,

Lagu Namunku Punya Hati – Hina Golongan Istimewa

admin Avatar

Sesiapa yang follow status saya di FaceBook dah maklum agaknya dalam minggu ni saya duk meroyan dengan lagu nan satu ini. Namunku Punya Hati dendangan Revolvers.

Sebelum ini (sebelum memiliki Fahry) saya pun sama macam mereka (tak sensitif dengan lagu ini), tapi bila punya Fahry dan mengenali insan-insan istimewa yang lain, lagu ni nampaknya ada sedikit menghina golongan istimewa ni. Ya lah, bila kita tak melaluinya, kita tak rasa…

Senyumku tak seghairah,
Gerak gaya tidak selincah,
Mataku tak seayu,
Kicau burung pun tak semerdu.

—–> rangkap ni boleh diterima. Ya mungkin golongan istimewa tak boleh nak senyum sangat, gerak tak lincah mungkin kekurangan anggota; mata tak ayu mungkin sebab buta; kicau burung tak merdu mungkin pekak.

Namun ku punya hati,
Juga gayaku perasaan,
Hidupku yang sebegini,
Kadar waktu diizin Tuhan.

——> boleh lah… semua orang pun diberi waktu yang diizin Tuhan juga.

Bukan kupinta,
Lahir ke dunia,
Tidakku duga,
Cacat begini,
Bukanku pinta,
Kasih dan manja,
Bukan ku rayu bantu simpati.

——-> tiada siapa yang minta dilahirkan ke dunia, meskipun cantik menarik tiada kecacatan. memiliki kekurangan pada fizikal/otak/apa saja bukan tiket untuk meraih simpati. bukan simpati dan perhatian yang mereka perlukan. OKU harus dilayan dan mendapat tempat yang sama seperti orang lain. sebagaimana Allah menurunkan surah ‘Abasa kerana Rasululllah memalingkan muka terhadap Abdullah b Ummu Maktum yang buta ketika bertemu Baginda. Allah memerintahkan OKU diberi layanan yang sama, difahami dan dihormati hak mereka.

hak-hak OKU yang boleh dilaksanakan oleh pemimpin dan masyarakat ialah seperti menyediakan prasarana mesra OKU, alat-alat bantu OKU dan sebagainya, supaya mereka boleh berdikari. bukan sekadar simpati je…

Maafkan wahai teman,
Ku menumpang di sudut dunia,
Mencari ketenangan,
Sampai masa ku pergi jua

——-> rangkap yang paling tak boleh blah. walau macamanapun keadaan seseorang itu, terutama jika dia adalah seorang anak, dia adalah anugerah dari Allah buat ibu bapa. mereka bukan melukut di tepi gantang. kalau dikira menumpang di dunia, semua makhluk adalah menumpang di dunia. sebagaimana Rasulullah mengibaratkan dunia ini sebagai persinggahan sementara bagi musafir (macam R&R je).

golongan istimewa tidak mengambil hak sesiapa mahupun mengganggu hidup sesiapa. mereka datang dengan hikmah yang besar, terutama kepada keluarga yang mana mereka lahir di dalamnya. tapi, tanggapan yang silap terhadap mereka adakalanya membuatkan mereka tak diterima, meskipun oleh ahli keluarga sendiri. sepatutnya bagi kita yang sempurna ni (tidak tergolong dalam golongan OKU) menjadikan ‘kesempurnaan’ kita sebagai aset untuk membantu memudahkan hidup mereka, bukan tambah menyusahkan.

mana tidaknya, orang istimewa dipandang sebelah mata, ‘menumpang di sudut dunia??’. tempat mereka bukan di situ. kedatangan mereka adalah untuk berada di puncak dunia sebagai inspirasi kepada orang2 ‘sempurna’ terutama yang tak reti nak menggunakan otak.

Ibu bapa yang dikurniakan anak istimewa adalah insan2 terpilih yang dilihat Tuhan sebagai orang-orang yang hebat. Namun sayangnya, ramai yang tersalah tafsir, bila dikurniakan anak istimewa, ramai yang menganggapnya sebagai “balasan Tuhan”, “kifarah dosa”, “akibat perbuatan ibu bapa”, “sial”, “malang” dan sebagainya. Malah masyarakat memandang sebagai “simpati”.

Memang kita perlu bersimpati kepada golongan yang layak dikasihani. Tapi, golongan OKU tidak termasuk dalam golongan asnaf yang wajib dibantu atau golongan penerima zakat. Maknanya mereka berhak menjalani kehidupan harian seperti orang lain. Kekurangan yang mereka alami itu sebenarnya adalah cermin pada diri kita yang sempurna fizikal ni. Bila tengok seorang yang kurang upaya boleh berjaya, yang berupaya ni… jadi mat rempit? Mat gian? Bohsia?

Di negara kita mungkin masih kurang publisti terhadap golongan ni. Kebanyakan ibu bapa serba salah ‘nak tayang’ anak-anak mereka. Yang dah dewasa pun jarang yang keluar di media memberitakan kejayaan (bukan takde tapi jarang), yang banyaknya luahan meminta bantuan. Lagipun kita tak habis-habis menunggu bantuan dan sokongan –last2 dapat sokongan macam bait lagu di atas.

Beberapa tokoh OKU yang mungkin tak layak kita nak panggil derang OKU:

oscar istimewa

Oscar Pistorius – bekas pemain rugby & polo air. Kini seorang pelari pecut. KUDUNG KEDUA-DUA KAKI.

stephen hawkings

Profesor Stepthen Hawkings – pakar Fizik & Matematik. CELEBRAL PALSY.

bruce willis

Bruce Willis – aktor. SPEECH DISORDER.

Jessica Cox

Jessica Cox – penceramah motivasi, memiliki tali pinggang hitam dalam Taek-won Do. KUDUNG KEDUA-DUA TANGAN HINGGA KE BAHU.

nick vujicic

Nick Vujicic – penceramah motivasi, CEO Life Without Limb – KUDUNG TANGAN & KAKI.

tom whitaker

Tom Whittaker – pengasas Cooperative Wilderness Handicapped Outdoor Group, pendaki Everest kudung yang pertama – KUDUNG KAKI HINGGA LUTUT.

beethoven

Beethoven – komposer. PEKAK.

marla runyan

Marla Runyan – pelari Olimpik. BUTA.

Para sahabat Rasulullah SAW yang OKU : Abdullah Ibn Ummi Maktum, Amr Ibnul Jamuh dan ramai lagi.

Mereka semua pasti menghadapi kesukaran untuk hidup seperti orang normal, lebih2 lagi yang mengalaminya setelah dewasa, seperti Tom Whittaker. Tapi dari situlah Whittaker menubuhkan CWHOG bagi memberi sokongan dan platform kepada mereka yang senasib dengannya.

Semua terletak pada hati dan tanggapan kita. Ada orang menganggap ‘mempromosikan’ tentang ‘kekurangan’ anak/diri/ahli keluarga kita sebagai tindakan yang tidak wajar, seolah2 mengeksploitasi. Ada orang menganggapnya sebagai satu tindakan yang sangat baik kerana dapat membantu ‘memulihkan minda’ masyarakat. Saya, no comment. Menulis blog juga tidak wajar sekiranya kita hanya menonjolkan kebodohan sendiri dengan menulis entry-entry sampah sarap.

Mengambil dari kisah anak kepada Dr Robert Schuller yang kehilangan kaki dalam kemalangan jalanraya, kata beliau “Kalau begini Tuhan memberi saya tugas yang lebih besar, iaitu mendekati dan membantu golongan yang mengalami nasib seperti saya”. Beliau hidup seperti biasa dengan melalukan kerja2 amal dan menyokong golongan istimewa sepertinya. Bayangkan jika semua orang menyorokkan diri, simpan sendiri, sampai bila-bila golongan istimewa “menumpang di sudut dunia”.

Semoga Allah merestui usaha saya (dan semua) dalam mendidik dan mengasuh anak-anak, terutama anak istimewa, agar mereka terkeluar dari kepompong “tidak kuduga cacat begini~” sebaliknya seseorang yang boleh berkata “I don’t see myself as  disabled (quote from Oscar Pistorius)”. Mereka perlukan sokongan dan prasarana yang secukupnya, tak lain tak bukan dari ibu bapa dan ahli keluarga mereka sendiri.

fahry superkids

Fahry boleh buat apa saja!

admin Avatar

23 responses to “Lagu Namunku Punya Hati – Hina Golongan Istimewa”

  1. Amyz Avatar

    Amy rasa orang2 OKU ni, walaupun tidak sempurna fizikalnya, tapi lebih kuat, lebih sempurna semangat, keazaman, kesungguhan dan kadang-kadang jauh lebih berhati mulia dari orang yang sempurna tubuh badan – yg kadang2 otaknya ada putus dua-tiga wayar sebab nak hina2 org OKU.

    Actually, tak suka sgt dengan perkataan OKU. Kerana fizikal tak berapa sempurna, terus dpt gelaran kurang upaya. Padahal orang2 istimewa ni lebih berupaya buat sesuatu dari orang yg sempurna fizikalnya.

    Yeah Fahry! You can do anything and beyond than everyone else. 😉

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kami cakap KELEBIHAN upaya hehehehe

  2. noina Avatar

    wow..berkobar2 rasa semangat bila baca entry ni..:) terima kasih mimmy lyna..buat entry seperti ini..byk menyedarkan org di luar sana ttg anak2 kita..:) moga fahry dan nabila terus berjuang..insyaAllah..Amin..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      caiyook nabila!

      kalo ada sesapa berani buli, kita cucuk idung dia!

      ye lah noina, walaupun ramai yg dah aware, tapi masih ramai lagi yang belum menyedari hakikat 🙂

  3. CikSayor Avatar

    Lagu tu keluar tahun bila ye? Saleem nyanyi kan? Zaman dulu memang masyarakat kita malu bila ada anak x sempurna mcm org lain. Yg sorok bawah rumah lah, yg si suami salahkan bini sbb lahirkan anak x sempurna lah.Even dulu pun dok panggil Orang Kurang Upaya. Sedangkan, yg dok canang panggil Kurang Upaya tu lah cantik melukis even pakai kaki. Mak yang lukis pakai tangan ni pun huduh lukisan orang lidi nye. Yang dipanggil Kurang Upaya tu lah ada black belt.

    Skrg, majoriti da open minded nak bawak anak mereka keluar. Kalau dilihat di shopping mall, suka tengok camne kasih sayang bapak dok peluk/dukung anak (yg mana slow / susah nak berjalan) sambil mak dorang pergi shopping. Dorang keluar bersama adik beradik yang lain. Sangat terserlah kasih si bapak nye kpd si anak. Malah, kadang2 dilihat bapak yg anak normal pun tidaklah sehebat mana kasih yang ditunjukkan pd anak.

    Dan skrg pun dh mula panggil Orang Kelainan Upaya sbb org dh start sedar setiap manusia ni unik dan ada kelebihan masing2. Cuma sy agak tersenyum sumbing lah sebab tahun 2009-2010 baru lah Malaysia mcm amik peduli hal2 begini dgn lebih serius

    p/s: Agaknya komposer2 skrg tgh susah payah nak buat lagu gembira naik semangat kot?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hentah lah tahun baper tp minggu lepas je 2 kali dok dengar lagu ni main kat radio.

      tulah, skg ramai yg dah educated & dah boleh terima dgn hati terbuka tapi still lagi kena polish minda masyarakat ni. esp budak2 yg masih kecik skg, nanti derang masuk sekolah, bukannya kita ada sama2 derang nk tolong jawabnya orang tanya itu ini kan.

  4. Nur Adha Avatar

    mommy lyna…entry yang sangat2 membuka minda org yg masih berpemikiran konservatif…
    kadang2 terfikir jugak…yang selalu meminta sedekah tu kebanyakannya org yang OKU (mcm buta, cacat anggota..) diorg ni memang dah tak boleh bekerja ke…banyak cara kita nak berusaha selain dari meminta-minta….atau ada agensi/ org lain yg tidak bertanggungjawab memperguna2kan mereka….
    tepuk kepala, tanya akal; tepuk dada, tanya iman; tepuk perut, betul ke dah kenyang?…heheh just my 2cents…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mungkin disebabkan tanggapan & perspektif yang menonjolkan ‘ketidakupayaan’ mereka, jd sesetengahnya yg kurang support akan mengalamo low self esteem utk maju. sesiapa pun akan alami benda yg sama tanpa sokongan kan. & masyarakat pun ada yg masih lg berfikiran “anak2 OKU hantar ke sekolah OKU supaya dia boleh TINGKATKAN POTENSI(???)”.

  5. Nur Adha Avatar

    mommy lyna…nak minta kebenaran utk share kat blog adha ye…tq

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      boleh, takde masalah 🙂

  6. suealeen Avatar

    nak like sejuta kali entry Lyna ni… suka dengan Nick (Life Without Limbs).. tanpa kaki pun boleh berenang. kita ade?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      shy ai kak. ai pun berenang ado2 je hahahahaha

  7. Fara Avatar

    Lyna defensif dengan lirik lagu tu ke?
    Siap intepretasi lagu tu…
    Tak apa, bagus jugak.
    Memang dah lama sedia maklum, lagu tu memang tak leh pakai sangat…
    Maklum, lagu tu dicipta di zaman pemikiran mereka yang masih belum terbuka luas…

    Seperkara lagi,
    Kenapa Lyna tak nak paparkan OKU tempatan yang berjaya. Asyik OKU luar je….orang Malaysia juga ada yg berjaya. Paparkan kisah mereka. Mereka hidup di kalangan orang yang rata-rata berfikiran tidak begitu luas di sini. Maka, saya rasa, mereka juga sangat sukses bukan dari segi fizikal malah mental…..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      defensif? tak kot.the truth is, segelintir masyarakat masih lagi berfikiran camtu – kalo tak DJ tu takkan putar lagu tu (or whoever lah).
      (memang dicipta berzaman dulu tp still keep diperdengarkan sampai hari ni :D)

      bukan taknak tunjuk OKU Malaysia. kasi yg makro dulu & mengikut kajian orang kita senang buy kalo promo orang putih. eh, yang kat bawah sekali tu OKU Malaysia ape keskeskes.

  8. deeja Avatar

    kot bile tgk org mintak sedekah kat pasar malam kot, org awam akan ada persepsi buruk kat OKU kat mesia. entah laaa..

    tp tak sangka rupanya ramai OKU kat dunia ni yg excell, and ekceli femes lak tu. Hehe. Before ni saye mmg tak tahu 😛 yg menariknya- speech disorder tp leh jd actor, PEKAK! blh jd komposer! dan kudung kaki leh climb mount everest!

    Subhanallah.. di mana ada kemahuan di situ ada jalan..

  9. NUR Avatar

    MENYEDARKAN DAN TERKESAN.

  10. frida Avatar
    frida

    satu hari nanti, mana tahu terserempak lyna & fahry…
    saya nak peluk fahry!

    masa sekolah rendah dulu, temankan mak bawa pakcik & makcik yang OKU pergi jabatan pendaftaran, asernya buat kad pengenalan. saya sbgai ‘tukang jaga’lah kiranya, while mak attending pakcik dan berurusan di kaunter, i jaga sorang lagi. sampai sekarang saya ingat suasana masatu… orang ramai yg ada jauhi kami. tak sanggup [kott] nak duuk sebelah. yg “euwwww” “eeuuwww” pun kedengaran juga…

    now, i selalu bawa anak2 jumpa tok nenek sedara depa, biar kenal muka, dekat dihati, wpun depa takut nak pegang tangan apatah lagi dipeluk nenek & tok sedara depa tu.

  11. kinna Avatar

    saya suka lagu ni..tak terfikir pon ianya menghina golongan istimewa sebaliknya mengingatkan orang ttg kewujudan orang istimewa yang dulunya dipinggirkan..

  12. Mommy Of Q's Avatar

    oh, aku dulu pun nangis dgr lagu nih …sedih ah gak kan .. sebab terbayang yg terlantar tak leh bgn tuh, rasa pilu jer jiwa mak noks… skkang pun nangis lagik .. ko nih sensitif naaaa…mentang2 nak bersalin..ahahaha.. mmg aku nampak status ko tuh, tapi tak sempat nak kaji lirik sampai habis noks.. aku tensen maid aku nih lem ..si nor dah balik! hu hu u…

    aku cam kagum dgn senarai2 nama tuh semua .. agak2nya… Zayra nanti ada di bhg mana? ekekkeke…

  13. juanita Avatar
    juanita

    Kazen saya seorang cacat pendengaran sejak lahir. Kini beliau berusia 25 tahun dan bekerja sebagai seorang chef di hotel tkemuka di KL. Malah kehidupan beliau jauhhhhh lebih hebat dari individu yang sihat. Beliau juga mampu memandu kereta & motor berkuasa besar pula tu..heheh..baru2 ni hampir disaman sebab beliau tidak mahu melekat sticker OKU di kereta nyer..hehehehe…

  14. knv Avatar
    knv

    i seriously don’t know why. but malaysia(n) attitude towards this really sucks.

    lagu tu satu hal (infact kalau nak cerita bab lagu2 berlirik hampeh memang sampai kiamat tak sudah kot. dah tau hampeh masih lagik dok pasang kat radio. pastu pelik pasal remaja berperangai negatif. itu namanya bahlul), tapi prasarana kita sebagai penaung (sepatutnya) golongan OKU (?) ini masih belum boleh dibanggakan.

    kalau nak naik bas, komuter dan teksi pun susah pasal takde kemudahan yang OKU friendly, so macamana nak expect orang2 buta, kudung, cacat semua ni nak bergerak ke kedai, universiti, sekolah dll?

    i think perkara ni memang kena tengok secara holistic. if you notice, semua contoh2 diatas itu bukannya orang melayu, apatah lagi orang malaysia. fahry is seriously lucky because he’ve got great supportive parents to move him forward in his future life. what about those yang tidak mampu? jadi sampai bila2lah lagu seperti diatas akan stay berkumandang forever sebab indeed dimalaysia memang kurang tempat untuk orang2 OKU yang tidak berduit dan tidak berkemampuan; selagi pihak2 kat atas tu bingai dan kekal bingai.

    sekian. no offense intended to anybody.

  15. hafifi90 Avatar
    hafifi90

    Jangan la kolot sangat.. mana ada orang yang buat lagu cam tu semata2 nk lukakan ati orang lain… pemikiran kita tu ja yang rasa macam tu,. negatif sangat la pemikiran rakyat malaysia ni… kena ubah tu.. bila nak maju klu camtu

  16. azira Avatar

    Salam Lyna.

    Haha, dah lama dah zira perasan lirik lagu ni cam tak kena. Drp sebelum kawen lagi.
    Skrg ni dah ada anak 2 org yg KELEBIHAN UPAYA memang kadang2 dengar gak lagu ni kt THR gegar, lirik bawah tu mmg x boleh blah hehe. Yes, kadang2 buat lirik pun kena jaga sensitiviti orang2 lain ☺. Mungkin si penulis lirik tak sengaja kot, tapi still kena ubah juge tu. Sampai bila nak bersedih2han tangkap leleh je lagu nyer. Kena ubah mentaliti mereka.

    Thanks diatas perkongsian ni Lyna. Keep on writing 😉☺☺.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge