1. Mommy Lyna

      Budak2 gamaknya dema tak fokus pada yg sakit tu. Kita je duk piki sakit la itu la hehe

      Reply
  2. Coffee Mama

    Ngilu baca bab jahit2 tu..Huhu..Budak2 tengah lasak memang macam tu, kadang2 kita as parents pun serba salah dibuatnya..Nak dilarang nanti terbantut plak naluri ingin tahu diorang, tak dilarang takut apa2 jadi..Sabar je lah..huhu

    p/s: I pun pernah stay kat awana kijal,trg..memang best, dekat dgn pantai, boleh jalan petang2 ambik angin ­čÖé
    Coffee Mama┬┤s menulis tentang ..Should I buy a new stroller or buggy for a 20 months toddlerMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge