,

Kenapa Bayi Tidak Boleh Diberi Makan Sebelum 6 Bulan

admin Avatar

Kebiasaan bagi orang-orang yang lebih tua melazimkan bayi sekecil sebulan umurnya agar diberi makanan berupa pisang lecek atau bijirin bayi. Walaupun sudah tertera pada label bijirin tersebut ‘hanya untuk 6 bulan ke atas sahaja’ tapi masih ramai yang mengamalkan pemberian bijirin lebih awal. Malah, ada yang mencampurkan bijirin tersebut di dalam botol susu agar mudah untuk diberikan kepada bayi.

WHO mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan (tahun 2001), begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan.

Namun, masih ramai yang tidak mengikuti polisi dan recommendation di atas kerana beberapa sebab:

  • Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip2.
  • Anggapan bahawa bayi lapar.
  • Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal.
  • Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan.

Sayangnya anggapan di atas salah sama sekali.

Jadi, kenapa bayi tidak boleh diberi makan sebelum 6 bulan?

1. Sistem penghadaman yang belum matang

Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.

Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza).

Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya?

2. Masalah kesihatan jangka masa panjang

Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?

Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.

Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya?

3. Masalah dalam penyusuan

Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak.

Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi lak-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.

Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun.

Sayangilah masa depan anaka-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya.

admin Avatar

33 responses to “Kenapa Bayi Tidak Boleh Diberi Makan Sebelum 6 Bulan”

  1. sya Avatar

    sgt setuju!

  2. AbBy C Avatar

    betul tu, kesian kan baru-baru ada dalam akhbar baby meninggal sebab diberi bubur nasi oleh pengasuh dia..alahai, baby tu baru 5 bulan dah kena beri bubur nasi…takziah untuk keluarga baby tu..

  3. AshAnas Avatar

    salam kak lyna, sy suka sgt info ni… boleh pas kt kawan… baby baru 4 bulan tp mak die dh suh die bg makan… dia tahu xleh tp xtahu cmne nk buat mak die faham…

  4. salzahari Avatar
    salzahari

    boleh gunakan fakta dan saranan doktor…sbb org tua2 biasanya akan kata “Ahai,aku dulu bg ko makan awal2 jgk awat sihat jaa la ni tadak pa pun??”.

  5. eray Avatar

    setuju! awareness campaign perlu untuk sedarkan masyarakat tentang hal nie. suke sangat cakap “kesian, baby tuh lapar…..”

    huhuhuhuh

  6. ainul Avatar

    info yg sgtttt bgs 🙂
    minta nk share kt blog saya ye.nasib baik next mth baby saya 4bln.MIL dh bising suruh bg solid food.kena tunjuk ni kt dia

  7. eliss Avatar

    biasanya orang tua lah yang susah nak difahamkan tentang ni.itulah dilema yang hars me tempuh masa berpantang dengan mak me kat kg dulu. dia berkeras nak jugak campur nestum cair dalam susu anak me ms tu.katanya, semua adik beradik kami pun sama jugak dia buat, hidup sihat ajer sampai skang, masuk ‘u’ semua :p siap ugut me lagi,tak akan jaga anak me ni kalo tak ikut ckp dia.dah laa first time beranak ni,main ugut2 macam ni. terluahan perasaan pulak kat sini..hehehe :p sorry.

    1. salzahari Avatar
      salzahari

      boleh tunjukkan pamphlet penyusuan susu ibu yg boleh diambil dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan…dah ada polisi kebangsaan dan kemudian support dgn artikel2 lain spt dari surakhabar, oleh doktor kanak2 dan juga artikel Lyna.

      main ugut2, sedih la jgk…tapi maybe leh guna ayat lembut spt ” Mak, t.kasih byk sbb nak ajar saya …Sbb tu saya pandai sampai skrg. Saya nak belajar juga, tak salah kot saya rujuk2 dgn panduan doktor. Zaman dah berubah mak!”. Ehhehe, ayat lebih sesuai mungkin boleh dicari…Ni hanya contoh.

      1. Sumijelly Avatar

        hah?? bernai nak cakap gitu……. habis la kalu cakap gitu….. ibu akan mula merajuk tak nak dah jaga kita…hahaha

        ada juga sumi pernah dgr, bagi air nasi sbb anak selalu nangis sbb tak cukup susu…padahal budak tu br jer 1 bulan… alahai..

        bila kata x nak kasi, dia kata dulu2 nenek ko bg ko minum air nasi ok jer.. x der pun x sihat…

        ishk..susah tau nak fahamkan org tua..

        harap2 kita nanti tak la mcm tu……huhuhu

  8. nora Avatar

    Saya pun sama, bila saya berkeras taknak bagi anak makan bubur atau bijirin sehingga 6 bulan, mak sendiri bising kata baby lapar. Taknak mak kecik hati, saya diam jeklah.

  9. adila Avatar

    salam,

    rasanya ayat yg sesuai kalau mak mak ugut nak bg anak makan:

    skrip mak: mak dlu pun bagi ko makan awal jugak, pandai jugak, masuk u jugak..
    jwpn yg boleh pakai: sebab mak bg saya belajar la saya tahu yang bg makan awal tu tak bagus utk baby, terima kasih bg saya pelajaran, masuk u, boleh sy tahu ini2 semua… 🙂

    huhuhu… 😛

    1. sue Avatar

      hihiiii.. pedas giler.

      1. Daeng Avatar
        Daeng

        salam,

        nada suara semasa menyampaikan hasrat kena betul….baru la x pedas sangat bunyinya…

  10. sya Avatar

    ye, bakal menempuh sekali lagi tempoh di mana terpaksa menerangkan sejuta kali kepada mereka2 yang hairan kenapa saya tak mahu berikan anak makan sebelum umur 6 bulan… hmm, penat tau nak duk menerang je… last2 sengih je lah….

    memang kena ada kempen lah mengenai pemakanan bayi ni….

  11. Coffee Mama Avatar

    Hmmm…Dilema jugak tentang bagi anak makan ni. Nasib baiklah both my mom and MIL tak bising2 sgt. Memang ada diorg bunyi2 suruh bagi my little Rara makan, tapi boleh ditangkis lagi, Alhamdulillah

  12. Ramli Avatar

    Memang susah nak cakap pasal nie. Penat nak terangkan kepada yang tak paham.

  13. UJI Avatar
    UJI

    Beri anak mkn nestum awal coz’ dia tak nak minum susu…
    minum susu ibu cuma 2 bulan n 2 bulan lagi susu formular pas tu tak nak minum susu….camne yek….dia lapar n tak lena tidur…

    1. liza Avatar
      liza

      saya bagi growell by era edar,formula dr.azizan…so far tk d masalah coz bijirin 2 khas untuk baby from 3-12 month…dan sgt halus…

  14. Nura Salma Avatar

    Apa gejala yang timbul bila bayi umur 1 bulan di kasih makanan padat….

  15. Shaznie Avatar
    Shaznie

    mase duk umah Mil seminggu pas pantang dulu pun, Mil ade gak ckp suh bg mkn bubur. tp sy wat xtau je, n dia pun malas nk ulang byk x dah..huhu..tp Sil pun soh sy wat mende yg same, katenye sejak bg mkn nestum,anak dia dah xnangis dah.. nestum? ade khasiat ker?huhu.. xnak la jar anak mkn junk food awal2 ni.. em xpe la, bak kate my senior, klu ank aku sakit, sape yg nk tanggung kos perubatan? so, sy akn terus eksklusif bf bby sehingga 6 bulan, biar la ape org nk ckp pun..huhu.. mak sy pun penah nk bg bby air masak, tp aku explain baik2 n dia bleh terima..yg xterima n xfaham ni la yg susahnya..aduyai….

    1. Veralina Avatar
      Veralina

      Betul tu..sy pun ada explain kt mak sya..ada juga dia bising smpai lh sy sruh dia bukak encik google..memandangkn mak sya boleh dikatakn hantu internet juga..hihi..menikmati masa tua katakn..dn dia fhm sefhm fhm nya..haa..dri beperang mulut bagai bai doj google..biar google lak explain kt dia.

  16. ila Avatar
    ila

    huh..!!sama ngn situasi sy,,mak sy seawal 3minggu dah bgi ank sy mkn,,alasannye sama mcm kat atas tu ha,,n die ckp adik beradik sy dulu dlm hari dah bg mkn,,sy dah xtahu nak explain mcm mna,,demi jga hati si ibu,,sy layankan je,,,y MIL n husband pulak xbagi buat mcm tu,,huh,,!!lagila serba salah,,mintak sgt pihak kerajaan buat kempen kesedaran tenteang benda ni

  17. cik yusayu che yusoff Avatar
    cik yusayu che yusoff

    saya setuju

  18. nurul Avatar
    nurul

    minta share yek page ni
    tQ

  19. sue Avatar
    sue

    kita sbg ank ni cam2 cara da buat xnk bg mak2 kita ni kecik ati.ssh nk trg kt diorg psl bnda ni sume.same lh brlaku kt my baby.baru je umur sebulan da bsg2 suh bg baby mkn.alsn mmg sebijik cam kt ats ni.last2 redha jelah mtk2 allah selamatkan baby,djauhkn dr sume penyakit brbahaya n dpnjgkn umur dia…

  20. zura Avatar
    zura

    anak saya dah 5 bulan tp berat badan hnya 2.6kg je..ada setengah org suruh
    saya bagi anak mkn nestum…sepatutnya kena tunggu 6 bulan dulu bagi
    baby makan…keliru saya sekarang ni…yang mana satu saya perlu ikut…

  21. izan Avatar
    izan

    Anak sy br masuk 5 bln…tp mil n kakak ipar dh suh bg mkn..kakak ipar suh bg nestum, mil lak suh kasi bubur…sy cuba ptahankan utk bg mkn ms 6 bln wlpn skrg ni bby mmg dh nmpk xcited tgk mkanan…nsb baik asben paham situasi n slalu tnjuk kt dia article n forum bkaitan…bbysitter pn dok suh kasi nestum,ada skali tu dia try bg nestum tnpa pgetahuan sy…geram jgk..terus sy kata stop bg..stress nk pahamkan org lain ni..

  22. Farah Avatar
    Farah

    Habis tu kalau mcm saya yang xmnyusu bdn, boleh jugak tak bg nestum pada baby seawal 3bulan?sy xdrect BF anak sy sjak dr lahir lagi..sy perah susu n msk dlm botol..tu pun cmpur susu formula sbb susu bdn sket n anak xnk direct BF..so,boleh ke bg mkn nestum?pengasuh anak sy sibuk suruh sy bli nestum utk die..tp sy buat bodo je..takut plak die bg tanpa pngetahuan sy..huhu

  23. mimi Avatar
    mimi

    slm sis…info yg sgt berguna..izinkn sy share yek 🙂

    tqvm! 🙂

  24. ummuamir Avatar
    ummuamir

    Masa berpantang dulu mak mertua ckp anak.dia umur 2 hari dh mkn. Sy cuba petahankan x nk bg anak mkn smpai 6 bln. Tp di persendakan oleh kaum keluarga suami.Mcm mana tu??

  25. Margo Avatar

    Thanks for the writeup. I deliintefy agree with what you are saying. I have been talking about this subject a lot lately with my mother so hopefully this will get him to see my point of view. Fingers crossed!VA:F [1.9.17_1161]please wait…

  26. […] kalu cakap gitu….. ibu mula merajuk tak nak dah jaga kita…hahaha. sumi dgr, bagi air nasi sbb. Kenapa Bayi Tidak Boleh Diberi Makan Sebelum 6 Bulan Jejai doa kebahagian nora danish – rotikaya., Semalam menyaksikan berlangsungnya majlis […]

  27. […] susu ibu yg diambil klinik kesihatan hospital kerajaan…dah polisi kebangsaan support dgn. Kenapa Bayi Tidak Boleh Diberi Makan Sebelum 6 Bulan Senarai hotel berhantu malaysia ~ diana rashid, Assalamualaikum.. rasa gelipulak hati baca senarai […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge