,

Ibu Bekerja atau SAHM Yang Paling Banyak Masa?

admin Avatar

Sekarang dah jarang orang pakai term ‘surirumah’ kan, biasa orang dah sebut SAHM (Stay At Home Mum) 😉

Berbicara tentang title ni FTWM, PTWM, SAHM, WAHM… Di kalangan FTWM (Full Time Working Mum), yang bukan workaholic, perbincangan biasa mungkin tentang nak berhenti kerja dan jadi SAHM atau WAHM (work at home Mum). Alasan biasa ialah nak spend masa dengan keluarga, nak sediakan sarapan keluarga, bekal anak2 ke sekolah, nak jaga dan asuh nak sendiri, nak mula bisnes dari rumah dan sebagainya. Persoalannya.. adakah seorang SAHM mempunyai banyak peluang untuk melaksanakan semua itu?

Sebagai seorang FTWM yang juga seorang WAHM dan pernah menjadi SAHM, saya tidak nampak apa2 perbezaan dalam title2 tersebut SELAGI peribadi seorang ibu itu tidak berubah. Peribadi di sini bermakna cara mengendalikan sesuatu, cara membuat perancangan terutama budget dan masa.. dan sebagainya.

Title, tidak menjadikan seseorang itu lebih baik. Misalnya, seorang SAHM, tak semestinya dia boleh mengajar anaknya hingga boleh membuat kalkulus pada usia 4 tahun.. tapi seorang FTWM tak semestinya tak boleh. Ini memang tak terjadi di kalangan kawan2 saya… seorang teman saya, FTWM yang balik rumah lewat, kadang2 malam2.. tapi beliau boleh ajar anak di rumah hingga anak yang umur 3 tahun boleh baca ensaiklopedia. Tapi ramai kawan saya yang SAHM even tak boleh nak handle perangai anak pun.

Semasa saya menjadi SAHM dulu (walaupun kejap je), saya rasa my life is better as a WAHM cum FTWM.

Sebenarnya ini adalah perkongsian, sebagai renungan kepada mereka yang senasib dengan saya (FTWM yang teringin nak jadi full time SAHM/WAHM), supaya fikir masak2 sebelum bertukar title. Sebelum mengambil keputusan, cuba dulu buat yang kita nak buat sekadar termampu, misalnya pengurusan masa. Masa untuk kerja, masa untuk keluarga, masa untuk diri sendiri, masa untuk leisure dan sebagainya. Bila dah dapat conquer pengurusan masa, insya-Allah title apa pun kita boleh lalui dengan berkesan.

Namun, saya akui ramai yang setelah mengambil keputusan untuk menjadi SAHM/WAHM and they felt better.. sebenarnya memang sangat2 bergantung kepada diri sendiri. Kalau diri kita jenis yang redha, tak berkira, it’s OK to take any decision sebab kita akan hadapinya tanpa banyak soal. Tapi kalau sekarang pun banyak songeh, cuba2 dulu kurangkan songeh tu… Kalau jadi FTWM banyak complaint, jadi SAHM/WAHM lagi banyak complaint. Kurangkan complaint, banyakkan redha, insya-Allah mudah semuanya..

kerja dari rumah

Anybody nak share pengalaman? Itu cuma pendapat saya saja, mungkin ada ibu2 hebat kat luar sana lebih luas pengalamannya dalam hal ni 😉

admin Avatar

22 responses to “Ibu Bekerja atau SAHM Yang Paling Banyak Masa?”

  1. Ica Avatar

    Lyna, ica pernah jadi FTWM and now SAHM. Rasanya sama ja especially since I don’t have any maid. Semua benda both my husband and I yg buat. Nak kata beban kerja tu, sama ja. Bila dah jadi SAHM, yg penting pengisian masa tu dibuat dengan aktiviti yg berfaedah spt focus pembelajaran anak2 ke.. So takdak lah rasa masa tu berjalan kosong saja. Yg penting niat kita tu jelas.

  2. ashra Avatar

    good info.Boleh saya ulas sket dlm blog saya,dan link kan ke blog ni.izinkan ye..

    to me,saya sgt setuju dgn ”Kalau diri kita jenis yang redha, tak berkira, it’s OK to take any decision sebab kita akan hadapinya tanpa banyak soal. ”

    saya pernah bekerja,dan skang fulltime housewife.
    bagi diri saya,perbezaan tak ketara dari segi anak pandai atau tidak,atau kerja2 rumah siap atau tidak.atau masa cukup atau tak bersama family.tapi,kualiti masa tu penting.

    dan jadi housewife sgt tenang,kerja tanpa stress..tapi,redha adalah sgt2 utama.kalu boleh redha dgn apa yang ada,sgtla bahagia.kalu tak boleh,dan rasa nak pegang duit sendiri,duit banyak,nak shopping bagai,baik truskan kerja..hehe

  3. MamaAiman Avatar

    angkat tangan bersetuju dgn akak! (penah dalam hati dulu membuak2 nak jadi SAHM)

  4. nurull_101 Avatar

    Rasanya, keje kat umah dan kat luar ada pro n cons kot. Dulu pnah keje kat luar, rumah tak terurus jugak.. dan skrg ni.. keje kat umah same jgk. hihi.. so, mmg betul, time management penting… Tp bab pnat tu, tak dpt nafikan, keje kat umah lg mencabar. Rasanya 2 kali penat compare keje kat luar. Susah nak fokus dgn gangguan ank2 dan kerja rumah. Tp keje kt umah less tension n more relaks interm of office hour je… tak payah nk rushing2 kuar gi keje n tempuh jem smua.

    1. ashra Avatar

      setuju pendapat nurull =) wpun penat tapi less stress,more relax kerja di rumah.papepun time management tu penting.housewife ni pun tak la umah sentiasa bersih tak berhabuk.hehe

  5. nini Avatar

    part 2 nini tak siap2 lagi… 😛 biler la nak siap… 😛 its a mental challenging bila kita jd SAHM cum WAHM and without a helper aka maid. kerja dia sama je. FTWM ke, SAHM ke, WAHM ke… and setuju dgn apa yg lyna tulis.. 😀 nnt part 2 siap, ku mohon izin link padamu… 😛

  6. LeeN Avatar

    ada pepatah mengatakan, orang yang tak pandai urus masa lebih rugi dari orang yang tak pandai urus harta. which satu pepatah yang amat bertepatan dengan ‘sebarang’ situasi emak-emak hari ini.

    jangan kerana nak mengejar title, end-up kita tak berusaha menggunakan sebaik mungkin apa yang kita ada hari ini. cuma habiskan masa tengok ‘hak’ orang lain. apa yang diberi dalam hidup, sebenarnya sesuai dengan keadaan dan keperluan masing-masing. understand the meaning of life, kita akan jadi seorang manusia yang tahu bersyukur dan memaksimakan apa yang ada dalam capaian.

    pernah jadi FTWM sebelum SAHM seperti sekarang ini.

    personal opinion, bila FTWM kita ada pembahagian masa yg jelas. kat opis buat kerja opis. balik rumah tutup cerita opis, kosentret dengan rumah. berbeza bagi yg buat parttime macam mommy lyna ni. di rumah juga harus pandai uruskan masa. kalau tak, masak 😀 hehehe.

    but then, bila leen dh jd SAHM, kalau x pandai handle masa, endup kita akan sentiasa dikelilingi ‘house chores’ sepanjang masa. house chores mmg tak akan pernah habis. anak-anak lagi? ha. as for me, manage masa itulah kuncinya. kunci yang membezakan kita dan orang lain. kalau x buat mcm ni, takkan ada masa utk diri sendiri. apatah lagi untuk Allah.

    bila kita jadi SAHM, benar kata mommly lyna. kena redha macam-macam. indeed. tapi, hidup atas muka bumi ini jangan kita fikir jika kita duduk rumah dan tak bawa sebijik income pun masuk, kita tak boleh tolong suami. leen fikir, kalau kita rajin buat amalan-amalam yang boleh mendatangkan kemurahan rezeki, InsyaAllah. rezeki itu pasti akan sampai. beramal juga kan perlukan jihad. hahaha. ialah. anak kecik2 ni pasti suma orang tahu kan. nak solat pun berjuang. hahaha.

    well, apa pun title kita, rejoice!
    live within our means! 🙂

  7. heliantuse Avatar

    Membuka minda. Walaupun belum bekerja & berumahtangga, tapi selalu jugak ukur diri sendiri. Rasanya saya ni lebih sesuai FTWM sebab masa lebih terurus. Sebab selalu perhatikan kalau saya sibuk masa lebih terjaga berbanding bila cuti. Dan saya mudah bosan 🙂

  8. khadeejah Avatar

    pnah keje, ms preggy quit. Tenang jd sahm tho’ duit dlm bank dh xsebyk dulu. Huhu. Kdg tgk ftwm lg byk ms 😛 sbb ms ofis hour nampak trend ftwm lbh aktif ber fb dr sy seorang sahm. Ngeh2

  9. wawa Avatar

    interesting topic.
    i’ll reserve my comment later. :))

  10. ida Avatar

    Yes, pengurusan masa sangat penting. I’m a wahm and still struggling..
    Niat nak buat yg terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Bukan senang nak senangkan. Motivation kena selalu disuntik supaya diri tidak down.

  11. suraya Avatar

    hi there..I’m a SAHM. I setuju dengan semua yang you perkatakan dalam entry ni. Biasanya orang yg dah biasa keje akan rasa cepat panas punggung bila terpaksa berada lama di rumah dan tidak kemana-mana. Bagi FTWM, kdg2 kena ambik cuti jaga anak kat umah pun sudah mengeluh bosan. Bosan menghadapi kerenah anak dan juga bosan terkurung di rumah. Bagi FTWM, mereka dah biasa pegang duit sendiri. Bila tukar status ke SAHM, money will be an issue. Memang zaman skang dah tak ramai yang willing nak jadi SAHM.

  12. jiji Avatar
    jiji

    in my case… kalo le sy jadi WAHM ..sy perlu ada pembantu… untuk buat 3 pekara ni:

    1. cuci dan sidai baju
    2. mop rumah
    3.Basuh pinggan

    tu je.. i wont complaint@!~promise.

  13. juanita Avatar

    Lepas baca article neh. macam x jadik la nak jadi SAHM..:D

  14. maui_wifey Avatar

    mmg skrg teringin sgt jd SAHM..Lgpun bb msh kecik lg, nak tgk ank2 membesar depan mata..Bagi sy, sy msh perlu bekerja lg utk mengcompletekan lg hidup ank2.. bkn sj FTWM..tp perlu cr alternative lain dgn wat part time biz utk kesenangan mereka…maklumla, skrg ni kos sgt tggi especially yg duk area2 bndr ni..huhu

    pernah dgr tak ”kemewahan xmenjamin kebahagian”..tp ”kemewahan penting utk memelihara kebahagiaan”… 😉

  15. AbBy C Avatar

    FTWM, WAHM, SAHM ; paling penting adalah time management. Once dh jd wifey & mommy, masa bukan untuk diri sendiri sahaja. I pernah dgr sorang mommy ni ckp “I cuti 2 hari masa hujung minggu tu pun rasa macam nk meroyan handle anak2 dan rumah semua, macam mana u buat ye dealing with the same thing everyday?” Satu lagi good stress management juga sgt penting tak kiralh kita ni FTWM, WAHM atau SAHM 🙂

  16. maui_wifey Avatar

    menarik pasal stress mgmt tu…
    TIME MGMT + STRESS MGMT = DELEGATE MGMT..Hehe..
    delegate kt hubby je lah…jimat ms..krg stress..
    itupun kalo hubby kiter ringan tulangnyer..

  17. Asma Shurfa Avatar

    Salam,

    I am a SAHM.I’d like to think I’m busier now doing things that MATTER.

    I find that the more time you spend with your children at home the better equipped you become at handling children. You tend to develop patience, flexibility, endurance, resopnsibility and sensitivity towards the family dynamics.

    I would not trade this job for anything else in the world.

    It is hard work but WORTH IT 🙂

    1. ashra Avatar

      totally agree with you,asma =)
      kepuasan jadi housewife/mommy at home adalah kepuasan berkekalan.
      gajinya tertungak,akan dibayar di akhirat kelak.insyaallah..

  18. nisa Avatar

    walau apa pun pilihan yang kita buat, yg penting kena betulkan niat. kerana Allah taala. Insya Allah segalanya akan berjalan lancar. sangat bersetuju dgn lyna

  19. mekar Avatar

    Salam. Best baca perkongsian ini.
    Zaman dara dulu saya FTW. Skrg bila dah berumahtangga, suami minta saya SAH sahaja. Saya akur permintaan dia. Walupun kelihatan life sya sangat membosankan tp saya rasa bahagia dan tenang skrg krn dapat fokus kpd rumahtangga ini. kerja2 rumah, masak2 semua buat sendiri. Bila suami ada urusan kerja luar, saya pun boleh tumpang sekaki ikut dia. Anak pun belum ada lagi. Kadang2 sya lihat ibu2 yang sibuk bekerja luar, anak2 dia lebih berdikari dan pelajaran pun bijak.terpulang lah cara ibu2 mengatur rumahtangganya itu

  20. zack Avatar

    Baru tahu istilah SAHM…. hihihih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge