Kenapa Bayi Yang Menyusu Ibu Lebih Tinggi IQ?

admin Avatar

Bercakap soal nutrisi, memang tak dapat dinafikan susu ibu memberikan yang terbaik. Even if syarikat susu formula melabur jutaan dolar untuk mengkaji komponen dan komposisi nutrien dalam susu ibu untuk diadaptasi dalam susu formula mereka, namun takkan dapat nak duduk sama level.

Bercakap soal Intelligence, atau biasa kita kaitkan dengan IQ, bayi menyusu ibu dikatakan memiliki IQ yang lebih tinggi. Benarkan itu? Adakah itu bermakna bayi yang tidak menyusu ibu tidak cerdik atau rendah IQ? Tidaklah begitu… kerana ibu-ibu yang prihatin pastinya mahu memberi yang terbaik untuk bayinya. Meskipun bayi seumur 2-3 bulan diberi air oren, namun itu pasti dari perasaan kasih sayangnya, bukan nak menganiaya anak sendiri.

Bayi menyusu dengan ibunya, cenderung untuk memiliki IQ yang tinggi, bukan semata-mata kerana dia minum susu ibu. Tapi proses penyusuan susu ibu itu sendiri.. kerana itulah dikatakan penyusuan susu ibu bukan semata-mata memberi makanan kepada anak, malah ia lebih dari itu.

Semasa menyusukan anak (secara direct feeding)…

… ibu akan merangkul anaknya rapat ke tubuhnya.. ke dadanya, ke perutnya… mata ibu bertentang dengan mata anaknya..
… ibu memegang anaknya dengan sebelah tangannya dan tangan satu lagi mengusap, mengurut, membelai anaknya…
… usaha bayi untuk ‘latching’ dan memulakan hisapan di payudara ibu adalah bukan kerja yang mudah…
… bila menyusu di payudara kanan, anggota kanan anak (terutama tangan) merayap-rayap ke anggota ibu, pegang ibu, tarik ibu, cucuk2 ibu…
… bila menyusu di payudara kiri, yang belah kiri pula merayap2..
… ibu pula memberi reaksi terhadap aksi si anak…

Privilege di atas mungkin tak dapat dirasai bila bayi diberi minum dengan botol susu, kerana sebelah tangan ibu pegang bayi, sebelah pegang botol. Dua2 tangan dah occupied. Dengan botol susu, sesiapa pun boleh menyusukan bayi, bukan tertakluk kepada ibu sahaja.

Proses di atas.. antara kasih sayang dan stimulasi secara tak langsung yang diterima anak yang menyusu ibu, berperanan untuk menyambungkan neuron otaknya. Tidak hairanlah jika dikaitkan penyusuan susu ibu dengan IQ. Penukaran penyusuan antara payudara kiri dan kanan juga memberi impak kepada perkembangan otak anak.

Oleh itu ibu digalakkan membanyakkan komunikasi dengan bayi semasa proses ini.. lebih2 lagi sekiranya ibu tiada peluang untuk menyusukan anak secara direct, bercakaplah. layanlah anak semasa menyusukannya (dengan susu apa pun tak kisahlah). Perbuatan itula yang merangsang IQ anak-anak kita. Lebih-lebih lagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, gembiralah bila anak kuat menyusu dan suka mengempeng, itu adalah tanda bayi anda sedang merangsang IQ-nya!

susu ibu

admin Avatar

19 responses to “Kenapa Bayi Yang Menyusu Ibu Lebih Tinggi IQ?”

  1. rose Avatar

    sokong 200%!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      200 je???

  2. yatie chomeyl Avatar

    baby SN pun brehi gotel btul kalu maso nyusu..sibo tmpt kat bdn mommy dio nk pege, kui3x

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Dio tgh belaja anatomi tuh

  3. knv Avatar
    knv

    i think bf children won big time on the EQ side rather than IQ! 😀

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Big E ke big Q?

  4. m is for munira Avatar

    sayang sokong lyna!*angkat tangan!*
    dengan penyusuan terus dari ibu, anak-anak tend to be ‘happy baby’ dan gain more confidance untuk melakukan sesuatu yang baru kesan dari rangsangan ini!
    errr sangat suka dengan artikel ini!pandangan di luar kebiasaan!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Kalaulah dapat menyusu terus setiap hari…. (keluhan ibu yg masih malas mengepam)

  5. lydzar Avatar

    ermm ini applied to breastfeed baby yg complete 2years atau kepada memana bfeed babies? tak kira dia wean-off pada usia berapa (bulan or tahun)?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Asalkan dia breastfeed, semua tu tak dikira 🙂

  6. tutyrahiza Avatar

    setuju..baby kite sgt pandai kan utk cari makanan die…kekadang saje je wat eksperimen ngan amni masa breastfeed die..hehehheh

  7. juanita Avatar

    Best tang nenen sambil baring tuh..perhhhh..rasa seperti dunia itu ana yg punyerrrrr…ekkekeke:D

  8. NUR Avatar

    MENGEMPENG?…APA TU..

    1. Mama Iman Avatar

      ngempeng tu bahasa jawa…maksudnya melekat jek la..=D

  9. nanak Avatar

    LIKE juta2..dulu baby nenen tangan layu je..now, sebelah tangan pasti picit2 my ni.pple..apakah? sakit oh!..

  10. AbgferOz Avatar

    thanks for sharing 🙂 nice info

  11. Mama Iman Avatar

    ngempeng tu bahasa jawa…maksudnya melekat jek la..=D

  12. Ramli Avatar

    Sangat menarik nie..patut la baby tue.

  13. Momstella Avatar
    Momstella

    I pun sokong pnyusuan ank dri B/Feeding!! i ada dua ank lelaki dan dua2 i bagi b/f.. skrg IQ very good!! quick pick up benda baru yg nak blajar, lgi2 pasal komputer/pc/tablet.. n jarang sakit!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge