admin Avatar

Pagi tadi dalam HotChat di Hot FM duk membincangkan tentang pendidikan seks kepada kanak2 sekolah. Macam2 respon yang diberikan. Most of the callers tak bersetuju dengan pendidikan seks, tapi menyarankan agar melebihkan pendidikan agama. Deejays pun macam no komen sangat untuk pendapat2 itu hehe.

Suatu masa dahulu, Kementerian Kesihatan pernah mengeluarkan cadangan untuk membekalkan kondom dan jarum suntikan, serta ubat pengawal ketagihan secara percuma kepada penagih dadah. Berbagai respon yang timbul. Kebanyakannya berpendapat tindakan itu hanya menggalakkan lagi ramai orang menyalahgunakan dadah.

Salah satu objektifnya ialah mengurangkan risiko menularnya Sindrom Daya Tahan Penyakit atau AIDS di kalangan masyarakat. Bagi saya itu adalah berpunca dari mereka yang cari pasal. Kena AIDS ke, H1n1 ke, apa2 aje lah. Sendiri potong nangka, sendirilah yang kena getah.

Sekarang ni, sekali lagi ‘budaya’ membuang bayi berleluasa. Saban minggu ada je baby yang kena buang. Yang hidup tu, hiduplah. Yang lagi kesian, bayi2 yang dibuang tu ada yang mati kesejukan, atau mati dilenyek, atau mati diserang binatang, etc. Paling tak masuk akal ialah mereka sanggup membunuh bayi tersebut sama ada dengan memekup hidung&mulut sampai lemas, rendam dalam baldi, malah flush dalam toilet dah bakar!

Mungkin tekanan yang dihadapi semasa melahirkan bayi itu menyebabkan mereka tak dapat berfikir dengan waras dan hanya nak menghapuskan saja bayi yang baru dilahirkan tu.

Sepupu saya yang baru tingkatan 4 ketika itu pernah berkata "Abe tak fahamla Kak Long, kenapalah orang2 ni buang baby, diorang tu tak belajar Sains ke. Kalau ye pun nak buat seks haram, pakaila kondom ke, pil ke..". Advance OK budak2 sekarang! Jangan kau pulak pegi prektik idea tu sudah!

Tapi saya rasa agak wajar kalau mereka ni diberi kondom percuma untuk menamatkan pembunuhan bayi yang lebih dahsyat dari zaman Jahiliyah ni.

Sedih sangat bila tengok gambar2 ni. Ya Allah, jauhilah keturunanku dari perkara2 macam ni… Isk3x (nangis).

alfatihah to baby ni jahatnya mak kau ni

jahatnya mak kau ni orang ni woi!

Imagine je lah, kalau kita ibu yang halal, nak pegang anak yang baru lahir pun hati2, takut terkehel ke, silap pegang ke, terslip ke.. Ini.. dibuang macam sampah! Anak kucing pun kita letak kat pasar2 supaya dia mudah cari makanan.. (Ayah saya ialah bekas pemungut kucing terbiar yang tegar). Inikan pula seorang manusia yang tak berdaya.. dibuang macam tu je. Sampah pun kita ikat elok2 sebelum buang dalam tong sampah. Ini manusia! (Emo).

Nak kata tak pandai, pandai.. ada yang masuk IPT semua. Nak kata tak belajar agama, ada… ada yang set2 anak ustaz, siap yang pakai jubah pun ada. Mungkinkah ini petanda bahawa kita semakin selfish dan individualistik. Even anak sendiri pun boleh berlagak baik depan mak ayah tapi belakang… belakang…

Semuanya bermula dari akar umbi. Dalam hidup ni ada banyak benda yang mendorong manusia untuk buat perkara tak baik. Dalam diri ada nafsu, ada syaitan, segala mak nenek jin berwajah manusia pun ada. Memang tak boleh lari sebab syaitan tu dah berikrar untuk menyesatkan manusia sampaila hari kiamat, supaya bleh join depa dalam neraka.

Auwlawiyat (keutamaan) ialah meninggalkan perkara buruk dan melapiknya dengan kebaikan. Yang penting ialah keburukan itu perlu dibuang, kerana hadis Nabi SAW ada mengatakan "Manusia tidak mempunyai 2 hati dalam rongganya". Di samping nak bekalkan pendidikan seks ke, agama ke, moral ke… benda2 buruk ni perlu dibuang terlebih dahulu.

dari awal pembinaan keluarga
– bina baitul Muslim (rumahtangga Islam) atau kalau bukan Islam, bina rumahtangga yang berpegang pada agama masing2, bukan rumahtangga yang berasaskan rumah dan tangga semata2. Hehe, maknanya bukan berlandaskan nafsu semata2.
– memilih pasangan hidup berdasarkan ciri2 yang digariskan oleh Rasulullah SAW, bukan semata2 cari yang cantik, seksi, pandai mekap, hensem, muka macam Fahrin Ahmad.. ops.
– niatkan perkahwinan untuk menjaga diri dan agama, bukan untuk bolot harta 😛
– sama2 berusaha memperbaiki diri dalam membina keluarga, bukan suami serah ke isteri, isteri serah ke semua.

membina keluarga harmoni
– menjaga anak2 sejak dari usia janin lagi dengan membekalkan mereka pengetahuan agama.
– jauhkan rumahtangga kita dari anasir2 yang tidak baik seperti hiburan yang melekakan, maksiat, perkara2 keji dan hiasi dengan benda2 yang baik seperi percambahan ilmu, berkongsi melakukan kebaikan, etc.
– menjaga perhubungan suami isteri dan anak-anak agar dalam satu keluarga lebih brsifat terbuka dan tidak memerlukan pihak luar untuk berkongsi masalah.
– suami isteri sama2 belajar dan bermujahadah untuk kebaikan dan menjauhi perkara2 mazmumah (perkara2 yang tidak baik).

buangkan!
– sikap suka membuang masa dengan benda2 lagho sebaliknya isikan dengan benda2 berfaedah.
– sikap suka ikut emosi seperti marah2, ego, depress, dengki, khianat sebaliknya didik sifat memaafkan, merendah diri, redho, berlapang dada, etc.
– sikap aku bagus kerana kita hanyalah menumpang aje kat dunia ni.
– sikap suka menyalahkan orang sebaliknya cuba ambil tanggungjawab tersebut.

Masih jauh perjalanan saya. belum diuji lagi dengan perangai anak2 yang nyata lebih mencabar abad ini. Pepatah Arab mengatakan bahawa "Didiklah anak sesuai dengan zamannya, bukan zamanmu". Maksudnya, zaman kita dengan anak kita ni tak sama, dan tentunya cara pendidikan dan pengasuhan juga berbeza. Kita tak boleh ambil template lama mak bapak kita semata2, sebaliknya padankan template itu dengan kesesuaian pendekatan zaman ni.

Semoga Allah memelihara hati2 kita agar tak pergi jauh dari Rahman (kemurahan) dan Rahim (kasih sayang)-Nya.

Semoga adik2 yang sedang hamil tanpa nikah sekarang ni ditunjukkan jalan untuk kembali ke jalan kehambaan kepada-Nya, bukan hamba kepada hawa nafsu.(Salute kepada mereka2 yang sukarela membuka rumah perlindungan kepada adik2 ni, semoga generasi seterusnya mendapat hidayah, sebagaimana generasi penduduk Taif yang didoakan oleh Rasulullah, walaupun datuk nenek mereka pernah melempar batu kepada Baginda.

admin Avatar

28 responses to “Kondom Percuma”

  1. Hanz Avatar

    I’m soooo sad……
    .-= Hanz´s last blog ..Playhouse Disney Parent Blogger Dinner Party =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      We are… Kesian sgt. Tp. Takpela, syurga utk mereka

  2. chekna Avatar

    setiap kali tengok gambar baby yg xberdosa tu, tiap kali tu jugaklah rasa sebak, sedih, geram bercampur baur..teringat masa zaman sekolah dulu, jarang sekali nak dengar kisah2 camni..skg ni dah macam trend pulak. zaman anak2 kite esok, xtaulah camne …
    .-= chekna´s last blog ..hilang sudah tempat bergantung =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Yg dah pergi… Dah nyata tempat mereka. Yang hidup? Tekanan sepanjang hidup. Masyarakat kita still tak dapat accept mereka mcm org biasa.

  3. aidie Avatar

    ada satu komen dari pendengar pg tadi cadangkan malaysia adakan satu database DNA utk trace balik sesaper yg buang baby in order to reduce the crime membuang bayi. good idea though.
    utk membendung masalah ni kita kena tgk secara holistik. Pendidikan seks hanyalah satu component.

    it starts from prevention, where sex education, pendidikan agama, ikatan kekeluargaan adalah penting.
    then we see from the what IF it has already happened (i.e dah termengandung). the steps that we need to take to make sure bayi2 tk dibuang : kementerian to provide more welfare centers, stronger support center from government, families & relatives need to support those kids although they already menconteng arang kat muka, after all the baby is ur darah daging. jangan terus halau anak keluar rumah, bila anak tu stress..terus buang bayi..sape yg patut disalahkan?
    .-= aidie´s last blog ..Orang kampung =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Ehhh apsal I tertinggal dis oneeee

  4. HaNiE Avatar

    agreed with u… sedeh sangat tengok babies yang kena buang macam sampah tu, macam mana la perasaan si ‘pembuang’ tu, takkan tak ada sikit pon rase sayang, ishhh…

    as a mother, i pun masih mencari cara terbaik nak didik my kid(s) regarding this matters… sekarang ni dunia tanpa sempadan, everything di hujung jari, kita pun kena cari formula terbaik untuk mendidik anak tanpa jadi too conservative..

    *emo jugak*
    .-= HaNiE´s last blog ..Seharian di Mid Valley =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Bila kita jaga anak kita, tak tentu dia xdpt pengaruh luar. Okeh itu kena saling jaga menjaga. Kan?

  5. mommy nadia Avatar

    agreed..!!
    I pun naik sebak tau tgk baby yg kena buang tu..setiap kali bc paper..mesti goosebump tgk baby tak berdosa ni..
    tak der ke sedkit belas kesian mak2 diorang nih..
    tp ketakutan mengatasi segalanye..
    .-= mommy nadia´s last blog .."OOO..WAAAHHHH…!!!" vs MASSAGE VERSION =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Mungkin dia pun xtau nk buat apa. NK blk rumah tkt ayah marah so buang jelah?

  6. mama emma® Avatar

    akak skip part gambar.. x sanggup nak tgk…. ~sedih~

    actually, akak baru je mention pasal DNA semua kelahiran tu kat hubby.. as suggestion utk trace susur galur.. tp hubby akak ckp sure kerajaan tak agree… hmmm…

    pelik jugak kan? xde pulak cadangan DNA nie dkemukakan dlm dewan rakyat….
    .-= mama emma®´s last blog ..-PERSIAPAN UNTUK SWEETIEBABY- =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Mungkin terlalu busy dgn isu lain yg lebih penting.

  7. sya Avatar

    hmm, bab pencegahan kehamilan tu, memang dah ada di ajar dalam subjek sains/biologi…

    hmm, ibu bapa perlu juga mainkan peranan sekarang ni. jangan dibiarkan aje anak tu keluar sana sini tanpa di ambil tahu. kang anak tu nak pakai seksi2, bukan dilarang, makin ditolong2 belikan pulak… dah jadi satu kebiasaan dan kebanggan bila anak bawak laki balik rumah. sekarang kan dah moden. kalau nak diikutkan kat sini, tanya aje buat ‘tut’ di mana, tentu jawapan nya dekat rumah.. aduhai…
    moden, moden jugak… tapi, mendidik anak tu biarlah ikut agama. bukan ikut moden…
    .-= sya´s last blog ..darwisy cuci! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Dema ponteng kelas bio kot, takpun aliran teknikal tak ambik bio hehe.

      Mybe sesetengah parents dlm mode tpaksa benarkan anak bwk blk jantan, kalo tak, takut kat luar tah ke mana2 drg pegi.

  8. Shareen Avatar

    I scroll cepat2 bahagian yang gambar tuh. Mahu meleleh airmata tengok. Binatang pun sayang anak, so orang yang buang anak ni memang sah lagi teruk dari binatang.

    Kalau nak ajar pendidikan seks di sekolah, tekankan mengenai tanggungjawab, rasa hormat terhadap opposite sex, apa akibat kalau dah melanjur-lanjurkan diri, STD, AIDS. Baru betul Bukannya cara2 melakukan hubungan tuuuut yang betul.

    Semoga makhluk yang buang anak ni sempat bertaubat sebelum terlambat.
    .-= Shareen´s last blog ..KedaiGambarKami-Aivee Emart Best Photo Contest =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      I penah bc berita ttg ibu yg sah lg halal yg buang baby dia sbb taknak org mengata dah tua2 beranak lg. Selama tu pun dia rahsia kan pregnancy dr sesapa. Sungguh sedihhhh.

  9. lydzar Avatar

    ada jugak dengar topik ni pagi td. also agree with DNA tu, tp governent mesti macam takmo sokong jer since DNA test tu bukan murah harganya, kan. Even pil perancang yg sesuai utk breastfeeding moms pon hanya supply utk 6bulan jer due to harga yg agak mahal compare pil yg lain. inikan pula DNA test..dorang pk 4ratus kali kot
    .-= lydzar´s last blog ..Weekend kami.. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Dgr2 byk equipment kat klinik kshtn xberganti? Dgr2 je kay bkn fakta.

      If betul, maknanya takde pekdahnya buat test DNA bagai. Baik beli benda2 tersebut je.

      1. mama emma® Avatar

        negara kita nie bukannye negara penyayang.. nak komen lebih2 pun kita rakyat je… yg kat atas2 tu la yg kene mainkan peranan..

        nie x habis2 cite pasal lompat parti la.. kuar masuk mahkamah la..

        1 lg, yg depa tau, cari jln camne nak kembungkan poket masing2…
        .-= mama emma®´s last blog ..-ANAK KEMBAR?- =-.

        1. mas Avatar

          saya sokong “mama ema”. patut kerajaan masukkan isu ni dalam dewan. sebab perkara buang anak ni mkin menjdi. org lain nk anak x dpt2. ni yg ada anak makin buang

  10. kin Avatar

    Anak2 sekarang dh xterkawal..apatah lagi perants yang xkisah perangai buruk anak diaorg. Saya rasa mereka yang buang anak tu bukan tak ada perasaan cuma malu..stress..takut pada masyarat (yg nyata bukan Allah) mengatasi segala2nya. Sebnarnya org dewasa (ibu bapa/guru/masyarakat/kerajaan) yang patut diberi kaunseling akan hal ni. setuju ngan aidie..apa yang dah berlaku tak boleh diundur, kita kenalah support pada mereka ni supaya timbul rasa btanggungjawab dan menyayangi darah daging mereka. Lagi dihalau, dicaci, dikeji..lagilah mereka2 ni jadi tidak bperikemanusiaan. Kerajaan pulak mungkin akan melabur lebih sedikit akan ujian dna ni..permualaan sahaja. bila pesalah dapat ditangkap, lama2 jenayah ini akan berkurangan. bagilah hukuman yang setimpal. Saya pun ada anak dan doa saya tidak putus-putus kepada Allah semoga dijauhkan malapetaka seperti ini.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Lagi2 dgn ekonomi skg2, ibu tepaksa bekerja, lagi2 for those yg pndptn rendah. Blk2 penat, nk layan suami lg. Bile nk tgk anak2?

  11. knv Avatar
    knv

    betul mek. masalah sosial ini sesungguhnya masalah bersama umat islam. kengkadang kita tak perfikir yang benda ni buleh jugak terjadi kat kaum keluarga kita sendiri. nau’zubillah.

    what kind of mother yang sanggup cekik, lemas, bakar, buang anak yang dikandung 9 bulan? the DESPERATE and BROKEN ones.

    alim ulama dan goverment kena duduk sekali untuk bincang camana nak settlekan benda ni dari akar umbi. selagi tak settle akar umbi, i think free condom can help. that’s a really desperate option though. but then again, disebabkan desperatelah benda2 ni terjadi.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Mereka duk busy piki cemana nk kekalkn pemerintahan dan ambilalih pemerintahan dari piki benda2 picisan gini.

      Kasi je kondom free. Yg dosamg dosa. At least xde baby yg mati mcm tu & anak2 yg hidup dan membesar dicop sbg “ank haram”

  12. yong Avatar

    ubatnya dah lama ada bilamana Allah memerintahkan kita menjauhi zina. Bagaimana? Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Masyarakat sekarang dah terlalu terbuka. Remaja dilepas bebas lelaki perempuan. Mulanya nampak macam takde pape, tapi bila dah bergaul, berpandangan, mulalah kata dari mata jatuh ke hati. dari hati membuat janji…and so on…sampailah buang bayi!

    mulanya dari sekecil2 perkara hingga kita kabur mencari punca sebenar masalah ni. pastu mulalah masing2 menyalahkan orang lain..sedih sungguh.

    Apapun, kene kembali pada basic —AlQuran jadikan pedoman.
    .-= yong´s last blog ..Rakyat Malaysia tak suka membaca? – Di Luar Lingkungan Bersama Syed Munawar,TV1 – Edisi 1 =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Cemana nk kembali ke al Quran kalo al Quran cume jd bacaan penghalau anti je? Hehe

      1. yong Avatar

        penghalau auntie? isk3..susah payah belajar ngaji, wat halau makcik2 je? hehehe
        .-= yong´s last blog ..Rakyat Malaysia tak suka membaca? – Di Luar Lingkungan Bersama Syed Munawar,TV1 – Edisi 1 =-.

    2. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Anti plak, antu laaaah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge