Makanan Yang Menyebabkan Angin

by Mommy Lyna on January 26, 2011 · 24 comments

Sejak mengandung anak ketiga ni, saya sering mengalami ‘angin’. Silap makan sikit, angin. Mula lah nak sendawa tak berhenti. Dari awal mengandung lagi doktor asyik beri ubat angin saja (doktor GP, kalo gynae saya tak beri) termasuk charcoal, ubat gastrik dan gaviscon. Saya tak pernah makan pun, kecuali gaviscon sekali sebab tak tahan sangat. Peppermint-ginger pun saya tak berani nak ambil, walaupun ia selamat untuk pregnancy.

Bagi menyelesaikan masalah saya ni maka saya dapatkan khidmat nasihat yang lebih baik iaitu menjauhi makanan yang boleh contribute kepada masalah angin.

Masalah angin biasanya disebabkan oleh sulfur berlebihan dalam makanan yang diambil. Sulfur adalah mineral yang penting dalam penghasilan cecair hempedu, untuk kuku dan rambut yang cantik dan untuk pengaliran darah. Namun, sulfur yang banyak boleh mendatangkan masalah angin pula.

Secara amnya, makanan yang mengandungi banyak sulfur dan boleh menyebabkan angin ialah:

  • Tumbuhan berongga seperti kangkung (batang kangkung), labu dan sebagainya.
  • Tumbuhan ubi seperti kentang, carrot.
  • Daging.
  • Kobis, kobis bunga, asparagus.
  • Kekacang.

angin

Oleh itu saya perlu banyak makan ikan dan sayur berdaun.

Mengambil makanan yang tersenarai di atas, alamatnya tak senang duduklah seharian.

Belum bersalin lagi dah kena pantang macam-macam ;)

{ 24 comments… read them below or add one }

im_an_ibu January 26, 2011 at 10:23 am

thanx for the tips!!! i pon mengalami perkara yg sama sekarang. mlm2 mesti mintak hubby urutkan utk mengeluarkan angin… huhuhuh
im_an_ibu´s menulis tentang ..Cape Town of 16th Sept 2010My Profile

Reply

Mommy Lyna January 26, 2011 at 11:55 pm

kan?
tak larat nak menanggungnya hehehe

Reply

MamaAiman January 26, 2011 at 10:35 am

saya memang banyak sgt angin sebelum mengandung lagi, bila mengandung memang super super angin..kangkung, kobis, kekacang, even gula2 berangin langsung saya taksentuh.taksangka pulak carrot pun berangin jugak..teh langsung2 tak boleh minum..saya dulu rajin sgt minum air halia masa pregnan sgt lega sebab rasa selesa, tapi org tua2 takbagi sgt utk yg taktahan takut menjejaskan kandungan. betul tak wallahualam, depends pada org kut..lepas pantang pun berangin jugak..masa aiman 7bulan, saya balik berurut buang angin memangla tukang urut tu pun berangin sama mase urutkan saya, tapi lega la utk seminggu..bersabarla utk semua perkara..huhuuuhuuuuu..
MamaAiman´s menulis tentang ..Selamat 9 bulan sayangMy Profile

Reply

Mommy Lyna January 26, 2011 at 11:58 pm

sekarang masih angin ke Nul? try peppermint-ginger.

Reply

MamaAiman January 27, 2011 at 1:48 pm

kalo tak jaga makan memang cepat sgt berangin smpai skrg :( nak beli kat mane tu?
MamaAiman´s menulis tentang ..Cermin DiriMy Profile

Reply

Mommy Lyna January 27, 2011 at 1:58 pm

Ahaha. Shaklee la Nul. Kalo nk akak bole orderkan pakai ID nul :)

Reply

lynn hamzah January 26, 2011 at 11:29 am

good tips…tq so much…
lynn hamzah´s menulis tentang ..Laksam Oh LaksamMy Profile

Reply

Mommy Lyna January 27, 2011 at 12:02 am

welcome dear :)

Reply

nonie January 26, 2011 at 11:59 am

having the same problem, tapi ada sesetengah makanan yg u list kan tu mcm daging & kekacang tula yg jadi my fav… kdg2 tak lalu nak makan benda lain pun… huhu
nonie´s menulis tentang ..new lifeMy Profile

Reply

Mommy Lyna January 27, 2011 at 12:35 am

tu lah pasal kadang2 tak tahu nak makan apa dah coz semua pun yg ada tu tak boleh nak dimakan

Reply

BukanBapakBudak January 26, 2011 at 2:08 pm

As Salam..gune minyak yuu yee cap limau boleh tak nk kurangkan angin..?
dalam kes angin berangin ni..minuman ape yg patut dielakkan?

Reply

Mommy Lyna January 27, 2011 at 12:57 am

rasanya kalo dah kronik sapu2 minyak je tak berapa jalan hehe

kalo tak salah saya minuman yang boleh merndatangkan angin
- minuman bersifat sejuk seperti teh
- minuman ringan
- minuman yang mempunyai kandungan laktosa seperti hasil tenusu

Reply

Zuhaini January 26, 2011 at 4:42 pm

Siannya.. Tp u x dak gdm ye? (diabetes due to pregnancy..?) kalau x dak alhmdulillah.. Kalau ada, mcm saya la.. Sblum bersalin pun dah berpantang.. Huhuhu :(

Gud luck in ur pregnancy ya :)
Zuhaini´s menulis tentang ..Ariff dan KuningnyaMy Profile

Reply

Mommy Lyna January 27, 2011 at 12:58 am

alhamdulillah takde GDM
tak cukup gula ada la hehehe

Reply

masalifah January 26, 2011 at 10:04 pm

seb baik tak naik angin..ngehehe
masalifah´s menulis tentang ..20 tips menghilangkan bosan dengan berkesanMy Profile

Reply

Mommy Lyna January 27, 2011 at 12:59 am

Son Goku?

Reply

eyriqazz January 26, 2011 at 10:41 pm

untuk bapa sesuai tak ni?hik3…
eyriqazz´s menulis tentang ..Adakah Pemikiran Si Manja Saling BerhubungConnected Tots My Profile

Reply

Mommy Lyna January 27, 2011 at 1:04 am

sesuaii bahhh!

Reply

Mama-miya January 27, 2011 at 9:11 am

biasalah kan..cobaaan. badan tgh preggy ni tingtong skit. dr yg biasa, terus jg tak biasa. atleast its good ur trying to understand the problem & take action, drpd most preggy ladies yg kerjanya merungut aje kan? ;)

for me kalau angin aje, mesti minum air panas byk2 bg burp. utk worse case barulah telan antacid. also i seems to have developed habis suka makan taboulli (salad turki yg ada memacam herbs termasuk mint & cumin; among benda tolong buang angin). these are the stuff that works for me lah.
Mama-miya´s menulis tentang ..Heavy Pregnant MindMy Profile

Reply

hantaran qaseh January 27, 2011 at 4:54 pm

hai saya newbie kat sini…saya belom kawin hujung tahun ni kawin…
kene prepare siap2 nak dapat info bagus2 kat sini :p
hantaran qaseh´s menulis tentang ..Hantaran 2010 – turqoiseMy Profile

Reply

aRninas February 9, 2011 at 4:31 pm

saya pun sama gak masalah angin.. tambahan list makanan berangin;
rebung, umbut pisang, timun

Nak seimbangkan angin tu saya minum air halia atau tambah halia dalam masakan. tapi kalau time pregnant memang kena kawan dgn gaviscon la… :)
aRninas´s menulis tentang ..Hati seorang mamaMy Profile

Reply

shira March 8, 2011 at 10:26 pm

carrot pon angin??? byk nya makanan kegemaran sy berangin….saya nie lmbt mkn n mkn benda2 berangin..mesti sendawa n perut rasa x sedap..kadang2 rasa penat plak dgn keadaan perut yg x sedap..nk wat keja pon rs x selesa…

Reply

hikari January 26, 2012 at 3:49 pm

nampak gaya macam hampir kesemua makanan ber’angin’

ini macam kalu.. makan dedak aje lah..

kot angin jugak tak tau ler..

Reply

mariah May 18, 2012 at 12:55 pm

kalau dtg angin selalu sendawa. kadang. sampaip sakit kepala.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: