Sekarang dah jarang orang pakai term ‘surirumah’ kan, biasa orang dah sebut SAHM (Stay At Home Mum) 😉
Berbicara tentang title ni FTWM, PTWM, SAHM, WAHM… Di kalangan FTWM (Full Time Working Mum), yang bukan workaholic, perbincangan biasa mungkin tentang nak berhenti kerja dan jadi SAHM atau WAHM (work at home Mum). Alasan biasa ialah nak spend masa dengan keluarga, nak sediakan sarapan keluarga, bekal anak2 ke sekolah, nak jaga dan asuh nak sendiri, nak mula bisnes dari rumah dan sebagainya. Persoalannya.. adakah seorang SAHM mempunyai banyak peluang untuk melaksanakan semua itu?
Sebagai seorang FTWM yang juga seorang WAHM dan pernah menjadi SAHM, saya tidak nampak apa2 perbezaan dalam title2 tersebut SELAGI peribadi seorang ibu itu tidak berubah. Peribadi di sini bermakna cara mengendalikan sesuatu, cara membuat perancangan terutama budget dan masa.. dan sebagainya.
Title, tidak menjadikan seseorang itu lebih baik. Misalnya, seorang SAHM, tak semestinya dia boleh mengajar anaknya hingga boleh membuat kalkulus pada usia 4 tahun.. tapi seorang FTWM tak semestinya tak boleh. Ini memang tak terjadi di kalangan kawan2 saya… seorang teman saya, FTWM yang balik rumah lewat, kadang2 malam2.. tapi beliau boleh ajar anak di rumah hingga anak yang umur 3 tahun boleh baca ensaiklopedia. Tapi ramai kawan saya yang SAHM even tak boleh nak handle perangai anak pun.
Semasa saya menjadi SAHM dulu (walaupun kejap je), saya rasa my life is better as a WAHM cum FTWM.
Sebenarnya ini adalah perkongsian, sebagai renungan kepada mereka yang senasib dengan saya (FTWM yang teringin nak jadi full time SAHM/WAHM), supaya fikir masak2 sebelum bertukar title. Sebelum mengambil keputusan, cuba dulu buat yang kita nak buat sekadar termampu, misalnya pengurusan masa. Masa untuk kerja, masa untuk keluarga, masa untuk diri sendiri, masa untuk leisure dan sebagainya. Bila dah dapat conquer pengurusan masa, insya-Allah title apa pun kita boleh lalui dengan berkesan.
Namun, saya akui ramai yang setelah mengambil keputusan untuk menjadi SAHM/WAHM and they felt better.. sebenarnya memang sangat2 bergantung kepada diri sendiri. Kalau diri kita jenis yang redha, tak berkira, it’s OK to take any decision sebab kita akan hadapinya tanpa banyak soal. Tapi kalau sekarang pun banyak songeh, cuba2 dulu kurangkan songeh tu… Kalau jadi FTWM banyak complaint, jadi SAHM/WAHM lagi banyak complaint. Kurangkan complaint, banyakkan redha, insya-Allah mudah semuanya..
Anybody nak share pengalaman? Itu cuma pendapat saya saja, mungkin ada ibu2 hebat kat luar sana lebih luas pengalamannya dalam hal ni 😉
Leave a Reply